Permainan Tradisional Kanak-Kanak | Cara Bermain Batu Seremban (Selambut atau Serembat) Langkah Demi Langkah

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Aku masa kecik dulu suka main batu selambut. You know selambut? Aloh. Selambut tu juga dikenali sebagai batu seremban atau serembat.

Batu seremban amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan dimainkan secara individu dan berkumpulan. Para pemain duduk bersila atau bersimpuh di atas lantai bagi memudahkan bermain batu seremban.

Batu Seremban

Aku dulu main batu seremban guna batu kelikir yang dikutip dari tepi jalan. Ada juga budak yang main batu selambut guna batu sungai, guli dan biji getah. Biasa kat kampung lah main macam tu. Dulu mana ada batu seremban moden macam sekarang yang bentuk piramid tiga segi tu.

Batu Seremban

Bilangan buah batu seremban biasanya lima atau tujuh buah.

Cara Bermain Batu Seremban

Batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Batu Seremban

MENENTUKAN GILIRAN | Sebelum permainan dimulakan, setiap pemain mesti menimbang buah untuk mendapatkan mata yang menentukan giliran bermain. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Buah Satu

 

  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua

  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga

 

  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat

 

  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima

 

  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam

  • Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Batu Seremban

Buah Tujuh

  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan

  • Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
  • Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
  • Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
  • Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang

  • Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.
  • Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
  • Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
  • Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
  • Tangkap batu seremban yang ada di tangan

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Batu Seremban

Tamat Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Peraturan Batu Seremban

  • Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. Sekiranya terkena tangan, dikira batal dan giliran bermain ditukar.
  • Semasa menjentik buah, sekiranya dua biji buah yang ditinggalkan pihak lawan terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas antara buahtersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal.
  • Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada ahli kumpulan lain sekiranya pemain pertama batal dan gagal meneruskan permainan.
  • Pemain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan menyambung langkah yang gagal dilakukan sebelum itu. Ahli kumpulan juga perlu berbuat demikian.
  • Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata yang dikumpul akan kembali ke angka kosong.
  • Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan.

 

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *