Masalah Kesuburan | Susah Mengandung Sebab Masalah Ketidakseimbangan Hormon

Saya tahu tentang masalah ketidakseimbangan hormon masa first appointment dengan LPPKN pada tahun 2007.

Masa tu LPPKN ambil sampel darah beberapa kali dalam satu kitaran period.

Melalui darah yang diambil makmal LPPKN boleh check tahap hormon berikut:

  • Progestrone (hormon perempuan)
  • Estrodial (sejenis hormone Estrogen)
  • GnRH (Gonadotropin Releasing Hormone)
  • FSH (Follicle Stimulating Hormone)
  • LH (Luteinizing Hormone)
  • Androgen (horman lelaki seperti Testosterone)

GnRH adalah hormon paling penting dalam system pembiakan. Hormon ni mencetuskan pengeluaran dua lagi hormone penting bagi tujuan ovulasi (FSH dan LH)

FSH adalah hormon yang bertanggung-jawab menghasilkan telur dalam kilang telur.

LH adalah hormone yang menyebabkan folikel mengeluarkan (rupture) telur semasa ovulasi.

Hormon yang penting bagi wanita macam kita ni ialah Progestrone. Tahap hormone ni boleh meningkat atau jatuh masa kitaran haid dan mempengaruhi kesuburan dan masalah senggugut.

Malah ujian tahap hormon ini boleh kesan jika kita ada polycystic ovarian syndrome (PCOS). PCOS adalah salah satu penyebab ketidaksuburan dan susah mengandung.

Mengikut satu kajian di US, 30% masalah susah mengandung adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Masalah hormon ni pulak ada macam-macam jenis. So, bergantung pada apa jenis masalah ketidakseimbangan hormone kita tu, maka berbezalah masalah ketidaksuburan kita tu.

Berikut adalah masalah susah mengandung yang disebabkan hormon.

  • Kitaran haid tak tetap
  • PCOS (polycystic ovarian syndrome)
  • Kegagalan embrio untuk melekat di rahim
  • Lendir serviks (cervical mucus) tidak berkualiti
  • Senang gugur (susah nak mengekalkan kandungan sehingga cukup bulan)

Kadang-kadang masalah ovulasi memang tak nampak dengan mata kasar. Ada setengah orang, walaupun tidak menghasilkan telur (ovulasi) setiap bulan tapi kita masih tetap ada kitaran haid yang tetap – macam saya.

Masalah period tetap tapi tak ada ovulasi dikenali sebagai kitaran anovulatory. Period ada tapi telur tak ada!

Bagi membantu masalah susah mengandung akibat ketidakseimbangan hormon ni – biasanya doctor akan bagi pil subur Clomid (atau jenis lain) dan suntikan Gonal-f (atau lain-lain suntikan hormone).

Kita juga boleh cuba Herba Maharani yang dikatakan boleh menolong menstabilkan hormon wanita.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

2 Comments

  • Umie says:

    assalamualaikum..
    info yg bagus. Sy pun ada masalah hormon gak. Hormon progestron sy kurang. Sy pun xtau mcm mana nak buat. Lagi pun period pun pjg..bleeding sampai 2-3 minggu br stop.

  • Rose says:

    Assalamualaikum…

    Saya juga mengalami masalah hormon tidak stabil dan menyebabkan period tak datang berbulan-bulan..Kadang-kadang sampai terpaksa ambil pil perancang untuk buat period tu datang (seperti disarankan oleh doctor pakar). Kalau tak ada period, maknana tak adalah telur kan..kalau tak ada telur, macam mana la saya nak mengandung..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *