Pengalaman Bersalin | Kenapa Perlu Dipasang Jarum @ Branula @ Cannula?

Bismillah. Aloe!

Uhuh. Branula. Akak benci sangat branula nih. Sakit weh tangan kena cucuk jarum!

Setiap kali akak kena masuk wad mesti kena cucuk branula nih. Banyak kali weh akak masuk hospital. Bersalin 3 kali. Keguguran 3 kali. Suspek appendik 1 kali.

Masa tahun 2008-2010 dulu, branula ni nurse yang pasangkan. Sekarang kerja cucuk jarum @ branula kat tangan pesakit ni mesti dibuat oleh doktor. Sebabnya? Ntah. Akak pun tahu. Mesti ada kes la tu.

Branula

Sebenarnya apa tu branula? Branula atau juga dikenali sebagai cannula ialah jarum yang biasa doktor cucuk untuk masukkan ubat. Kalau di hospital korang tengok ramai pesakit ada mende alah ni kat tangan masing-masing.

Branula ni actually tiub plastik tapi orang suka panggil jarum. Sebab masa nak masukkan tiub plastik tu gunakan jarum. Lepas tiub branula dah masuk dan ada backflow of blood, jarum tu akan ditarik keluar.

Branula

WARNA & SAIZ BRANULA

Branula ada macam-macam warna mengikut saiz bagi kegunaan atas pesakit dalam situasi berbeza.

Branula

Branula ada 7 saiz yang dibezakan dengan warna penutup yang berlainan.

  1. Oren – 14G
  2. Kelabu -16G
  3. Hijau – 18G
  4. Pink – 20G
  5. Biru – 22G
  6. Kuning – 24G
  7. Purple – 26G

Branula

Semakin kecik saiz branula, semakin besar jarumnya.

Yang saiz kecik tu masa nak masukkan branula memang tak sakit. Tapi bila masukkan ubat akan rasa sakit yang amat sebab pressure-nya kuat.

Yang saiz besar pulak sebaliknya. Masa masuk rasa sakit macam nak tercabut nyawa. Tapi masa masuk ubat tak akan rasa sakit.

Biasanya jarum branula warna hijau digunakan untuk kebanyakan pesakit. Branula warna pink digunakan oleh pesakit yang perlu dimasukkan ubat untuk tempoh yang lama atau yang perlu menerima 2-3 liter cecair sehari.

Branula warna biru digunakan oleh pesakit yang perlukan ubat untuk tempoh lebih lama, pesakit kanser, kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai urat halus.

Branula warna kuning digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Baby Izzah dipasangkan branula warna kuning ni selepas dia dilahirkan tak cukup bulan @ 34 weeks. Kegunaannya untuk masukkan antibiotik sebab risiko jangkitan akibat PPROM @ air ketuban pecah awal.

Hospital Sungai Buloh

Branula paling kecil @ warna purple digunakan pada bayi pra-matang atau kurang berat badan.

Akak dipasangkan branula berwarna biru semasa akak bersalin secara pembedahan caesarean pada tahun 2008 (Izzah) dan guna general anaesthesia (bius pengsan terus @ induced coma). Pembedahan ambik masa beberapa jam sebab tu kena guna yang biru.

Branula

Masa bersalin secara czer pada 2012 (Irfan) dan 2015 (Irdina), akak kena cucuk branula warna hijau. Memang sakit branula hijau ni.

Bengkak teruk tangan akak masa dimasukkan ubat untuk regulate blood pressure semasa pembedahan tu. Tangan bengkak jadi 2 kali ganda dari saiz asal!!

Branula

Tegaderm yang ditampal supaya branula tak bergerak juga menyebabkan kulit akak jadi gatal.

BRANULA PADA IBU BERSALIN

Akak memang menyampah dengan branula ni. Sakit masa cucuk jarum tu rasanya boleh tahan lah lagi. Tapi sakit lepas branula tu melekat kat tangan tu memang boleh buat pesakit jadi demam!!

Tak pasang branula @ cucuk jarum tak boleh ke? Tak selesa sangat. Rimas. Sakit weh.

Hmmm. Akak dulu pun selalu terfikir kenapa nak kena cucuk jarum branula tu. Asal kena masuk wad je kena cucuk branula. Setiap kali cucuk branula mesti akak rasa tak best.

Branula

Pastu kena sambung wayar IV drip tu pada branula. Nak ke jamban pun terpaksa angkut sekali IV drip tu. Nak membeser pun payah.. hehehe

Kenapa kena pasang jarum @ branula pada ibu yang masuk hospital untuk bersalin? Nak bersalin secara vaginal @ normal je pun. Kalau bersalin secara pembedahan @ caesarean tu memang patutlah kena pasang branula.

Ni ibu yang low risk bersalin normal pun kena branula apa cerita. Nak mudahkan kerja doktor dan nurse?

Memang betul. Branula kena pasang siap-siap sebelum bersalin atau masuk wad untuk mudahkan doktor selamatkan NYAWA korang!!

Bukannya suka-suki doktor nak pasang jarum @ branula ni. Branula adalah alat menyelamatkan nyawa jika berlaku komplikasi semasa bersalin.

Branula

Korang tau ke apa akan terjadi masa ibu tengah bersalin. Tak kan?

Even ibu yang tiada apa-apa masalah dari awal mengandung sampailah baby keluar secara normal. Beberapa saat lepas tu anything can happen dalam SEKELIP MATA!

Uri tak keluar habis. Rahim gagal mengecut. Berlaku tumpah darah yang banyak. Non-stop bleeding. Kena sawan dan darah tinggi.

Time kecemasan macam ni memang branula yang siap terpasang kat tangan mudahkan doktor masukkan ubat untuk selamatkan nyawa ibu. Malah blood transfusion pun boleh dibuat dengan segera melalui jarum branula tu.

Branula

Hmmm. Tak boleh ke pasang jarum @ branula tu masa diperlukan sahaja? Memang tak boleh lah. Sebab masa tu dah susah nak cari urat yang mungkin sudah mengecut @ jadi kecik. By the time doktor berjaya cucuk branula mungkin sudah terlambat nak selamatkan korang. Innalillah la jawabnya.

Biarlah sakit sikit masa nak bersalin tu. Asal mudah doktor nak bantu selamatkan nyawa korang.

Apalah sangat rasa sakit kena pasang jarum @ branula tu berbanding rasa bahagia dapat memeluk baby yang dikandung selama 9 bulan tu.

Kalau sakit bersalin yang orang kata boleh putus segala urat tu korang boleh tahan. Sakit pasang jarum @ branula ni apalah sangat kannnnnn.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *