Kisah Inspirasi | Jutawan Mak Nyah Sofea Putih @ Safiey Ilias Bertaubat

Bismillah. Aloe!

Safiey Ilias. Siapa tu?

Aku rasa kalau sebut nama Safiey Ilias sebelum ni tak ramai yang kenal. Kalau sebut Sofea Ilias atau Sofea Putih mesti kenal!

Safiey Ilias ni jutawan kosmetik muda. Founder produk kecantikan kulit Aurora, WisPutih dan terbaru, Perlaking.

Aku kenal pun masa viral kisah Sofea Ilias yang jutawan masa umur 19. Siap beli kereta mewah Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer CASH lagi tu. Masa tu aku terfikir jugak. Pehal perempuan cantik ni beli Hummer. Hummer tu taste jantan. Pelik ke pelik?

Safiey Ilias

Lepas aku follow Facebook dia baru aku tau. Rupanya memang dia ni asalnya lelaki. Tapi nalurinya lebih kepada perempuan.

Sejak kecik lagi dia dah lembut. Biasalah lelaki lembut macam ni memang kena caci sebagai mak nyah @ pondan kan.

Safiey Ilias

So bila dia jadi jutawan dan duit berkepuk-kepuk. Terus dia transform jadi perempuan cantik. Siap pasang implan buah dada lagi tu.

Safiey Ilias ni kiranya pondan yang meletop sebab ada segala nikmat dunia. Jutawan dan rupawan. Muka cantik putih gebu mengalahkan kebanyakan perempuan tau.

Safiey Ilias Sofea Putih

Berniaga Sejak Sekolah

Aku suka follow Safiey Ilias ni. Sebab kisah dia tu memang sangat inspired. Bukan kisah dia jadi mak nyah @ manusia dua alam tu.

Tapi kisah bagaimana Safiey Ilias ni mula berniaga. Safiey ni budak pandai. Pelajar cemerlang. Pandai buat bisnes.

Percaya tak? Budak umur 16 tahun boleh buat bisnes online masa duduk sekolah asrama. Tak ada komputer sendiri. Tak ada handphone sendiri.

Tapi still boleh kumpul sampai RM200,ooo dari hasil bisnes online. Jual produk orang lain @ jadi agen dropship je kot. Tu yang aku tabik spring budak Safiey Ilias ni.

Pada Jun 2013 ketika berusia 19 tahun pula, Safiey memiliki wang RM1 juta bersih pertamanya!

Memang betul lah. Di mana ada kemahuan. Di situ ada jalan.

Tak macam kebanyakan orang. Suka mengeluh. Suka menyalahkan orang. Tapi tak nak berusaha untuk ubah diri. Terasa la tewww!

Safiey Ilias Sofea Putih

Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula

  • Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias
  • Nama Komersial: Safiey Illias
  • Umur: 22 Tahun (2016)
  • Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
  • Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang
  • Alamat Terkini: Kuala Lumpur
  • Jantina: Lelaki
  • Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan
  • Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
  • Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam

Kisah Taubat Safiey Ilias

Safiey Ilias ni sebenarnya Tuhan sangat sayangkan dia. Tapi dia je lambat sedar. Macam most of us lah. Suka mengeluh dan menyalahkan Tuhan.

Safiey Ilias Sofea Putih

Allah sayang dia sebab tu dia:

  • Menjadi pelajar pandai dan mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan SPM.
  • Pandai berniaga sejak umur 16 tahun sejak tinggal di sekolah berasrama penuh
  • Mempunyai jiwa yang cekal dan tabah walaupun banyak cabaran semasa berniaga
  • Boleh ada banyak duit walaupun hanya jual produk orang lain @ jadi agen dropship
  • Ada simpanan sebanyak RM200,000 semasa umur 17 tahun
  • Jadi jutawan masa umur 19 tahun hingga boleh beli rumah dan kereta mewah secara TUNAI
  • Boleh INSAF dan kembali menjadi lelaki

Semua tu Safiey Ilias tak akan nikmati kalau Allah tak sayang dia. Hidayah tu Allah berikan pada insan yang terpilih.

Safiey Ilias Sofea Putih

Kita yang bukan golongan mak nyah ni belum tentu Allah nak bagi hidayah. So, tak payah lah nak kutuk-kutuk dia dan golongan nyah lain tu.

Safiey Ilias telah balik ke pangkal jalan dengan melakukan pembedahan untuk membuang implan payu daranya. Babai setan katanya.

Safiey Ilias Sofea Putih

Tadi Safiey Ilias keluar dalam bual bicara Assalamualaiukum TV Al-Hijrah. Suka aku dengar dia bercakap. Lembut tapi penuh isi.

Safiey Ilias Sofea Putih

Cerita bagaimana Safiey Ilias jadi jutawan ada dia ceritakan di Facebook nya. Kat sini aku share. Supaya boleh jadi inspirasi.

Safiey Menjadi Jutawan Semasa Umur 19 Tahun

Disebabkan saya ramai followers baru , ramai yg masih tak kenali kisah kepayahan saya sebelum berjaya . Mgkin ramai yg cuma kenal saya disaat saya sudah dikatakan boleh la senang jugak .

Begini , saya berasal drpd Felda Lakum , Lanchang Pahang . Saya lahir pada 19 Mei 1994 , umur saya bulan 5 ni genap 22 tahun . Saya dulu sekolah di SK Lakum . Dpt UPSR semua A so saya lanjutkan belajar ke Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS) . Tp saya dua minggu je disini lepastu saya tamatkan belajar sebab tak boleh hidup tanpa mak ayah . Tak biasa berjauhan katanya walaupun saya ni anak kedua bongsu drpd 6 orang adik beradik . Kemudian saya lanjutkan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman , Lanchang . PMR dpt 8A jugak jadi saya dpt tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK) .

Bila pindah ke sini , kos memang tinggi . Mcm2 benda nk bayar . Dulu ayah saya cuma pakai kereta kancil sahaja hantar saya ke sekolah kt Kuantan ni . Saya tak mcm anak org lain yg tiap2 minggu keluar outing ke bandar . Ada yg tiap2 minggu mak ayh dtg hantar makanan dan KFC . Sedapnya masa tu . Disebabkan desakan nak jugak hidup senang sedikit seperti kwn lain disamping xpyh nk mntk duit sgt kt mak ayah , saya mula buat bisnes dari asrama . Dari asrama ?? Ya dari asrama .

Saya mulakan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan mcm suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat . Satu kotak produk dpt margin tinggi juga RM50-200 . Tp x percaya sgt ramai jugak akak2 makcik2 beli produk tu walau harga agak mahal . Mgkin sbb tu x byk sgt persaingan produk mcm skrg dan penjual pun tak ramai . Saya gunakan FB sahaja masa tu . Setiap hujung minggu saya akan kluar outing atau pinjam laptop cikgu . Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yg sediakan sewaan melayari internet . RM2 kot sejam . Jadi saya guna peluang tu untuk buat duit .

Masa tu lah saya akan gunakan untuk ambik database customer . Tp masa tu saya xtahu pun tu database . Saya besenye akan mintak siap2 nama , no telefon , alamat penuh dan email customer yg nak produk tu . Bila dia ckp je nak barang dan nk booking , saya mmg minta details tu . Kemudian , saya akan tulis maklumat tu dkt sebuah buku tulis . Saya tak ada telefon di asrama , jadi saya gunakan telefon asrama je nk call supplier dan customer saya .

Malam je lepas habis kelas prep (belajar) , saya akan call customer . Masa tu byk la duit syiling dan kad telefon saya ada . Sng nk call customer . Sorg2 saya akan call dan tanya dh buat byrn tak . Masa tu saya ada BANK RAKYAT shaja . Lepas dia kata dh byr saya akan call supplier . Satu2 alamat saya bacakan dan sebut . Smpaikan sejam bergayut dgn supplier . Supplier akan poskan brg .

Hari Jumaat je akan ada sedikit masa lapang selepas solat jumaat , masa tu saya akan ke Bank Rakyat dkt dgn sekolah untuk cek akaun . Masa tu saya tawakal je harap2 ada duit dalam akaun tu . Masa tu la saya akan transfer dkt supplier duit . Baru supplier akan pos brg . Lepastu , ada la byk duit dh masa tu . Saya dh mula beli stock sendiri . Masa tu saya jual produk sabun muka , bb cream , mask dan byk lg . Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka mmg byk jerawat .

Hari2 doa nak ada duit RM1500-1800 . Alhamdulillah Allah makbulkan . Masa tu baik x buat byk dosa sgt heheeh . Lepastu mintak lagi nk ada RM4800 , las2 dapat jugak . Saya order brg pun call supplier guna telefon asrama dan dia pos ke pejabat sekolah . Muka saya hari2 g ambik brg dkt pejabat sekolah smpai kerani sekolah pun tanya . Saya ckp ayah kirim . Kdg2 saya suruh cikgu dan teacher saya yg ambikkan . Cikgu warden asrama saya selalu beri kelonggaran untuk keluar outing ke bandar . Sbb dia tahu saya baik dan antara pelajar pandai . Kdg2 tu dia tlg saya pos brg . Sbb masa tu saya dh mula pegang stock dn post brg sendiri . Susah sgt masa tu . Leceh sgt . Kene tebalkan muka dan atasi halangan .

Safiey Ilias Sofea Putih

Kemudian sampaikan di tgkatan 5 masa SPM saya ada saving dalam RM200k berkat perniagaan saya di asrama ! Tpi sebab jiwa remaja dan x ada pengurusan duit , tggal RM8000 je duit saya . Saya byk guna duit masa masuk UITM dan mmg x mntk duit mak ayah masa tu . Sbb dulu dpt tawaran belajar di oversea tp saya tolak sbb mcm dh x mnt belajar . Lepastu 6 bulan je saya dkt UITM saya berhenti belajar . Masa tu umur 18 . Masa tu la abg saya meninggal dunia . Saya kemudian duduk di Ukay Perdana . Masa umur 18 tahun , dgn modal cuma ada RM500 , saya keluarkan Aurora dan buat spa dkt rumah ! Ramai jugak customer saya masa tu dtg rumah . Masa tu la saya promote Aurora .

Saya pergi sana sini naik teksi . Pergi kilang naik teksi . Dulu kilang x lyn sgt pun . Pergi buat sticker sendiri di Achik Printing Taman Melawati . Potong sendiri sticker guna gunting dan tampal dkt botol smpai senget2 . Pergi pos brg pon guna teksi . Gigih x gigih masa tu . Smpai lah bulan Jun 2013 masa saya umur 19 , saya dpt cecah 1 juta bersih yg pertama .

Tahu kan kereta apa saya ada ? Smpai harini ada Camry , Hilux , Mini Cooper , Audi dan Hummer H2 . Perjalanan saya sbnrnya masih panjang untuk diceritakan . Nnti sya akan tulis lagi jika anda suka nk dgr . 2013-2015 hampir 5 juta untung bersih dh saya buat .

Luahan Safie ilias

2-3 hari ni saya langsung tak fikir akan apa-apa. Sedih tak, risau tak, apa pon tak. Tapi saat saya disorong di atas katil masuk ke operation theatre, saya rasa sebak yg amat sangat sambil air mata saya mengalir. Sudah jauh saya ini pergi ke dalam gelap. Segala kisah lampau saya, saya ingat, dulu orang siap label saya “ahli neraka”. Saya dapat rasa kenapa lah nasihat ibu dan ayah saya tak nak dengar…

Saya dapat rasakan betapa satu beban itu hilang dan seolah olah diangkat ke langit. Saya menangis sebab saya rasa seolah olah Rasulullah tengah peluk erat saya dan kata “sabar”. Saya tahu Rasulullah dan Allah tengah merindui saya.

Sheikh mcg, “saat darah pembedahan tu mengalir setitik demi setitik Allah dan malaikat akan kira. Itu jihad. Itu mujahadah. Tak tumpah sama mcm zaman sahabat berperang dan bertumpah darah”.

Saya tak menyesal dan saya tak sedih. Saya gembira sambil harap dan takut akan Allah SWT. Moga Allah nilai semua ini. Perjalanan saya masih jauh.

Syaitan pasti akan dakwah saya untuk tarik saya balik ke lembah kegelapan. Lepas ni pasti general syaitan yang akan ditugaskan untuk tarik saya. Doakan saya moga dijauhkan daripada syaitan yang direjam dan iblis LAKNATULLAH.

Terima kasih semua yg selama ini tak henti mendoakan saya. Maafkan segala kekhilafan saya spanjang anda kenal saya.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *