Kritik Drama & Wayang | Sinopsis Drama Turki Magnificent Century (Astro Prima & Maya HD)

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Drama Turki yang bertajuk Magnificent Century / Abad Kejayaan / Muhteşem Yüzyıl yang tengah hangat disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam kini mendapat kritikan dan tentangan dari orang ramai.

Aku memang follow drama Turki Magnificent Century ni dari awal sampailah last episod sebelum pihak Astro menarik balik siaran drama tu. Tiba-tiba terkejut terus hilang Mafnificent Century ni. Hak hak hak!

Masa mula-mula tengok drama Turki tu aku pelik jugak macam mana drama yang penuh aksi lucah tu boleh lepas di tontonkan kepada orang ramai. Adegan cium mulut tak bertapis. Malah adegan ranjang pun bukan main galak ditayangkan.

Drama Turki Magnificent Century

Pelakon perempuan dalam drama Magnificent Century tu pulak semuanya pakai baju gaun yang seksi. Bawah tutup atas bukak!

Yang muda semua tayang breast. Yang tua macam Daye Hatun je tak ada apa nak tayang.

Drama Turki Magnificent Century

Aku ni bukan suka sangat cerita sejarah. Tapi ada something pada drama Magnificent Century yang buat aku tertarik. Sedar-sedar terfollow pulak drama Turki ni.

Apa yang aku tertarik sangat tu? Hey, bukan pasal adegan melampau yang tak bertapis dalam Magnificent Century.

Drama Turki Magnificent Century

Tapi pasal personaliti Hurrem Hatun tu yang berani dan cilik. Then pasal kegemilangan empayar Uthmaniyah dan juga persamaan kehidupan sultan Turki tu dengan Raja Melayu dan Maharaja China zaman dahulu. Mewah dan ada ramai hamba dan gundik!

Magnificent Century adalah drama yang berlatarbelakangkan sejarah Turki, Sejarah Kerajaan Uthmaniyah dan kisah Sultan Sulaiman yang merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1566.

Tapi aku rasa drama Turki ni lebih memfokuskan tentang masalah, konflik dan perebutan cinta & kuasa yang berlaku dalam istana Sultan Sulaiman. Memang ada part cerita tentang strategi peperangan dan kedaulatan empayar Uthmaniyah.

Drama Turki Magnificent Century

Most of the time drama Magnificent Century ni lebih fokus kepada hamba Russia yang menjadi gundik kesayangan Sultan Sulaiman yang bernama Alexandra / Hurrem Hatun.

Hurrem seorang wanita yang cekal, cerdik dan berani bermula sebagai hamba kemudian menjadi gundik favorite Sultan Sulaiman. Selepas melahirkan anak pertama Hurrem Hatun naik pangkat lagi menjadi Sultanah Hurrem. Kemudian dia berjaya menjadi Haseki Sultan seterusnya menjadi Permaisuri!

Drama Turki ini mempunyai 4 season dan kesemuanya mempunyai 139 episod.

  • Musim pertama mempunyai 24 episod
  • musim kedua pula mempunyai 39 episod
  • musim ketiga ada 40 episod
  • musim terakhir iaitu musim ke-4 mempunyai 36 episod.

Drama Turki Magnificent Century

Dalam season pertama drama Magnificent Century, dapat dilihat persaingan sengit antara gundik kesayangan Sultan Sulaiman iaitu Alexandra / Hurrem Hatun yang bercita-cita menjadi permaisuri dan juga isteri Sultan Sulaiman iaitu Sultanah Mahidevran.

Aku kesian dengan Mahidevran sebab disisihkan macam tu je bila suami jatuh cinta dengan Hurrem Hatun. Sebelum suami jadi Sultan, Mahidevran bahagia sangat sebab suami sangat sayangkan dia dan anaknya. Tapi lepas jadi Sultan terus tak ada perasaan pada isteri sendiri. Sebab ada gundik lagi cantik!

Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Macam tu lah nasib Sultanah Mahidevran tu.

Kadang-kadang aku menyampah jugak dengan Mahidevran sebab terlampau emosional dan suka bertindak tanpa berfikir. Padan muka bila suami sendiri pun dah tak sudi. Even malam Jumaat pun tak dapat!

Macam-macam hal berlaku antara Mahidevran dan Hurrem iaitu kes curi cincin zamrud, kes pukul, kes meracun dan sebagainya.

Drama Turki Magnificent Century

Kes curi cincin tu Mahidevran yang buat sebab bengang Sultan Sulaiman bagi cincin zamrud yang sepatutnya jadi kepunyaan dia kepada Hurrem. Memang dari awalnya Sultan Sulaiman buat cincin tu untuk isteri dia Mahidevran.

Tapi sebab dah jatuh cinta dan nak memikat hati Hurrem yang suka pada cincin tu so terus hadiahkan cincin tu pada gundik Hurrem tu. Kalau aku jadi Mahidevran pun aku naik angin! Hak aku tu! Hehe!

Drama Turki Magnificent Century

Kes pukul tu jadi bila Mahidevran naik angin meroyan sebab keguguran anak dalam kandungan sebab terlalu stress dengan Hurrem. Terus dia hilang akal dan terus pukul muka Hurrem bila bertembung.

Tapi peliknya Hurrem tak melawan pulak. Selalu dia ni kuat melawan tak kira dengan siapa pun. Kali ni biar pulak kena belasah sampai berdarah-darah muka. Kelakar sebab Mahidevran bukan pukul kuat pun tapi boleh berdarah muka Hurrem. Tapi tangan Mahidevran tak de pun kesan darah. Hehe!

Drama Turki Magnificent Century

Aku ni gigih tau pergi baca hampir semua sinopsis drama Magnificent Century ni. Aku ringkaskan sikit sinopsis cerita yang berlaku selepas episod 8.2 ditayangkan di Astro. Kasi spoiler sikit lah tentang apa jadi selepas drama Magnificent Century tu kena tarik siaran di Astro. Sinopsis not in order. Aku tulis apa yang aku ingat. Hehe!

  • Hubungan Pargali Ibrahim dengan adik Sultan akhirnya mendapat restu Sultan Sulaiman dan Sultanah Valide. Mereka berkahwin dan Hatije mengandung. Tapi dia keguguran semasa istana diserang pemberontak dan berlaku kekecohan hingga mereka terpaksa menyembunyikan diri. Lepas tu Ibrahim dan Hatije dikurniakan sepasang anak kembar.
  • Ibrahim curang dan ada skandal dengan Nigal Kalfar, ketua Harem. Siap dapat anak perempuan lagi tu. Sultan hukum bunuh Ibrahim dan Hatije marah dan putuskan hubungan persaudaraan dengan Sultan Sulaiman.
  • Hurrem Hatun beranak lagi dan lagi dan lagi. Subur betul si Hurrem Hatun tu. Selepas putera Mehmet ada puteri Mihrimiah, putera Selim dan dua lagi putera. Nampak sangat Sultan Sulaiman asyik tidur dengan Hurrem Hatun. Hehe!
  • Kekasih lama Hurrem bernama Leo muncul di istana! Leo datang ke Turki untuk cari kekasihnya Alexandra (Hurrem) yang terpisah semasa serangan orang jahat di kampung mereka. Memang Hurrem Hatun sangat panik dan takut Sultan Sulaiman tahu. Gigil dia bila Leo nak lukis gambar dia dan Sultan. Tapi Leo gentleman sebab tidak membuka rahsia dan sanggup mengalah untuk tidak membahayakan Hurrem.
  • Musuh ketat Sultan Sulaiman iaitu Raja Venice menghantar spies masuk dalam istana dan ditugaskan membunuh Sultan Sulaiman. Gundik bernama Viktoria (Sadika) berjaya mencuri hati Sultan Sulaiman. Tapi gagal bunuh sultan.
  • Hurrem mengadu tidak dapat berbuat kebaikan sebab dia seorang hamba. Tanpa berfikir panjang Sultan Sulaiman memerdekakan Hureem. Bila Sultan Sulaiman panggil untuk tidur bersama, Hurrem menolak sebab mana boleh tidur bersama lagi sebab dia seorang yang merdeka. Kena nikah baru boleh buat hubungan ranjang. Akhirnya Sultan Sulaiman mengenepikan tradisi turun temurun dimana Sultan tidak boleh bernikah dengan hamba/gundik. Hurrem menjadi isteri Sultan Sulaiman yang sah!
  • Putera Mustafa mati di hukum bunuh Sultan Sulaiman atas perancangan Hurrem. Bapak sanggup bunuh anak demi kuasa yang dikaburi cinta.
  • Kisah drama ini berlarutan sehingga masing-masing dah tua kerepot. Hurrem akhirnya mati sebab sakit tua.

Panjang lagi kisah drama  Abad Kejayaan Turki ni. Tak kuasa aku nak tulis sinopsis drama Magnificent Century ni banyak-banyak. Ko search sendiri lah internet. Hak hak hak!

Drama Magnificent Century sebenarnya dah lama dan sudah disiarkan di banyak negara – negara lain. Di Indonesia, drama ini dah disiarkan pada tahun 2014 dengan nama drama ini ditukar kepada Abad Kejayaan. Malaysia baru sekarang nak disiarkan. Lepas siar kena tarik balik siaran. Padan muka siapa yang follow. Hehe!

Lepas Drama Magnificent Century ini tamat, akan ada pula sequelnya yang bertajuk The Magnificent Century: Kösem, yang mana jalan ceritanya bermula, 37 tahun selepas kematian Sultan Sulaiman.

Senarai Nama Pelakon Utama Drama Turki Magnificent Century

  • Halit Ergenç – Sultan Sulaiman (sultan empayar uthmaniyah ke 10)
  • Meryem Uzerli / Vahide Perçin – Hurrem Hatun / Sultanah Hurrem (gundik/sultanah/Haseki Sultan/ isteri sultan/ ibu kepada 5 anak sultan)
  • Nebahat Çehre – Sultanah Valide (Permaisuri/ibu kepada Sultan Sulaiman, Sultanah Hatije)
  • Okan Yalabik – Pargali Ibrahim Pasha (orang kuat & sultan/ Grand Vizier/ suami Sultanah Hatije)
  • Nur Fettahoglu – Sultanah Mahidevran (Haseki Sultan/isteri Sultan Sulaiman/ibu putera Mustafa)
  • Selma Ergeç – Sultanah Hatije (adik Sultan Sulaiman/isteri Ibrahim Pasha/ibu kembar Osman dan Huricihan)
  • Yusuf Berkan Demirbag – Putera Mustafa (anak lelaki sulung Sultan Sulaiman/anak lelaki tunggal Mahidevran)

Kenapa Drama Magnificent Century Ditarik Siaran?

Lembaga Penapis Filem (LPF) mengarahkan pihak Astro meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri The Magnificent Century yang ditayangkan di Astro Maya HD dan Astro Prima tersebut.

Drama Turki Magnificent Century

LPF dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan aduan orang ramai berhubung drama mengenai empayar uthmaniyah tersebut didakwa mengandungi adegan-adegan kurang sesuai dalam konteks masyarakat Islam.

“Berdasarkan aduan orang awam, LPF telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Astro pada 29 Mei lalu. Perbincangan tersebut turut dihadiri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam.

“LPF telah mengarahkan supaya Astro mengambil tindakan segera untuk meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri tersebut dengan mengambil kira aduan orang awam berhubung drama bersiri tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Orang ramai terutama beragama Islam mengecam Astro kerana menayangkan drama Magnificent Century yang dilihat menghina Islam, memaparkan adegan lucah dan fitnah keatas Sejarah Uthmaniyah.

Drama Turki Magnificent Century

Ramai antara mereka mendakwa terdapat banyak adegan dalam drama terbabit tak layak dipaparkan untuk tontonan umum khususnya kanak-kanak.

Ada mengatakan drama Magnificent Century menghina Islam sebab memaparkan kisah Sultan bebas melakukan hubungan ranjang dengan ramai hamba / gundik. Macam galakkan hubungan luar nikah. Berdosa besar tu kan!

Drama Turki Magnificent Century

Sedar tak yang cerita ni tentang kisah yang berlaku ratusan tahun lalu? Masa tu Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah. Baca penerangan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil ni:

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, adakah benar yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan? Terima Kasih

Ya, Islam membenarkan seorang tuan beristimta’ dengan hamba perempuan yang dimilikinya berdalilkan Firman Allah (bermaksud); “Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun, ayat 5-6).

Berdasarkan ayat ini, jimak yang dihalalkan Syariat adalah melalui dua ikatan;

  1. Ikatan perkahwinan
  2. Ikatan milki yamin (pemilikan hamba).

Kedua-dua jimak tersebut jika menghasilkan anak, maka anak itu dinasabkan kepada suami atau tuan dengan nasad yang sah dan boleh mewarisi. Milki yamin (pemilikan hamba) tidak memerlukan lagi akad perkahwinan kerana dengan milki yamin tersebut seorang wanita hamba itu menjadi milik tuannya secara sepenuhnya dan harus tuannya memanfaatkannya termasuk beristimta’ dengannya.

Pada zaman awal kemunculan Islam, pemilikan hamba merupakan fenomena yang berleluasa ketika itu. Untuk menghapuskannya Syariat Islam mengambil langkah berhikmah dan secara tadarruj (peringkat demi peringkat) kerana penghapusan secara drastik akan menyusahkan masyarakat yang terbiasa dengan amalan tersebut di samping mungkin akan memudaratkan hamba itu sendiri kerana terpaksa hidup berdikari dalam keadaan belum bersedia kerana sebelumnya ia bergantung hidup kepada tuannya.

Islam telah membuka ruang yang banyak untuk pembebasan hamba melalui hukum-hakam Syariatnya. Pembebasan hamba dijadikan sebagai salah satu denda yang ditetapkan Syariat bagi kes bunuh, pelanggaran sumpah, zihar dan persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadhan. Nabi SAW sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya membebaskan hamba. Ia merupakan ibadah yang besar pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW; “Sesiapa membebaskan seorang hamba beriman, Allah akan membebaskan dengan setiap anggota dari hamba itu setiap anggotanya dari api neraka” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA).

Demi menjaga hak-hak hamba, Syariat Islam mewajibkan pemilik hamba melayani hamba-hambanya dengan baik, menjaga kebajikan dan keperluan mereka dan tidak membebani mereka melebihi kemampuan mereka. Sabda Nabi SAW; “Hamba-hamba kamu itu adalah saudara-saudara kamu. Allah meletakkan mereka di bawah jagaan kamu. Maka sesiapa yang Allah meletakkan saudaranya di bawah jagaannya, hendaklah ia memberi makan kepadanya sebagaimana makanan yang ia makan, memberi pakaian kepadanya sebagaimana yang ia pakai dan tidak membebaninya kerja yang melebihi kemampuannya. Tatkala ia membebaninya, hendaklah ia membantunya” (HR Imam al-Bukhari).

Keharusan yang diberikan oleh Syariat kepada tuan untuk mensetubuhi hamba perempuannya merupakan satu perhormatan kepada hamba itu dan juga satu langkah kepada pembebasannya. Seorang hamba wanita yang disetubuhi tuannya, apabila ia mengandung tidak harus lagi untuk tuannya menjualnya atau menghadiahkannya kepada sesiapa. Apabila ia melahirkan anak, anak itu akan dinasabkan kepada tuannya (dan menjadi seorang yang merdeka) dan hamba itu akan bergelar ummu walad. Sebaik tuannya meninggal, ia akan terbebas dengan sendirinya (yakni menjadi wanita merdeka tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun). Wallahu a’lam.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *