Premium Beautiful Penipu? | 3 Sebab Kenapa Aku Berhenti Buat Bisnes Jual Korset Premium Beautiful

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Masa aku migrated blog aku dari domain lama LittleMamaDiary.com ke blog ni, banyak blog entries yang hilang. Semua postings tentang Premium Beautiful pun tak boleh retrieve balik dah.

Aku dulu masa awal tahun 2011 pernah terjebak buat bisnes jual korset Premium Beautiful. Tapi tak lama. Hanya 3 bulan sahaja. Pastu aku terus tarik handbrake. Stopped.

Tiba-tiba teringat tentang korset Premium Beautiful sebab aku tengah tolong somebody buat blog untuk jual korset jugak tapi jenama lain. Memang sejarah betul lah korset Premium Beautiful ni dalam hidup aku. Terimbau kenangan 6 tahun lepas. Hehe!

Macam mana aku boleh terjebak dengan Premium Beautiful ni?? Long story. Nak baca silakan. Aku dah buat short story versi panjang meleret. Take note ini kisah benar pengalaman aku sendiri. Aku dah lama nak share tapi asyik sibuk dan lupa. Baca dengan minda terbuka ok.

Korset Premium Beautiful Corset

Dulu masa berpantang selepas melahirkan Izzah, aku ada beli satu bengkung FIR. Murah je dalam seratus empat puluh ringgit. Aku pakai bengkung ni sekejap je lepas luka Cesar sembuh. Pastu tersimpan dalam almari.

Pastu masa akhir tahun 2010 aku disahkan kena gastrik. Banyak angin dalam perut. Rasa loya. Sendawa nak muntah. Rasa tekak tak best. Payau. Pahit. Semua ada. Pastu kepala pusing-pusing.

Doktor bagi ubat tapi reda sementara saja. Terfikir untuk pakai bengkung FIR tu dan rasa ada perubahan. Rasa angin dalam perut berkurangan. Tak memulas teruk sangat dah.

Aku pun fikir kalau bengkung FIR murahan tanpa jenama ni boleh legakan gastrik aku, mungkin corset Premium Beautiful yang tengah popular masa tu lagi berkesan.

Mesti keberkesannya setimpal dengan harganya yang mahal ribu-ribu tu? Betul tak? Tak cuba tak tau kan.

Aku pun contact salah seorang antara 3 penjual Premium Beautiful yang popular masa tu untuk beli. Aku just nak jadi ahli untuk beli satu set Premium Beautiful harga murah untuk pakai sendiri.

Korset Premium Beautiful Corset

Selepas 2 minggu pakai Premium Beautiful aku rasa gastrik aku macam dah hilang dan spare tyre kat perut dah berkurangan. Aku pun decided nak buat bisnes Premium Beautiful ni sebab rasa macam excited pulak pakai korset PB ni. Tak betul lah kan desas-desus yang cakap Premium Beautiful penipu tu kan?

Upline aku cakap nak buat bisnes Premium Beautiful kena labur RM20,000! Kena ambik stok 10 set korset Premium Beautiful. Giler apa? Pastu dia cakap kena cari bisnes partner yang sanggup labur RM20k jugak seramai yang boleh. Tak ada duit boleh suruh hutang. Siap ada list contact bankers yang senang bagi hutang. Erk!

Aku tak boleh hadam tau kena labur RM20k untuk 10 set korset Premium Beautiful yang saiznya kena ambik random! Memang boleh tukar saiz korset Premium Beautiful tu. Tapi sangat makan masa dan tenaga. Sebab kena pergi stokis B32 nun jauh kat Batu Caves sana untuk tukar!

Tak boleh tukar kat stokis lain atau HQ sebab prosesnya sangat leceh kena tunjuk resit printed asal. Aku dengar cerita ramai usahawan Premium Beautiful yang naik angin sebab stokis B32 keluar resit manual yang tak diterima oleh HQ masa nak tukar.

Apa de hal kena simpan stok banyak-banyak kalau sebagai ahli Hai-O aku sebenarnya boleh ambik stok setiap kali customer order dan bayar. Cari buyer dan selepas buyer bayar baru aku pergi beli set Premium Beautiful tu. Kemudian hantar / pos kepada customer.

Aku cakap dengan upline aku tak nak ambik stok. Aku nak cari buyer baru ambik stok yang dah ada buyer. Tak ada risiko stok korset Premium Beautiful belas ribu ringgit tersadai bawah katil sebab tak dapat jual. Bijak tak aku? Hak hak hak!

So aku pun promote lah korset Premium Beautiful ni kat blog. Tak sangka aku boleh jual 4 korset Premium Beautiful yang harga ribu-ribu tu dalam masa 1 bulan secara online. Semua stok aku beli kat HQ bila ada confirmed buyer sahaja.

Korset Premium Beautiful Corset

Bonus kedua dan terakhir aku dekat RM4,000 tu. Tabik spring pada aku. Hak hak hak!

Korset Premium Beautiful Corset

Tapi selepas 3 bulan aku terus berhenti menjual korset Premium Beautiful ni. Aku tak boleh nak proceed sebab beberapa perkara yang aku tak boleh terima. Tak masuk akal di fikiran aku yang waras ni.

Kualiti Tak Setanding Dengan Harga Yang Mahal

Seorang buyer Premium Beautiful aku SMS cakap long bra korset Premium Beautiful dia dah rosak. Aikkk. Baru seminggu pakai dah rosak?

Banyak cangkuk (hook) pada long bra Premium Beautiful dia tercabut. Pastu dawai keluli (steel wires) pada long bra Premium Beautiful tu juga sudah patah dua!!!

Omakgorg! Susah nak percaya korset Premium Beautiful yang harga ribuan ringgit boleh rosak jadi macam tu! Benang murah ke pakai untuk jahit cangkuk sampai mudah tertetas dan tercabut? Dawai keluli jenis murahan apa yang diguna sampai boleh patah dua?

Actually, masa aku pergi seminar SM/SSM 2011 kat hotel Eastin KL ada dah terdengar 2-3 orang complaint yang bra Premium Beautiful mereka patah. Masa tu aku tak percaya pun. Korset Premium beautiful kan mahal mesti lah kualiti dia superb setanding dengan harga dan award yang ia dapat. Ish… susah nak percaya lah!

Korset Premium Beautiful Corset

Buyer aku tu duduk jauh so aku minta dia pos long bra Premium Beautiful yang rosak tu pada aku. Premium Beautiful kan ada lifetime warranty so anytime rosak boleh hantar Service Center untuk baiki.

Terkejut aku bila tengok ada 7 cangkuk yang tercabut. Super duper terkejut bila tengok dawai keluli @ steel wire yang patah tu berdebu karat dan terkeluar dari kain bra!!! Patutlah patah. Dawai keluli berkarat!

Come on lah. Premium Beautiful ni harga mahal. Tak kan guna steel wire murah mudah berkarat & mudah patah macam tu sekali. Serius minda aku tak boleh digest.

Terpaksalah aku cuti half-day semata-mata nak hantar long bra Premium Beautiful yang cangkuk tercabut dan steel wire patah tu untuk dibaiki. Kena tunggu sebulan lebih baru siap! Masalah betul tau. Jual produk harga mahal tapi kualiti ke laut. Omak don’t like!

Aku tak dapat tunjuk gambar long bra customer aku yang rosak tu sebab i-Phone aku dah rosak. Tapi cangkuk yang tercabut tu memang sebijik macam gambar yang aku jumpa kat Google ni.

Korset Premium Beautiful Corset

Terus aku decided tak nak buat bisnes Premium Beautiful lagi. Serius aku tak boleh terima korset Premium Beautiful boleh rosak macam tu sekali. Tak sanggup aku nak jual barang yang kualiti macam ni dengan harga mahal. Kesian buyer korset Premium Beautiful tu tau!

Kalau rosak selepas bertahun-tahun pakai korset Premium Beautiful tu aku boleh terima lagi tau. Tapi ni apa kejadah rosak dalam masa seminggu pakai? Bahaya sangat anytime dawai keluli long bra yang berkarat tu boleh patah terkeluar dan mencucuk badan pemakai. Touch wood!

Selepas 7 bulan aku berhenti jual korset Premium Beautiful tu another buyer email aku. Waist nipper Premium Beautiful dia pun rosak jugak. Kain waist nipper terkoyak. Cangkuk tercabut. Tetulang waist nipper Premium Beautiful terkeluar!!

Korset Premium Beautiful Corset

Premium Beautiful koyak? Kata dibuat dari fabrik akwatek akwadyne sejenis fabrik berkualiti tinggi yang dijamin tahan lasak bertahun-tahun lamanya. Tapi ni baru 7 bulan pakai dah koyak? Buyer basuh tangan pun boleh koyak tu! Barang premium ke macam tu?

Nasib baik buyer tu rumah dekat dengan HQ Hai-O so boleh terus ke sana untuk baiki. Tapi kesian buyer kena tunggu lebih sebulan untuk dapatkan semula long bra Premium Beautiful yang rosak tu dibaiki.

Premium Beautiful Expert Sebenarnya Tak Expert Pun

Actually kan… ada cerita tentang Premium Beautiful aku tu. Tak pernah aku bagitau sesiapa. Baru terasa nak share.

Upline aku yang ukur badan aku dan berikan saiz korset Premium Beautiful. Orang hebat Premium Beautiful (salah seorang 3 serangkai) yang ukur mesti betul measurement kan.

Tapi first day aku pakai korset Premium Beautiful dawai besi long bra tu mencucuk-cucuk tajam bawah ketiak aku sampai lebam! Sakit sampai aku rasa nak demam.

Aku rasa frustrated sangat masa tu sebab beli mahal Premium Beautiful. Saiz pun diambil oleh seorang Premium Beautiful expert yang merupakan salah seorang top leaders masa tu. Tapi tak selesa langsung. Tawar hati nak pakai dah.

Aku rasa upline dah bagi salah saiz so aku cakap dengan upline tu aku nak tukar saiz long bra tu yang lebih kecil. Nasib baik dapat tukar.

Selepas tukar saiz tu baru selesa sikit pakai korset Premium Beautiful. Tak rasa lagi dawai keluli mencucuk sampai lebam.

Korset Premium Beautiful Tak Tahan Lama

Since aku tak mahu lagi jual korset Premium Beautiful so rasa nak pakai Premium Beautiful pun mula ke laut. Lama-lama terus tersadai dalam almari. Nasib baik aku tak ambik stok so tak ada lah rugi besar macam orang lain.

Semalam aku jumpa korset Premium Beautiful aku. Bersemangat buka bag simpanan kedap udara tu konon nak pakai balik lah. Mana tau boleh kempis perut omak yang spare tyre setimbun ni. Hehe!

Korset Premium Beautiful Corset

Tanjat omak!! Tengoklah apa dah jadi pada plastic adjuster tali waist nipper Premium Beautiful aku tu!!

Korset Premium Beautiful Corset

Sudah patah dan penuh dengan kulat halus berwarna putih!! Debu kulat putih tu berserakan pada lipatan korset Premium Beautiful aku!

Korset Premium Beautiful Corset

Ini gambar pelaras waist nipper aku masa baru beli

Murahan sangat ke bahan yang digunakan sampai boleh mereput patah bersepai macam tu sekali pelaras plastik tu? Omak is feeling meh.

Korset Premium Beautiful Corset

Korset Premium Beautiful Corset

Ini gambar pelaras waist nipper aku semalam!! Mereput patah dan hancur!!

Ramai Top Leaders Pun Sudah Berhenti Bisnes PB!

Aku bersyukur sangat sebab decided untuk stop jual Premium Beautiful long time ago. Aku jugak bersyukur sebab tak terjebak cari orang labur RM20k untuk buat bisnes Premium Beautiful.

Kalau tak mesti aku hidup tak tenteram penuh penyesalan & rasa bersalah yang amat sangat sebab dah menyebabkan orang lain berhutang-piutang yang belum tentu sampai sekarang habis bayar. Allahuakbar!

Aku tengok top leader Premium Beautiful yang 3 serangkai tu dah berpecah-belah. Dulu BFF tak boleh berpisah. Sekarang?

2 orang daripadanya pun dan bertahun tak buat bisnes PB tu. Memang ramai leaders popular PB yang dulu memuja 3 serangkai tu pun dah tak buat bisnes PB. Kenapa berhenti? Apa jadi pada ribuan downlines yang terjebak melabur RM20k tu? Malas aku nak cakap. Lu fikir lah sendiri.

Nota: Tau tak? Masa aku gigih promote korset Premium Beautiful tu kat blog, ramai yang mesej aku sebab NAK JUAL stok korset Premium Beautiful mereka kepada aku. Sanggup bagi separuh harga!!

Korset Premium Beautiful Corset

Memang aku tak beli lah. Aku mana ada duit cash walaupun separuh harga tetap belas ribu jugak tu. Pastu saiz random dengan resit belian tak ada macam mana nak tukar kat stokis? Kesian sangat tau!

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *