Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Tabung Periuk Nasi Untuk Beli Beras

Saya ada buka akaun simpanan Maybank Yippie-i untuk Izzah. Akaun ni untuk simpanan biasa macam duit raya atau duit yang kadang-kadang diberi orang pada dia.

Kalau saya ada duit extra pun kadang-kadang saya masukkan jugak dalam akaun dia. Kadang-kadang je lah…heh heh!

Saya ada simpan asing untuk pendidikan masa depan Izzah. Ada SSPN dan juga insurans pendidikan & perubatan.

Izzah tak tahu pun kewujudan akaun Maybank dia tu. Kecik lagi kan.

Dulu masa saya sekolah rendah… iri hati jugak tengok kawan-kawan ada buku akaun bank BSN. Masa tu Bank Simpanan Nasional je lah yang popular…teeheee. Hanya anak orang kaya je ada akaun bank tau.

Walaupun tak ada akaun bank, saya ada juga belajar menabung dengan tabung ayam. Tapi tak banyak pun boleh simpan sebab memang tak ada duit lebih..hu hu.

Izzah saya ajar dia menabung sejak tahun lepas. Mula-mula tu just bagi dia sepuluh sen dan suruh dia simpan dalam plastik.

Kemudian setiap hari masa nak pergi kerja saya akan bagi dia duit 40 sen. Memang dia simpan duit tu dalam plastik. Tapi biasanya akan bersepah bila dia main.

Jenuh cari tabung bersaiz besar tapi tak jumpa-jumpa. Kebanyakan tabung kat kedai tu semuanya kecik!!

Tak muat nak simpan duit banyak-banyak so buang karan je beli.

Saya dah minta Big Babah tebuk lubang pada tin biskut tapi sampai sekarang tak terlaksana…heh heh.

Satu hari Big Babah bawa balik tabung berbentuk periuk ni… special untuk Izzah menabung.

Tabung Periuk Nasi

Comel pulak tabung periuk nasi ni. Saiz dia besar lah sikit daripada tabung-tabung yang ada kat Daiso tu.

Big Babah cakap dengan Izzah yang duit dalam tabung periuk nasi tu akan digunakan untuk beli beras…ekeekeeee..

Tabung Periuk Nasi

Tu kadang-kadang Izzah cakap:

“Mama… duit dah banyak…dah boleh beli beras!!”

Saya pernah cerita pada Izzah yang kalau nak beli barang kena ada duit. Duit pulak bukan datang bergolek. Kena kerja baru dapat duit. So… dia tak boleh membazir.

Kadang-kadang masa balik dari taska, Izzah mintak belikan coklat kat Petronas. Saya malas nak singgah so cakap saya tak ada duit sambil buat muka sedih. Berlakon je ni sebab malas nak layan…heh heh.

Tabung Periuk Nasi

Boleh pulak dia kata:

“Izzah ada duit mama. Kat rumah dalam tabung. Nanti Izzah bagi mama duit ok?”

Kalau nak bagi duit sejuta nak jugak… setakat sepuluh sen bagi mama tak nak ah… eh eksen pulak mamanya ni…heh heh!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *