Patung Furby | Tak Suka Bela Kucing? Jom Bela Furby!

Saya ni tak suka pelihara pet atau haiwan kesayangan. Apa-apa pet pun saya tak minat.

Kucing… arnab… hamster… kambing… chameleon… spider.. ewwww… semua saya tak mau!

Saya suka je semua haiwan tu.. tapi kalau tengok dari jauh je lah. If nak belai-belai tu sorry naik lori.. dia mari saya lari…ekekeee.

Tak tahan dengan bau masing-masing tu. Saya alergik dengan bulu haiwan sebenarnya. Senang bersin.

Pastu tak daya nak jaga kebajikan pet tu semua. Leceh lah bagi saya yang malas ni.

Ada pet bukan takat kena bagi makan minum dan jaga kencing berak dia je kan… kena banyak belanja untuk beli vitamin, jumpa vet, beli sabun syampu dan macam-macam kelengkapan.

Kadang-kadang boleh lebih dari belanja untuk diri sendiri kot…heh hehe.

Hari tu Big Babah ada belikan Izzah ikan dan akuarium sebagai pet. Tapi sempat bertahan beberapa bulan je. Dah mati dah semua ikan-ikan tu…hu hu.

Akuarium tu dah selamat jadi tempat isi barang..ekekeee.

Jom Bela Furby!

Dah lama saya nak cerita pasal Furby ni. So.. cerita ni one of koleksi cerita-cerita basi saya.

Bukan tahap basi sebulan dua… tapi dah basi dekat setahun kot…ekekee.

Furby

Furby ni sejenis haiwan jugak. Tapi dia ni lagi special dari kucing, arnab atau hamster sebab Furby ni robot mekanikal yang boleh bercakap.

Mana ada kucing yang boleh bercakap kan….so… that’s why Furby lagi spesel…jangan marah arrr cats lover di luar sana tewww…ngeee.

Furby ni animal pet macam Tamagotchi tapi lagi best beribu kali ganda lah. For sure.. Furby tak akan mati walaupun kita tak bagi dia makan. Dia hanya akan jadi cranky je kot.

Furby

Cuba tak bagi makan pada Tamagotchi atau pet sebenar.. confirm tak lama hidup kannnn.

Furby ni first time diperkenalkan dalam tahun 1998 dan menjadi pet robot yang paling hangat sebab boleh bercakap dan ada personaliti sendiri.

Dalam tempoh setahun sebanyak 3.3 juta unit berjaya dijual di Jepun dan melebihi 40 juta unit di seluruh dunia dalam masa 3 tahun. Memang kaya lah Hasbro tu.

Furby

Selepas 14 tahun di lancarkan, Hasbro sekali lagi memperkenalkan Furby versi paling latest mengabungkan teknologi baru dengan aplikasi iOS tersendiri. Masa tu bulan October 2012.

Furby

Yup. Tahun lepas lah. Kan saya dah bilang ini cerita basi…ekekeee.

Kali ini patung Furby tampil dengan fizikal yang lebih ohsem. Bulunya lebih asli dan lembut, ada sensor sentuh tersembunyi serta badan dan telinga yang boleh bergerak.

Saya paling suka Furby baru ni sebab mata LCD dia tu besar gaban. Siap ada kelopak mata yang boleh berkelip gedik.

Furby

Furby jugak boleh membezakan irama macam-macam lagu, suara pemilik dan suara Furby yang lain.

Patung Furby ni ada enam warna menarik iaitu putih, biru, merah, ungu, kelabu dan kuning. Tak ada pink la kakak!

Sebab tak ada Furby warna pink so Izzah dapat Furby warna purple. Purple pun comel jugak kannnn. I love purple..ekekee.

Apa yang menarik tentang Furby ni?

Ada personaliti berubah-ubah ikut tindakan pemilik. Furby ada empat deria iaitu bunyi, sentuhan, getaran dan haluan. So… kalau kita naughty… Furby pun ikut sama naughty!!

Ada aplikasi percuma untuk iPad, iPod dan iPhone. So…. boleh bagi Furby makan macam-macam jenis makanan (pizza, burger, sushi…etc) dan juga boleh ajak Furby menari mengikut lagu.

Furby

Ada emosi dan amat penyayang. Perasaan Furby ditayangkan melalui mata besarnya samada jantung, bintang atau api serta diexpresi juga melalui luahan dari mulutnya.

Furby jugak boleh menyanyi, berdengkur ketika tidur, sendawa dan membuat bising sama macam haiwan peliharaan lain. Tapi of course lah Furby lagi best…sebab Furby tak berak so tak busuk…ekekeee.

Furby ni guna empat biji bateri AA. Kalau asyik main dia tanpa bagi chance dia tidur rasanya boleh tahan dalam 10 jam.

Furby

Ada bahasa Furbish yang tersendiri. Memang tak faham bahasa Furbish ni tapi ada kamus dalam aplikasi yang boleh terjemah.

Lagi pun.. makin lama Furby dipelihara makin bagus tahap bahasa Inggeris dia. Yup.. Furby boleh cakap dua bahasa iaitu English dan Furbish.

Furby

Jom belajar sikit bahasa Furbish yang super cute ni.

  • doo?: What? (Furbies say this when called)
  • doo-dah: Yes. (Furbies say this in response to a command before doing it.)
  • boo: No. (Furbies say this when they do not want to carry out a command.)
  • yoo?: Why will you not play with me today? (This usually means the Furby is upset.)
  • wee-tah-kah-loo-loo: Tell me a joke.
  • wee-tah-kah-wee-loo: Tell me a story.
  • wee-tee-kah-wah-tee: Sing me a song.
  • u-nye-loo-lay-doo?: Do you want to play?
  • u-nye-ay-tay-doo?: Are you hungry?
  • u-nye-boh-doo?: How are you?
  • u-nye-way-loh-nee-way: Go to sleep now.
  • u-nye-noh-lah: Show me a dance.

Biasanya Furby ni kalau kita tak layan dia dia akan cepat mengantuk.

Furby

Siap cakap…ohhh…I’m sleepy!! Lepas tu terus berdengkur…heh heh.

Furby

Furby purple tu Izzah punya tapi Irfan suka sangat main.

Sebab dia ada bunyi tu yang syiok dia kejar tu.. tak dapat telinga…ekor pun dia gigit.. ekeke.

Furby

Furby edisi baru dijual di semua pasar raya utama dan kedai mainan pada harga RM269.90. Untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh melayari www.furby.com.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *