Malaysia Website Award 2016 (MWA 2016) | Aku Menang 3 Kali Site of The Month Award!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini .

Syukur sangat. 3 website hasil kerja aku telah menang Site of The Month Award dalam Malaysia Website Award 2016 (MWA 2016)!! Omak happy!

Tak sangka pulak aku boleh beat hasil kerja ramai web designers yang dah established.

Tapi kalau dah memang bagus hasil kerja mesti orang nampak kan. Omak bangga!

MALAYSIA WEBSITE AWARDS 2016 adalah suatu Anugerah Laman Web berprestij yang dianjurkan oleh Exabytes Group of Companies, bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai prestasi cemerlang, bakat dan usaha yang terbaik di kalangan pemaju, pereka dan agensi web di negara ini.

Malaysia Website Award

Aku baru sangat mulakan bisnes bina blog dan website ni. Selama ni aku buat blog suka-suka je. Testing sana sini. Bantu kawan2.

Tahun 2014 aku ambik Professional Diploma in Internet Busines & Marketing Strategies. Berguru dengan jutawan internet, Irfan Khairi.

Aku tak plan pun nak ambik job buat blog dan website. Tapi ramai pulak yang mintak aku buat. Demand ada dan it’s my passion so why not lah kan?

Aku pun memang perlukan duit since aku ni kan jobless @ menganggur. Hutang banyak belum setel ni. Ekonomi semakin gawat pulak tu. Omak pening!

Siapa nak buat blog, sales page dan website e-commerce boleh lah bagi job kat aku. Boleh tengok details di PakarBinaBlog.com.

Malaysia Website Award 2016 – Site of The Month

Exabytes dah buat Malaysia Website Award ni sejak 2015. Aku baru tahu awal tahun 2016 masa nak register domain & hosting untuk seorang kawan.

Aku guna Exabytes sebab aku rasa Exabytes ni syarikat hosting yang paling established dan stabil kat Malaysia ni. Pricing dia pun affordable untuk spesifikasi yang diberi.

Tapi masa awal tahun tu aku aku tak terasa pun nak join Malaysia Website Award ni.

Aku baru nak mula bisnes bina blog masa bulan Ogos 2016. So, aku rasa better aku masuk Malaysia Website Award ni mana tau boleh menang satu award. Boleh letak sebagai salah satu kelebihan aku sebagai pakar bina blog.

Ada 3 kategori dalam Malaysia Website Award 2016 ni.

  • Commercial – untuk website korporat/syarikat
  • E-Commerce – untuk website dengan shopping cart
  • Personal – untuk blog peribadi/bisnes/travel/niche

Aku submit satu website setiap bulan kecuali bulan Oktober — aku submit 2 website satu dalam kategori Personal dan satu dalam kategori E-Commerce.

Tak sangka pulak boleh grabbed sampai 3x Site of The Month Award dalam kategori Personal:

Semua website yang aku submit masa bulan 10 tak menang. Tapi blog aku tu markah 69 sipi-sipi je nak menang. Beza 4 point sahaja dengan winner. Omak masih bangga!

  • October 2016 Nominee (Personal) – rating juri 69 – RosIbrahim.com
  • October 2016 Nominee (E-Commerce) – rating juri 54 – QasehShop.com

Dukacitanya submission bulan 12 tak menang. Last minutes tiba2 ada banyak pulak submission lain dimasukkan. Huhuh!

Hadiah Malaysia Website Award 2016

Aku tengok Hadiah MWA tahun lepas berbentuk trophy kaca, sijil dan kupon untuk pembelian local domain.

Malaysia Website Award

Trophy dan sijil tu aku rasa memang bagus sebagai pengiktrafan kecemerlangan prestasi dan bakat web designers kat Malaysia ni.

Tapi hadiah kupon untuk beli domain .MY/.com.my  berharga RM3,600 (Site of The Month) & RM12,000 (Site of The Year) tu aku rasa kalau tukar bagi CASH lagi bermakna & berguna untuk aku yang jobless ni. I really need money right now.

Lagipun aku ni tak banyak clients pun lagi+ tak favor sangat local domain + dengan amaun tu banyak betul domain kena redeem. Huhu!

If dapat cash boleh lah aku guna untuk family expenses dan setel apa yang patut kan.

Malaysia Website Award

Malaysia Website Award 2016 – Site of The Year

Semua pemenang Site of The Month dalam Malaysia Website Award 2016 secara automatik masuk dalam pemilihan Site of The Year Award.

So, aku ada 3 website yang tercalon sebagai Site of The Year dalam MWA 2016. Salah satu mungkin akan menang. Ameen!

Pemenang akan diumumkan semasa majlis Malaysia Website Award 2016 yang akan dibuat di Penang nanti.

Malaysia Website Award 2016 – The Public’s Favorite Website

Mana-mana website yang tersenarai dalam Malaysia Website Award 2016 – samada yang dah menang Site of The Month atau tidak – berpeluang untuk meraih undi / votes sebanyak mungkin melalui Facebook bagi memenangi The Public’s Favorite Website Award.

Blog aku KhasiatAloeVera.com sekarang sedang leading dalam kategori Personal.

Harapnya aku akan kekal leading dan dapat menang The Public’s Favorite Website ni juga. Ameen!

Kedai online QasehShop.com sekarang nombor dua tiga dalam kategori E-Commerce.

Aku ingin mohon jasa baik korang yang baca blog aku ni untuk undi pencalonan dua website aku ni. Tarikh akhir pengundian ialah 9 Januari 2016.

Tolong bagi sedekah undi, please? Undi korang amat bermakna untuk aku yang baru nak menapak dalam industri bina blog/website ni. Terima kasih banyak-banyak.

UNDI atau VOTE hanya menggunakan akaun Facebook sahaja di pautan ini :

Cara Untuk Mengundi

  1. KLIK “Login to Vote” (menu atas kanan)
  2. KLIK “Vote” (dalam bulatan warna oren)

Malaysia Website Award

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *