Rahsia Mengandung | Telur Manusia Semasa Ovulasi

Kita biasa tengok telur itik, telur ayam, telur ikan, telur burung unta dan mungkin fosil telur dinasour. Tapi tahukah anda bagaimana rupa telur manusia?

Manusia memang melahirkan anak. Kita tidak bertelur seperti burung atau ayam yang mengeram telur untuk ditetas menjadi anak.

Tetapi untuk menjadikan anak perlu ada telur *ovum* dari wanita dan benih *sperma* dari lelaki. Saiz telur sangat kecil dan proses persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam badan.

Jadi memang susah untuk kita melihat rupa telur semasa ianya dilepaskan dari folikel kilang telur. Gambar yang diambil oleh Dr. Jacques Donnez ini menunjukkan dengan jelas saat telur manusia dikeluarkan dari folikel.

proses ovulasi wanita 031 Rahsia Mengandung | Telur Manusia Semasa Ovulasi

Ovulasi atau pelepasan telur dari kilang telur *ovari* adalah satu proses yang tidak dapat dijangka dengan tepat bila akan berlaku. Ovulasi berlaku sebulan sekali dan dengar kadar yang sangat cepat. Pelepasan telur akan tamat dalam masa 15 minit sahaja!

Dr. Donnez, ketua jabatan gynecology di UCL in Brussels, Belgium, tanpa sengaja telah melakukan pembedahan membuang sebahagian rahim *hysterectomies* seorang pesakit wanita berumur 45 tahun semasa proses ovulasi berlaku.

Gambar telur manusia semasa dilepaskan dari ovari ini adalah pertama kali dalam sejarah.

Lihat pada gambar dan kelihatan jelas folikel yang matang iaitu satu kantung yang penuh dengan cecair di permukaan ovari dan mengandungi telur di dalamnya. Sebelum telur dilepaskan, enzim akan memecahkan tisu folikel dan merangsang pelepasan telur.

Telur yang dilepaskan dari folikel akan melalui tiub falopian menuju ke rahim.

Telur matang yang dilepaskan boleh bertahan selama 12-24 sahaja sebelum ianya musnah. Kita hanya ada masa satu hari atau 24 jam selepas telur dilepaskan untuk mengandung!

Jikalau sperma suami sudah berada dalam rahim sebelum ovulasi atau telur dilepaskan, kita masih berpeluang tinggi untuk mengandung. Sebab sperma boleh hidup lebih lama dalam rahim iaitu 72 jam atau 3 hari.

Pengetahuan ini sangat penting bagi kita yang sedang cuba mendapatkan anak. Hubungan kelamin suami isteri perlu dilakukan sekerap boleh 3 hari sebelum ovulasi dan dalam masa sehari selepas ovulasi.

Tidak perlu menunggu ovulasi atau telur dilepaskan baru nak buat hubungan seks. Sperma mungkin mengambil masa untuk berenang dari pintu rahim menuju tiub falopian.

telurdansperma Rahsia Mengandung | Telur Manusia Semasa Ovulasi

Walaupun berjuta-juta sperma dikeluarkan tetapi hanya beberapa sperma yang kuat, cergas dan sihat sahaja akan berjaya bertemu dengan telur.

Jadi, masa yang paling baik untuk bersama suami adalah beberapa hari sebelum telur dilepaskan. wpml good Rahsia Mengandung | Telur Manusia Semasa Ovulasi

  4 comments for “Rahsia Mengandung | Telur Manusia Semasa Ovulasi

  1. Fatin Affendy
    April 19, 2012 at 5:51 PM

    Assalamualaikum…

    Byk pengalaman yg sy dpt biler bace blog nie ~_~ Tp ape yg bleh sy katakan anda sorang insan yg tabah & cekal..

    Sy pun penah 2x keguguran & smpai skrg sy masih lg cube utk m’dptkan zuriat… Moga Allah m’beri peluang utk sy m’jd seorg ibu… Kalu x di izinkn sy ade zuriat yg ramai, cukup ler sekadar seorg @ dua ~_~

    • Ros
      January 4, 2013 at 5:38 PM

      @Fatin Affendy, teruskan usaha.. semoga awak berjaya.

  2. Diyana
    January 4, 2013 at 4:31 PM

    Kitaran haid saya 39 hari.

    tapi pada CD 18-19 saya terasa senak pada ari2.
    adakah bermakna saya sudah ovulate? sepatut nya Ovulate pada CD 8-9 …

    • Ros
      January 4, 2013 at 5:39 PM

      @Diyana, senak pada ari2 mungkin disebabkan perubahan hormon. Kalau nak tahu tarikh ovulasi boleh gunakan OPK – ovulation prediction kit atau boleh juga mulakan BBT chart.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

CommentLuv badge