Masalah Anai-Anai | Cara Mudah Halau & Hapus Anai-Anai Yang Menyerang Rumah

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Rumah aku diserang anai-anai!! Habis segala kerangka pintu, almari, kabinet dapur dan koleksi buku RESEPI aku di makannya!! Omak sangat geram!

Anai-anai tu jugak makan kotak dan label kertas pada botol kaca!! Kotak santan yang tebal tu pun dirobeknya. Meleleh tumpah semua santan! Power betul gigi anai-anai tu! Hehe!

Habis rosak segala stok barang kering dalam kabinet dapur aku tu. I hate you termites!

Hapus Anai-Anai

Nasib baik lah rumah aku dinding batu. Kalau dinding kayu sure berlubang dah rumah aku. Macam rumah mak kat kampung lah. Kena tukar papan dinding sebab rosak di makan anai-anai.

Anai-Anai Haiwan Perosak

Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Anai-anai biasanya makan kayu yang sudah lapuk. Tapi anai-anai jugak dah advance sekarang makan kayu yang elok dan segala benda yang berasal dari kayu.

Hapus Anai-Anai

Anai-anai ni habitat asal dia ialah tanah yang dipanggil busut. Kat kampung aku dulu banyak busut anai-anai ni. Anai-anai jugak boleh menyerang rumah dan bersarang di:

  • Kerangka pintu | Kerangka tingkap | Parquet atau lantai kayu
  • Skirting kayu | Siling rumah | Kabinet kayu
  • Almari kayu | Stor kayu | Rak kayu

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai

Anai-anai ni haiwan perosak yang sangat terer seni binaan terowong. Betul aku tak tipu. Hehe!

Hapus Anai-Anai

Kalau semut main redah je lalu lalang kat dinding & lantai rumah. Tapi anai-anai dia buat terowong laluan yang khas. Cerdik ke tak tu?

Kesan Perubahan Warna / Tekstur Pada Bahan Kayu

Jika ada nampak perubahan warna pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan kabinet — itu menunjukkan kehadiran anai-anai. Rumah anda sudah diceroboh!!

Kehadiran Kelkatu

Tiba-tiba ada kelkatu dalam rumah!! Sedangkan rumah memang bertutup rapat. Mana datangnya kelkatu tu?

Kelkatu akan keluar dari sarangnya untuk bina koloni baru. Jika kelkatu ada dalam rumah yang bertutup bermakna dalam rumah anda sudah ada sarang anak-anai!

Rekahan atau Lubang

Sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah yang ada selut berpasir menandakan anai-anai bersarang di situ.

Hapus Anai-Anai

Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”

Anai-anai ada mengeluarkan bunyi tik-tik tik yang berpunca daripada kegiatan anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Anai-anai juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

Hari tu masa laling aku sedang keluarkan barang rosak yang dimakan anai-anai daripada drawer kabinet dapur memang ada dengar bunyi tik-tik-tik ni. Signal amaran bahaya oleh anai-anai rupanya. Memang scary tau!

Cara Mudah Halau Anai-Anai

Petua halau anai-anai ni aku rasa boleh halau sahaja untuk sementara waktu. Cara ini tidak menjamin koloni anai-anai akan dihapuskan. Sebab sarang anai-anai ada dalam tanah yang dalam. Tapi boleh saja cuba. Mana tau berkesan dapat hapus terus anai-anai pulak kan.

Garam Dapur

Simbah garam bercampur air tembakau pada sarang anai-anai. Sembur pada kawasan yang berpotensi ada anai-anai.

Air Kapur Sirih

Siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang dan juga sarang anai-anai. Sifat panas dari kapur sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut.

Air Cucian Beras

Siram air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai.

Minyak Tanah

Semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini.

Tembakau

Campur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Racun

Beli sahaja racun anai-anai di pasaran dan gunakan mengikut aturan. Ada dua jenis racun anai-anai, iaitu jenis repellant dan non-repellant. Aplikasi sama ada dicampur dengan tanah atau sebagai umpan.

Contoh racun anai-anai jenis repellant adalah dari bahan Bifenthrin. Ia bertindak membunuh anai-anai sekiranya bersentuh secara langsung atau menghalau anai-anai.

Racun anai-anai jenis non-repellant mengandungi bahan seperti Imidacloprid dan Fipronil. Racun jenis ini sukar dikesan oleh anai-anai dan boleh menyebabkan anai-anai mati apabila tersentuh racun.

Kitaran Hidup Anai-Anai

Koloni anai-anai terdiri daripada ratu raja, pemangku ratu, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal.

Hapus Anai-Anai

Kadang-kadang pemangku ratu dan pemangku raja akan tumbuh sayap menjadi kelkatu (termite swarmers) dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.

Awas jika rumah dikunjungi kelkatu! Pemusnah barang kayu sudah datang ke rumah korang!

Hapus Anai-Anai

Saiz ratu anai-anai sangat besar hingga ia langsung tidak boleh bergerak!! Ratu dijaga sepenuhnya oleh anai-anai pekerja yang membersihkannya dan memberinya makan. Ratu anai-anai boleh mengeluarkan beribu-ribu telur sehari!

 

Tahu tak? Ratu anai-anai ada yang jual dengan harga mencecah RM2,500 seekor!! Ada yang makan ratu anai-anai hidup-hidup dan mendakwa ia boleh menguatkan tenaga batin. Omak is feeling ewwwwwww!

Hapus Anai-Anai

Cara mudah membunuh kelkatu tanpa racun serangga ialah dengan letakkan air dalam besen atau dulang bawah lampu yang dihurungi kelkatu. Kelkatu yang jatuh akan mati lemas dalam air.

Koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu pekerja, askar dan pembiak.

Telur akan menetas menjadi larva yang belum matang. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan pembentukkannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian.

Pekerja anai-anai adalah jumlah yang terbesar dalam koloni anai-anai. Anai-anai pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya.

Hapus Anai-Anai

Askar anai-anai terbentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorposis berlaku melalui proses molting. Askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan.

Pembiak terbentuk daripada kelkatu ataupun neotenic. Kelkatu akan hilang sayapnya dan mengawan untuk membentuk koloni yang baru.

Harga Bayaran Pest Control Skill Termite Exterminator

Aku duduk rumah sekarang ni dah 13 tahun lebih. Silapnya masa rumah siap tu kami tak terus buat pest control. Memang lah rumah aku atas tanah. Tapi tak jangka langsung rumah akan jadi sarang anai-anai macam ni.

Serangan anai-anai kat rumah aku dah makin menjadi-jadi. Habis semua koleksi resepi aku yang disimpan dalam drawer kabinet dapur di makan anai-anai. Omak belum cuba lagi tau resepi-resepi tu!

Anai-anai juga dah berani keluar ke atas kaunter di dapur. Habis segala stok makanan berlabel dan berkotak di serangnya! Label pada botol pun dia makan. Even kotak santan pun digigit sampai melimpah santan!

Terus kami panggi pest control. Banyak jugak syarikat pest control di Selangor yang kami contact. Harga bayaran khidmat pest control ni semuanya mahal cecah ribu! Uhuk!!

Hapus Anai-Anai

Kami pilih pest control syarikat Skill Termite Exterminator Sdn Bhd. Sebab dari awal lagi memang layanan sangat profesional. Ada quotation rasmi yang diemel. Tak macam setengah syarikat yang hanya bagi quotation on the phone. Macam acuh tak acuh je buat kerja.

Harga upah pest control Skill Termite Exterminator ialah RM1,800. Perghhh!! Lari budget kita orang. Terpaksa korek tabung. Nak tangguh tak boleh sebab serangan anai-anai makin teruk. Huhu!

Hapus Anai-Anai

Tapi aku suka perkhidmatan pest control Skill Termite Exterminator ni sebab:

  • Pembasmi anai-anai dan segala jenis pest yang profesional
  • Sijil jaminan waranti selama 5 tahun
  • Servis berkala setiap 6 bulan
  • Harga pest control termasuk untuk anai-anai, semut dan lipas
  • Tak ada bau busuk dari racun sistemik yang ditanam dalam tanah

Pembasmi anai-anai Skill Termite Exterminator datang rumah aku pada 20 May bulan lepas. Masa yang diambil untuk tebuk lubang dan tanam racun sekeliling rumah lebih kurang 7 jam!!

Memang bising dan berdebu rumah aku yang memang dah macam tongkah pecah tu. Tapi aku dan anak-anak sudah “melarikan diri” masa pest control Skill Termite datang.

Aku bawak anak-anak aku bertapa di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Buat macam rumah sendiri pulak library tu. Anak aku siap tidur baring situ. Dah siap pembasmi anai-anai buat kerja baru kami balik. Hehe!

 

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *