Kisah Rambut | Kenapa Warna Rambut Berbeza & Kulit Hitam Rambut Blonde Semulajadi?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini .

Gigih aku Google sana sini tentang warna rambut. Omak tak de kerja! Hehe!

Baby aku, Dina-saur tu kan warna rambut light brown arah2 nak jadi kuning blonde bila kena cahaya.

Rambut warna perang dia tu asli & semulajadi tau.

Jangan suka-suka tuduh aku kaler-kan rambut baby aku pulak. Aku belasah korang tak pasal-pasal lebam. Hak hak hak!

Warna Rambut

Aku tau lah aku orang Melayu warna kulit tak berapa cerah. Laling aku tu lagi lah gelap. Warna rambut pun semua hitam legam.

Susah nak percaya anak orang kulit gelap rambut jadi blonde kan?

Selama ni aku fikir hanya orang putih @ Caucasian dari Eropah, US, England dan sebagainya serta keturunan mereka tu sahaja yang boleh ada rambut perang atau blonde semulajadi.

Omakgorg! Rupanya ada jugak orang kulit hitam @ black people yang berambut blonde semulajadi!!

Warna Rambut

Ada ramai orang asli kulit hitam yang berambut kuning blonde semulajadi tu di South Pacific / Solomon Islands dan Papua New Guinea.

Warna Rambut

Besar sungguh kuasa Allah!

Kenapa Warna Rambut Berbeza

Warna rambut ditentukan oleh jenis dan jumlah melanin (pigmen warna) dalam rambut. Melanin ada 2 jenis:

  • Eumelanin hitam dan eumelanin coklat – semakin banyak eumelanin ada dalam rambut, semakin gelap (hitam) warna rambut
  • Pheomelanin – semakin banyak pheomelanin ada dalam rambut, semakin cerah (merah) warna rambut

Jumlah kepekatan eumelanin dan pheomelanin dalam rambut bergantuk kepada gen mana aktif. Gen yang menentukan jumlah melanin rambut ini tidak akan sama sepanjang hayat. Ia boleh bertukar dan menyebabkan warna rambut juga bertukar!

Biasanya baby yang berambut hitam akan kekal berambut hitam hingga dewasa. Tapi baby yang berambut cerah (blonde, merah) boleh bertukar warna rambut menjadi dark brown (coklat gelap) apabila remaja.

Kenapa jadi begitu? Sebab semakin dewasa semakin bertambah jumlah eumelanin dalam rambut.

Rambut Hitam

Warna Rambut

Ada paling banyak eumelanin berbanding warna rambut lain. Agak susah untuk mengubah warna rambut hitam menjadi lebih terang. Even nak kaler-kan rambut jadi cerah mesti dibuat berkali-kali baru jadi!

Rambut Perang

Warna Rambut

Rambut perang terjadi sebab pigmen eumelanin sedikit. Biasanya jika baby berambut perang — ibu bapa pasti berambut perang juga.

Rambut Merah

Warna Rambut

Ada  lebih banyak pheomelanin berbanding eumelanin. Agak senang untuk diubah warna rambut merah menjadi warna yang lebih gelap dengan pewarna rambut.

Rambut Coklat

Warna Rambut

Selain ada banyak eumelanin, rambut coklat juga ada pheomelanin yang menjadikan warnanya tidak sekuat warna rambut hitam.

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *