Masalah Kesuburan | Susah Mengandung Sebab Endometriosis

Endometriosis adalah salah satu penyebab susah mengandung. Apa sebenarnya Endometriosis?

Endometriosis adalah keadaan dimana tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim (endometrium) didapati tumbuh di luar rahim.

Setiap kali kitaran haid berlaku, tisu endometrial yang berada diluar rahim ni pun turut sama bertindak seperti tisu endometrial dalam rahim.

Ianya akan menebal, pecah dan berdarah setiap kali kitaran haid.

Tapi sebab tisu endometrial luar rahim ni tidak ada cara untuk keluar dari badan maka darah tu akan terperangkap.

Tisu-tisu yang berada disekitar tisu endometrial luar rahim ni pulak akan merengsa dan terganggu hingga menyebabkan berlakunya parut pada tisu dan pelekatan (adhesions).

Adhesion atau pelekatan berlaku bila tisu tidak normal ni melekatkan organ dalaman.

Patutlah masa diagnose kali pertama di LPPKN (HSG) kata saya ada pelvic adhesion. Rupanya pelvic adhesion itu menyebabkan saya ada Endometriosis Stage 3!!

Doktor dapat tau saya ada Endometriosis Stage 3 semasa pembedahan Cesarean melahirkan Izzah! Masa tu kan perut saya kena bedah dan dikorek-korek..he..he

Endometriosis ni ada 4 stages (peringkat).

Endometriosis Stage I

Endometriosis Stage I adalah yang paling minimal dan sukar untuk dikesan. Bukti wujudnya Endometriosis Stage I ni hanya diketahui jika pembedahan dilakukan. Masa ni boleh jumpa kesan kerengsaan pada ruangan pelvic (pelvic cavity) dan mungkin juga adhesion (pelekatan) yang terhad.

Endometriosis Stage II

Endometriosis Stage II ni adalah tahap sederhana. Akan terdapat kerengsaan yang lebih banyak pada tisu di kawasan pelvic cavity (antara rahim dan bowel).

Endometriosis Stage III

Endometriosis Stage III ni masih lagi tahap sederhana tetapi semakin teruk keadaannya. Disamping kecederaan atau kerengsaan pada tisu, terdapat juga parut dan pelekatan (adhesion) di bahagian pelvic. Mungkin juga ada kesan endometriosis cycts dalam ovary.

Saya disahkan mempunyai Endometriosis Stage III ni semasa pembedahan cesarean dijalankan 3 tahun lalu. Masa doctor tengah bedah tu mereka jumpa parut dan pelekatan tisu dalam badan saya.

Endometriosis Stage IV

Endometriosis Stage IV ni dikira yang paling teruk sekali. Semua symptom dari Stage 1-III akan wujud bagi penghidap Endometriosis Stage IV. Terdapat endometriosis cysts yang besar dan banyak dalam ovary.

Pelekatan (adhesion) tisu pelvik yang sangat teruk sehingga ada organ yang berubah lokasi macam kena gam antara satu sama lain.

Penghidap Endometriosis Susah Mengandung?

Antara masalah yang mungkin timbul akibat Endometriosis dan menyebabkan kita susah mengandung ialah:

  • Pelvic adhesions (pelekatan) menghalang pergerakan telur turun ke rahim melalui tiub fallopian
  • Kualiti telur yang rendah (ada telur yang kosong)
  • Keradangan dalam pelvis menghasilkan sel yang menyerang dan membunuh sperma
  • Telur tidak dikeluarkan langsung dari ovary (anovulation)

Setahu saya tidak ada rawatan khusus untuk Endometriosis. Doktor pernah cakap dengan satu-satunya cara untuk mengubat Endometriosis ialah dengan mengandung!

Sebab masa mengandung, period akan berhenti so sel endometrium tidak akan berdarah selama 9 bulan. Itu kata doctor semasa saya di wad bersalin Hospital Sungai Buloh.

Tapi… kalau dah ada Endometriosis ni kan susah nak mengandung. So, kenalah buat rawatan kesuburan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

  • niza says:

    salam sis..saya pun salah seorng yg mempunyai penyakit endometriosis nie..dah 2kli buang endo nie thn 2008 dan 2012..saya dh 4thn kawin tak pernah sekli pun mengadung..mse opret yg ke2 kli tu dktr suh saya ambk lucrin selama 4bulan.start bulan 9 smpai bulan 12 ambl lucrin..bulan 3 bru period dtng…saya nk tnye sis ade tip2 untk memudahkn mengadung org yg ade endometriosis nie..sekrng saya ambk supplemnt shaklee je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *