Mini Akuarium | Cara Betul Bela Ikan Hiasan Supaya Tak Mudah Mati

Hari tu kat kindy Izzah tu ada buat fishing day. Teacher letak small fishes dalam kolam then budak-budak kerumun ramai-ramai tengok ikan.

Masing-masing seronok sebab dapat bawa balik seekor ikan kecik dalam botol air mineral. Botol je botol air mineral tapi letak air paip yang dah dinyah-klorin. Kena letak anti klorin dalam air tu untuk nyah klorin. Baru saya tahu ada benda alah anti klorin ni…heh heh.

Ikan Izzah tu lama jugak survive dalam botol tu. Seminggu lebih ikan tu happy-happy dalam botol. Izzah bagi cebisan roti untuk makan.

Ikan Hiasan

Tapi ikan tu mati sebab tak cukup oksigen kot dalam air berkeladak tu. Tak sempat tukar air dah mati. Kesian ikan tu…hu hu.

Masa birthday Izzah yang ke 5, Big Babah hadiahkan satu set akuarium kecik dengan 6 ekor ikan. Ikan hidup tau bukan ikan plastik.

Ikan Hiasan

Set akuarium tu beli dari kedai The Pet Family di Tesco Setia Alam. Harganya dalam RM80 rasanya. Dalam set tu ada:

  • akuarium kaca kecik (tak pasti lah saiz dia)
  • pokok tiruan
  • batu kecik warna-warni
  • satu pek kecil makanan ikan
  • satu botol anti klorin
  • lampu
  • pam oksigen

dan of course, 6 ekor ikan kecik dari baka berikut:

Ikan Hiasan

Specis Cyprinidae – Ada 2 ekor ikan Tiger Barb ni dan 2 ekor ikan Green Barb.

Ikan Tiger Barb yang berbelang seperti harimau adalah jenis ikan nakal @ notty sebab suka kacau ikan-ikan lain. Saya suka tengok ikan Tiger Barb ni sebab dia sangat aktif main kejar-kejar. Memang macam budak nakal heh heh.

Spesis Poecilliidae – Ada 2 ekor ikan Platy Molly berwarna kuning dengan ekor hitam (Black Gold Molly). Ikan ni ikan jenis sopan sebab tak ambik kisah apa ikan-ikan lain buat. Comel sangat.

Ikan Hiasan

Seronok tengok ikan-ikan tu berenang-renang dalam akuarium mini kami tu. Malam-malam rasa aman dengar bunyi air dari pam akuarium tu. Macam bunyi air terjun kecik heh he.

Ikan Hiasan

Tapi keseronokan kami hanya bertahan seminggu. 4 ekor ikan Barb tu sudah mati…sedih woooo…hu..hu

Apa yang berlaku?

Kami tak pernah tukar air akuarium sejak seminggu dibeli. Kemudian Big Babah bersihkan akuarium dan tukar airnya sebab saya nak beli 2 ekor ikan emas.

Ikan Hiasan

Hari Jumaat petang saya beli ikan emas dari kedai The Pet Family. Harga RM2 seekor dan makanan RM4. Malamnya kami ada 8 ekor ikan dalam akuarium.

Ikan Hiasan

Seronok tengok ikan-ikan tu berenang. Irfan yang umur 4 bulan tu pun suka tengok. Tak berkelip dia. Cantik sungguh warna ikan emas tu dalam cahaya lampu akuarium. Terpesona kami heh heh.

Ikan Hiasan

Esoknya… saya tengok air akuarium makin keruh. Makanan bukan penyebabnya.. kami bagi makanan yang tak menyebabkan keladak. Agaknya sebab ikan-ikan emas tu suka berak.. adeh.

Ikan Hiasan

Petangnya… saya tengok ikan-ikan tu semua tidak aktif macam biasa. Ikan Tiger Barb yang suka kejar-kejar tu pun diam semacam. Masing-masing berkumpul kat permukaan air. Tak cukup oksigen kah?

Ikan Hiasan

Tak lama kemudian dua ekor ikan emas tinggal nyawa-nyawa ikan. Baru la saya faham apa maksud istilah nyawa-nyawa ikan. Sedih betul tengok ikan tu macam tu…hu..hu.

Ikan Hiasan

Lepas tu ikan emas pun mati. Ikan-ikan lain masih tidak aktif macam biasa.

Ikan Hiasan

Malamnya….satu persatu ikan-ikan Barb tu jadi nyawa-nyawa ikan jugak. Kemudian semuanya mati…hu..hu

Hanya tingga 2 ekor ikan Black Gold Molly tu je masih bertahan. Tu pun mereka asyik naik ke permukaan. Biasanya ikan Platy Molly ni suka duduk kat dasar akuarium.

Ikan Hiasan

Saya perasan semua ikan yang mati tu macam ada perubahan pada mata dan warna kulit sebelum mati. Ikan emas tu jadi pudar warna emas dan mata jadi macam putih. Ikan Barb tu pun sama. Something not right dengan air tu rasanya.

Kesian tengok ikan-ikan Platy Molly kuning ekor hitam tu macam tak ceria. Kawan-kawan yang notty semua dah mati.

Air tu dah beracun ke apa ntah..ish. Cepat-cepat kami tukar air akuarium tu.

Hari Ahad…. Big Babah belikan lagi 5 ekor ikan dari kedai The Pet Family Tesco Setia Alam. Dia beli 1 ekor ikan Bandaraya, 2 ekor ikan Platy Molly kuning dan 2 ekor ikan Sword Tail merah.

Ikan Hiasan

Ikan Sword Tail tu siap ada jantan dan betina tu. Boleh mengawan camtu.. heh heh.

Ikan Hiasan

Tapi… tak sampai sehari duduk dalam mini akuarium tu semua ikan Molly kuning dan ikan Sword Tail pun mati… sob…sob… sedihnya.

Tinggal 2 ekor ikan Black Gold  Molly dan 1 ekor ikan Bandaraya tu je.

Ikan Bandaraya tu memang terkenal sebab tahan lasak. Ikan Black Gold Molly ni pulak hairan juga sebab macam power sungguh. Ikan-ikan lain yang seangkatan semua dah kojol. Mereka berdua ni hebat sebab masih bertahan nak masuk dua minggu dah.

Kenapa? Kenapa? Kenapa!

Terus saya buat research. Rupa-rupanya kena tahu banyak hal kalau nak bela ikan hiasan ni.

Main bela je tapi tak tau cara bela ikan hiasan jadilah macam ikan kami. Tinggal nyawa-nyawa ikan. Pastu mati.

Tips Bela Ikan Hiasan

saiz akuarium sesuai dengan saiz ikan (ikan kecik akuarium kecik)

ada pam oksigen, penapis dan lampu

ada tumbuhan akuatik untuk neutralkan ammonia & nitrate dari najis ikan (kami letak pokok plastik..adeh)

bagi makanan ikan (palet) sesuai dengan saiz mulut ikan

letak anti klorin dan anti algae – hanya 2-3 titik untuk akuarium mini atau 1 penutup untuk akuarium saiz besar (terlebih nanti PH air tak stabil so ikan mati… ahah!!).. PH sesuai ialah 6.5-7.5 (nilai 1 paling masam @ berasid, nilai 14 paling alkali).

Ikan Hiasan

letak batu-batu hiasan sebagai pengumpul sisa kumbahan dan sisa makanan

jangan kerap bagi makan sebab ikan tak kenyang punya lah.. dia tau makan makan makan… tau tau dah nyawa-nyawa ikan…hu…hu.. sebaiknya beri makan sekali atau dua kali sehari.. ikan tidak akan mati jika tak makan selama beberapa hari tapi akan mati cepat kalau terlebih makan… adeh!

jangan terlebih rajin tukar air selalu – ikan perlukan bakteria dalam air so air bersih tak bagus sangat.. sebaiknya tukar air seminggu sekali atau 2 minggu sekali.. ganti air baru sebanyak ½ atau 1/3 bahagian dari air sedia ada

ikan yang mati perlu dibuang dengan segera

ikan yang sakit @ nyawa-nyawa ikan perlu diasingkan

Saya rasa saya tau dah kenapa ikan-ikan tu kojol.

Sebab airnya PH tak stabil.

Kami baru pasang filter air besar kat luar rumah. Filter tu tapis air untuk satu rumah. Kami gunakan air ditapis + campur anti klorin selepas seminggu beli ikan. Sebelum tu air tak bertapis just air paip biasa.

Air bertapis biasanya klorin pun dah tak ada sangat kan? So.. buat apa letak anti klorin lagi? Lagipun masa tu macam terlebih tuang anti-klorin dalam akuarium tu… patut letak setitik dua je Big Babah ooi.. kes tak baca label la tu.. tulis kat situ satu penutup untuk 8 gelen air.. ambik ko.. akuarium kecik tu setengah gelen pun tak sampai.. adeh.

Sebab tukar air baru satu akuarium

Kalau ikut tips dari pakar tu.. air akuarium kena tukar separuh sahaja air baru. Bukan ganti semua air baru…ikan tak suka air bersih sangat.. keladak sikit-sikit baru ikan seronok.. adeh.

Sebab terlebih makan.

Siapa punya kerja bagi makan ikan banyak sangat ni? Jeng jeng jeng! Budak bernama Izzah lah tu. Masa weekend tu berkali-kali dia bagi ikan makan. Ikan yang gelojoh makan ialah ikan emas dan ikan Barb tu. Sebab tu cepat kojol kot…heh heh.

Nak beli ikan lain ke lagi? Mestilah!

Semalam saya beli lagi 6 ekor ikan – 2 ekor Tiger Barb, 2 ekor Green Barb dan 2 ekor Red Platy Molly.

Pagi tadi saya tengok masih happy-happy semua ikan-ikan tu. Ikan Black Gold Molly yang dulu macam monyok sebab tak ada kawan pun semakin aktif main kejar mengejar. Harapnya bertahan lama lah.

Kemaruk bela ikan hiasan pulop doh.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

15 Comments

  • Wan Anie says:

    Haritu lama kami bela ikan, akhirnya meninggal juga ikan tu selepas 4 ekor anak kucing pergi meninggalkan kami 🙁 huhu sedih

    • Ros Ibrahim says:

      @Wan Anie, kami ni tak pernah bela apa2 haiwan..first time ada pet hidup ni..biasa ada pet elektronik (furby).. tu blur tu.. mesti sedih kan kalo pet kita mati.. hu hu

  • khayraMK says:

    Adehhhh!… Anak2 syok tgk ikan emas dlm balang…nk letak pump oksigen size x kena.. Beli 10 ekor skrg dh tggl 8… Klu guna air mineral agak2 brapa lama ikan2 ni boleh tahan ek… Mencari tips terbaik nk bela ikan emas……hu3…

  • Liza says:

    Terimakasih berkongsi info cara2 nak bela ikan hiasan ni..cerita u tentang bela ikan hiasan ni sama ngan saya frust la asyik2 mati tengah syok2 tgk depa main2 dok esok tgk mati..huhuhu…tks again saya akan cuba ikut cara u…

  • hasrul says:

    mula saya bela ikan, akuarium saya keruh selalu… jadi asyik tukar penapis ja… lama lama baru saya sedar, tak payah tukar penapis tu… saya pakai sekeping ja yang kaler biru… tapi sekali sekala cuci penapis tu… tapi jangan cuci sampai terlampau bersih, biar ja cacing2 kecik tu kat penapis tu.
    bila cek internet baru tau, akuarium kena ada 2 jenis filter, mekanikal dan bio filter. penapis lama yang dah tumbuh bakteria tu yang makan keruh/ alga yang buat akuarium keruh rupanya. mekanikal filter cuma tapis benda kasar ja. terus akurium saya tak payah salin air sampai sekarang, cuma tambah air ja… dan tetap jernih… kos pun murah.

  • MyCherita says:

    singgah di sini ber Blogwalking sambil tercari2 entri akuarium, salam ukhwah salam perkenalan..

  • M Syafiq says:

    Ada satu sebab lain. Ini mungkin sebab utama ikan2 tu mati.

    New tank syndrome. Akuarium patut di set-up (isi air, anti-chlorine, letak batu/pokok perhiasan) terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 minggu. Biarkan prosess cycling berlaku dalam tempoh tu baru letak ikan.

    Rujuk article2 ni:
    http://www.bestfish.com/breakin.html
    http://www.wikihow.com/Avoid-'New-Tank'-Syndrome
    http://www.cs.duke.edu/~narten/faq/cycling.html

  • Adam Masyhur says:

    Thanks bgi tip…sya sekarang berminat nk bele ikan dan binatang2 lain..sekarang sya bru memelihara ikan laga…hhahaha..dah tau macam mne nk wt…THIS IS KOTA BHARU..I LOVE KELANTAN!!!!!!!!

  • Menariknya bela ikan….saya xpernah bela ikan dlm akuarium…sebab rasa susah nanti kenw cuci bagai…tp bila tgk rmh org yg bela ikan….nampak best pulak….hihi…:)

    Kalau awak free…jom singgah blog saya…

    http://www.sihatntural.blogspot.com

  • kell says:

    thanks sudi berkongsi experience jaga ikan hiasan..sbb sy baru bela xsmpai seminggu.. dari 30 ekor tggal 10 ekor 🙁 skrg dh dpt jwapan skit2 knp mati 🙂

  • amirul ashraf says:

    Tq sbb kongsi tips..byk yg sya dpt bljr kt cni…ari ni ikn sya suma mati di sbb kn x pnh Bela ikan sblm ni..he he..padah nya sbb tukar air aquarium suma..xtggl air lm sedikit pon..pas 2 ltk pak klorin 2penutup padahal aquarium 2 bkn bsr mn pon…abis ikn Ema’s sya mati cedih ooooo….tp xpr lh..nti sya g bli Len. :'( :'( :'(

  • fuzah says:

    Sy bela ikan emas… dpt bthan sehari ja… skrg bru tau knp ikn tu mati… sdih siot tgk… smpai ngs2

  • hye,
    saya cadangkan awak guna anti klorin jenama tension gon… anti klorin ni lbh pekat, andainya terlebih bubuh pon xmerbahaya utk ikan… saya sendiri dah lama guna anti klorin jenama ni… dia bkn khas utk ikan kelisa je… tp utk semua jenis ikan akuarium…. 😉

  • ikan emas says:

    ikan kena mkn sekali sehari saja.tuk airnya tak kotor..saya akan tukar air sebulan sekali tapi bila hari hujan saya tadah air hujan sebanyak mungkin.sebab air hujan neutral xde aisid..bila hujan saya akn kerap tukar air sebab suka tgk air ikan jernih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *