Pemeriksaan Semasa Hamil | Buka Buku Merah di Klinik Kesihatan

Semasa mengandung anak pertama, saya dirujuk kepada Hospital Sungai Buloh dari LPPKN. Sebelum ke Hospital Sungai Buloh, saya perlu membuka buku merah di Klinik Kesihatan Sungai Buloh.

Buku merah atau buku pink diperlukan jika anda bercadang untuk bersalin di mana-mana hospital kerajaan. Dalam buku merah terdapat segala maklumat penting tentang diri dan kandungan anda sepanjang kehamilan.

Kalau anda nak bersalin di hospital swasta memang tak perlu buat buku merah, Tapi kalau ada masalah semasa melahirkan, anda tetap akan di hantar ke hospital kerajaan.

Buku Merah

Jadi, lebih baik buka saja buku merah, kan?

Saya melahirkan anak pertama di Hospital Sungai Buloh. Walaupun terpaksa dibedah secara kecemasan (kandungan 34 minggu + uri dibawah + air ketuban pecah dengan najis bayi), tapi kos yang perlu dibayar adalah dalam 300 ringgit sahaja. Kalau di hospital swasta mahu cecah 10 ribu.

Untuk kandungan kali ini saya juga bercadang untuk bersalin di Hospital Sungai Buloh. Jadi, saya kena buka buku merah dan membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.

Berikut saya kongsikan tips buka buku merah atau buku pink di klinik kesihatan. Pastikan anda baca dan ikut saranan saya. Ada sebabnya!

ALAMAT RUMAH DI MANA?

Buka buku merah mesti berdasarkan alamat rumah anda.

Perkara utama kena pastikan rumah anda berada di kawasan mana. Sangat penting sebab kita tak boleh sesuka hati pergi buka buku merah di klinik kesihatan yang paling dekat dengan rumah.

Setiap klinik kesihatan ada kawasan jagaan masing-masing. Masa kita dalam pantang, nurse dari klinik kesihatan kawasan kita inilah yang akan datang buat lawatan di rumah untuk pantau kesihatan kita dan bayi.

  • Contoh 1: Alamat rumah di USJ Subang Jaya. Klinik kesihatan paling dekat (kita rasa) ialah Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Tapi kita tak boleh ke Kelana Jaya. Kena pergi buka buku merah di Klinik Kesihatan Medan Jaya.
  • Contoh 2: Alamat rumah di Jalan Jambu, Meru, Klang. Tak semestinya boleh buka buku merah di Klinik Kesihatan Meru. Kena pergi Klinik Desa Kampung Nenas.
  • Contoh 3: Alamat rumah di Sungai Buloh. Bekerja di Kelana Jaya. Kena buka buku merah di Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Kalau nak buat check-up di Klinik Kesihatan Kelana Jaya (dekat tempat kerja) boleh cakap dengan nurse untuk transfer.

TELEFON DULU UNTUK KEPASTIAN

Sebaiknya telefon dahulu klinik kesihatan untuk kepastian. Berikan alamat rumah dan tanya klinik kesihatan mana yang kita perlu pergi.

Jangan jadi macam saya. Duduk di Jalan Jambu, Meru dan terus terjah Klinik Kesihatan Meru. Terus kena reject. Rupanya kena buka buku merah di Klinik Desa Kampung Nenas. Buang masa dan dapat penat percuma.

Klinik Kesihatan Meru

Anda boleh dapatkan nombor telefon klinik kesihatan dalam negeri Selangor di laman web JKN Selangor. Bagi lain-lain negeri, sila rujuk JKN negeri masing-masing.

BAWA DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebaiknya telefon klinik kesihatan dan pastikan apa dokumen yang perlu dibawa.

Biasanya jika mengandung anak pertama (sulung), perlu bawa dokumen berikut:

  • sijil nikah asal dan salinan
  • kad pengenalan dan salinan (suami isteri)
  • gambar berukuran pasport (suami isteri)
  • bil elektrik/air (untuk sahkan alamat rumah)

Jika mengandung anak kedua, perlu bawa dokumen berikut:

  • buku merah anak pertama (atau anak paling last)
  • kad pengenalan isteri
  • bil elektrik/air (untuk sahkan alamat rumah)

(ada juga klinik kesihatan yang tetap minta sijil nikah walaupun pernah mengandung sebelum ini – jadi telefon dulu untuk kepastian).

DATANG AWAL

Klinik kesihatan dan klinik desa mula dibuka pukul 8 pagi. Tapi lebih baik datang awal untuk mengambil nombor giliran.

Kalau datang lambat maka memang confirm habis lambat. Pemeriksaan ibu mengandung di klinik kesihatan biasanya makan masa 2-3 jam (walaupun sudah ada temujanji).

Ramai orang dan banyak pemeriksaan perlu di buat seperti ujian air kencing, ujian darah, pemeriksaan perut, timbang berat, jumpa doktor (jika perlu) dan paling lama kena dengar nurse bagi ceramah (membebel + bagi nasihat).

BERTERUS-TERANG JIKA DITANYA

Semasa buka buku merah, nurse akan interview kita. Macam-macam soalan akan ditanya. Terutama tentang sejarah penyakit keluarga.

Kalau ada ibu bapa yang berpenyakit macam kencing manis atau darah tinggi sila maklumkan. Segala maklumat adalah penting bagi memantau tahap kesihatan kita semasa mengandung.

Pemeriksaan ibu mengandung di klinik kesihatan memang sangat leceh kerana ramai orang. Tetapi bagi saya ada kebaikannya kerana pemeriksaan yang dilakukan adalah lebih lengkap dan percuma.

Terutama ujian darah bagi menentukan darah merah cukup (tidak anemia). Setiap kali pergi mesti kena ambik darah. Vitamin macam pil zat besi, vitamin c, kalsium dan Obimin pun boleh dapat percuma.

Kalau kena monitor paras gula dalam darah (BSP – blood sugar profile) pun percuma. Kalau pergi klinik swasta sekali check gula dalam darah kena RM20. BSP pulak biasanya kena check 4 kali dalam sehari – mahu melayang RM80 setiap kali buat BSP.

Klinik kesihatan tidak lakukan ultrasound setiap kali pemeriksaan. Tapi tidak mengapa sebab kita boleh ke klinik swasta jika rasa nak scan bayi dalam kandungan.

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk Forever Living boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Daftar Ahli.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan.
Australia
Czech Republic
Netherlands
New Zealand
Slovac Republic
Belgium
Spain
Ireland
Philippines
United States  
Canada
United Kingdom
Luxembourg
Portugal
South Africa
Cyprus
Greece
Malaysia
Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan Aloe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Whatsap kak Ros +6016-888 6740 atau isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *