Kisah Babywearing | Manduca Malaysia Review – Pure Cotton Dark Grey Limited Edition

Bismillah. Aloe!

Aku ada pengalaman wearing baby sejak Izzah baby about 8 years ago. Masa Izzah aku guna pouch dan traditional mei tai.

Masa Irfan pulak aku guna soft structured carrier (ssc).

Dulu aku ingat Snuggbaby Stork yang aku beli dengan harga RM379 tu dah mahal giler. Rupanya ada baby carrier yang lagi mahal.

Harga mahal cecah riban tahap boleh hantuk kepala kat dinding. Air liur meleleh nak beli tapi tak mampu ekekeke.

Aku last gendong Irfan masa umur dia 2 tahun. Sejak baby hingga 2 tahun aku front carry je dia. Tak pernah cuba back carry walaupun Stork tu boleh guna both front dan back carry.

Bila aku pregnant lagi so aku stop gendong Irfan. Jalan kaki la sendiri. Tak pun duduk dalam stroller hehee.

Tapi masa pregnant tu aku macam kemaruk shoping baby carrier yang mahal-mahal tu!!

Masa aku baru je 2 bulan pregnant kan Irdina. Aku terjebak beli Manduca dan Lenny Lamb.

Oh.. Lenny Lamb tu aku siap sambar 2 ketul pulak tu. Saiz toddler dan baby yang berlainan design. Apa yang fikir ntah masa tu. Giler betul.

Hari ni aku nak cerita pasal baby carrier Manduca aku tu. Masa aku sekodeng group Malaysian Babywearer aku tengok la review tentang baby carrier yang best.

Manduca Malaysia Pure Organic Cotton

Aku cari baby carrier yang boleh guna dari newborn hingga toddler. Baby carrier lain biasanya sesuai bila baby dah umur 6 bulan ke atas.

Most people suggest Manduca sebab memang design dia dibuat untuk newborn hingga toddler.

Manduca Malaysia Pure Organic Cotton

Manduca Limited Edition – Pure Cotton Dark Grey

Aku beli Manduca ni kat TinyTapir.com sebab Tiny Tapir ni salah satu authorized reseller Manduca kat Malaysia.

Manduca Malaysia Pure Organic Cotton

Actually hati ni berbelah bagi nak pilih warna apa. Aku nampak warna biru Petrol tu macam comel je. Tapi habis stok!

Manduca Malaysia Pure Organic Cotton

Last2 aku pilih warna yang subtle dan tak menonjol sangat. Manduca Pure Cotton Dark Grey.

Manduca Malaysia Pure Organic Cotton

Kaler kelabu ni bagi aku sesuai untuk dipadankan dengan pakaian warna apa sekali pun. Kira kaler yang selamat sebab aku pun tak tahu jantina baby dalam perut aku lagi.

Harga Manduca Limited Edition Pure Cotton Dark Grey masa aku beli RM700.

Kiranya baby carrier Manduca ni paling mahal lah pernah aku beli. Nanges…ekekee

Manduca Malaysia Pure Cotton

Aku jugak beli 2 ZipIn Manduca : Rainbow & It’s A Boy. ZipIn ni hiasan pada back panel Manduca so tak lah nampak plain sangat Manduca tu. Harga RM71 setiap satu.

Back panel Manduca tu kena extend @ buka zip jika nak gendong newborn hinggalah baby boleh tegak badan sendiri (neck & back control). Biasa baby 6 bulan ke atas dah tak payah bukak zip tu.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Kalau nak guna untuk toddler pun kena extend @ buka zip untuk support gendong anak yang lebih besar.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Dapat je Manduca terus aku test gendong Irfan style back carry. Best pulak gendong belakang. Selesa sangat guna Manduca ni.

Manduca Untuk Newborn – Pra-Sekolah

Memang sangat banyak choices baby carrier. Macam-macam jenama. Macam-macam printed design. Comel-comel belaka. Rasa nak grab semua.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Tapi sebab budget limited. Kena lah aku pilih yang the best. Aku pilih Manduca sebab:

  • Boleh pakai untuk baby baru lahir @ newborn berat 3.5kg hingga kanak-kanak pra-sekolah @ 5 tahun berat 20kg! Tahan lama beb.
  • Ada infant seat @ newborn harness untuk bayi baru lahir. Aku suka sebab baby kecik memang selesa duduk dalam tu.
  • Material Manduca ni 100% pure cotton organik. So tak panas dan tak ada risiko alahan.
  • Sesuai untuk front carry, back carry dan hip carry.
  • Shoulder straps Manduca ni boleh guna secara backpack style atau cross straps. Sangatlah fleksibel.
  • Manduca ni juga sangat ringan @ lightweight 600gm sahaja.
  • Selamat sebab guna 3 point buckle on waist belt & safety elastic bands.

Nanti aku share lebih banyak gambar aku guna Manduca untuk gendong Irdina sejak umur dia 3 minggu hinggalah umur 4 bulan.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *