Kisah Babywearing | Tula Baby Carrier Review – Gray Zig Zag Chevron

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Baby Dina-saur aku tu dah berumur 16 bulan. Kejap je besar. Gendong dalam baby carrier pun terasa berat. Hehe!

Since Irdina ni anak bongsu aku so ni kira last chance aku boleh babywearing lah. Confirmed Dina tak kan ada adik. Aku dah kena ikat pun. Huhu!

Tiba-tiba terasa nak try test baby carrier yang aku tak pernah guna. Macam banyak je nak cuba. Nak beli tu tidak lah. Aku boleh sewa baby carrier.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Ramai yang buat servis sewa baby carrier pelbagai jenama kat Malaysia ni. Sewa serendah RM50/100 untuk seminggu/dua.

Janji ada duit. Ada duit semua boleh. Hak hak hak!

Aku sendiri pernah memiliki dan guna baby carrier berikut:

So, aku rasa nak cuba baby carrier dari jenama yang popular macam:

  • Tula | Kokadi | Boba | Pognae
  • Bobita | EmeiBaby | Tugeda

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Aku dah plan nak sewa je semua baby carrier ni. Tapi so far aku hanya pernah cuba baby carrier Tula. Budget dan masa tak cukup nak teruskan niat menyewa baby carrier. Hehe!

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Review Baby Carrier Tula Gray Zig Zag Chevron

Aku nak sangat cuba Tula sebab ramai yang cakap baby carrier Tula ni best.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Tula ada dua saiz iaitu baby /standard (6-20kg) dan toddler (11-22kg). Aku sewa yang saiz standard. Pattern pulak aku pilih Gray Zig Zag Classic Chevron.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Aku rasa Tula ni orang suka sebab pilihan corak dia sangat banyak. Sweet semuanya aku rasa.

Harga baby carrier Tula dalam range RM500 – RM800 bergantung kepada design.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Baby carrier Tula adalah ergonomik – boleh gendong bayi dengan dua posisi iaitu depan dan belakang (front & back carry). Setiap baby carrier Tula adalah buatan tangan siap dengan penutup kepala boleh cabut (hood) dan poket kecil di depan tali pinggang.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Teruja sungguh aku bila first time pakai baby carrier Tula ni. Memang rasa selesa dan sweet sangat.

Tapi aku tak suka Tula ni sebab buckle dia tu mudah tercabut!!

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Aku ni kan dah biasa pakai baby carrier Manduca dan Lenny Lamb yang guna millitary grade buckle dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Buckle Manduca dan Lenny Lamb susah tercabut so memang sangat selamat.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Tula ni masa aku tengah gendong Dina (front carry) dan cuba nak adjust hip belt tu tiba-tiba buckle terus terbukak!! Nasib baik tak jatuh anak aku. Dina tengah berpaut kuat pada aku masa tu. Fuh!

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Poket pada hip belt Tula aku rasa lebih kepada hiasan semata-mata. Sebab kecik sangat dan mudah terbuka sebab terbonjol bila isi barang macam handphone, kunci dan duit.

Baby Carrier Tula Review Malaysia

Aku rasa kalau poket tu letak kat tepi dan guna snap button mungkin lebih selamat untuk letak barang.

Kelebihan Baby Carrier Tula

  • Body panel yang tinggi dan lebar (tahan lama)
  • Ergonomik
  • Selesa untuk front dan back carry
  • Mudah untuk pakai dan buka
  • Banyak pilihan corak / pattern yang cantik

Kekurangan Baby Carrier Tula

  • Buckle biasa bukan millitary grade – tiada ciri keselamatan 3-point lock system (mudah terbuka)
  • Poket pada hip belt kecik dan tak berfungsi
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *