Masalah Kesuburan | Susah Mengandung Sebab Ovarian Cysts

Ramai wanita susah mengandung sebab ada Ovarian Cysts.

Ada beberapa jenis Ovarian Cysts ni. Bergantung pada jenis apa dan kuantitinya – ovarian cysts boleh secara langsung menyebankan masalah susah mengandung ni.

Functional Cysts

Setiap bulan sebelum ovulasi, ovari atau kilang telur akan menyediakan telur matang siap sedia untuk dilepaskan. Telur ni berada dalam kantung kecil berisi cecair yang dinamakan Functional Cysts.

Bila telur dilepaskan (nurse kat LPPKN kata proses sebagai pecah telur), kantung tu akan pecah dan telur akan dikeluarkan. Cysts itu akan diserap kembali dalam badan.

Kadang-kadang, ada kantung tak pecah mengikut masa dan terus membesar menjadi  cyst. Tapi jenis cyst macam ni akan hilang dengan sendiri dalam satu hingga 3 bulan.

Corpus Luteum

Cysts jenis ni berasal dari kantung telur yang dah melepaskan telur, tapi kantung ni tak hancur untuk diserap badan. So, cecair akan masuk dan ia akan membesar sehingga 4 inci.

Cysts jenis ini boleh menyebabkan ovary berpintal dan kita akan rasa sakit juga berdarah.

Tapi jangan risau sebab Corpus Luteum cysts ni juga akan hilang dengan sendiri selepas satu dua minggu.

Biasanya kalau kita ambil pil subur macam Clomid, kemungkinan besar kita akan dapat Corpus Luteum cyst ni.

Cystadenomas

Cyst jenis ni membesar di permukaan luar ovari dan kelihatan macam blister kat kulit (ada cecair pekat di dalamnya). Ia boleh membesar dan menyakitkan.

Endometriomas

Cyst jenis ni biasa terjadi kalau kita ada Endometriosis – keadaan dimana tisu Endometrium yang biasa ada dalam rahim didapati berada di tempat selain rahim.

Tisu endometrium mungkin melekat pada ovary dan menyebabkan Endometriomas.

Cyst jenis ni boleh menyebabkan senggugut teruk atau kesakitan masa hubungan seks.

Polycystic Ovaries

Biasa berlaku pada penghidap PCOS. Ovari tidak menghasilkan hormone bagi mengeluarkan telur yang matang.

Cysts ini bermula sebagai Functional Cysts tapi tidak ada telur didalam kantung yang cukup besar untuk dilepaskan. Ovulasi tidak berlaku.

Bila ini berlaku, badan kita berhenti mengeluarkan hormone Progestrone dan menyebabkan kitaran haid menjadi tidak tetap atau terus berhenti. Sebab tu ada penghidap PCOS yang datang haid beberapa bulan sekali atau juga setahun sekali.

Cyst ini juga menghasilkan hormone lelaki yang terus menyekat proses ovulasi dan menyebabkan pelbagai simpton lain seperti bulu badan berlebihan.

Dermoid cysts

Dermoid cysts ni adalah paling merbahaya sebab ia adalan tumor benign. Terdapat risiko ovary pecah jika tidak dikesan lebih awal.

Simptom-Simptom Ovarian Cysts

Antara tanda-tanda kita ada masalah cysts ialah.

  • Rasa tekanan kuat atau sakit di bahagian ari-ari
  • Berat badan bertambah secara mendadak
  • Sakit masa hubungan seks
  • Kitaran haid tidak tetap atau langsung tidak ada haid
  • Senggugut teruk
  • Loya dan muntah
  • Sakit masa kencing
  • Sakit pada buah dada

So, kalau ada tanda-tanda macam disebutkan, jangan berlengah pergi jumpa doctor pakar sakit puan.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *