Kisah Babywearing | Gambar Gendong Bayi Dalam Manduca Pure Cotton

Bismillah. Aloe!

Aku banyak story yang nak cerita tapi asyik tertangguh. Salah satunya cerita pasal pergi Legoland masa cuti sekolah hari tu.

Sekarang mood tengah membara nak cerita tentang babywearing. Jangan nyampah pulak seminggu ni asyik up story pasal babywearing. Macam lah ada yang baca blog syiok sendiri ni.. ekekeke .

Masa 2 bulan mengandungkan Irdina. Aku beli lah Manduca. Harga Manduca Pure Cotton Limited Edition RM700 + RM142 harga aksesori ZipIn dia tu. Jumlah duit yang terbang meninggalkan tabung aku ialah RM842. Pecah tabung weh… pecah. Uhukkkk!

Aku nyatakan harga beli Manduca tu kat sini sebagai rekod. Mana tahu nanti aku nak jual Manduca aku tu. Senang nak refer balik harga beli Manduca tu heheheh.

Korang mesti rasa RM700 harga Manduca tu melampau mahal. Memang betul pun melampau. Bukan takat melampau. Tapi sudah tahap terlampau. 

Tapi since Manduca ni produk oversea so harganya ditentukan oleh nilai ringgit kita berbanding USD. Masa aku beli tu ringgit tengah menjunam jatuh. Janam janam kiranya.. huhuhh.

Aku tak kisah bayar mahal jika produk tu kualiti superb. Manduca ni memang kira jenama baby carrier pilihan yang ergonomik dan one of the best baby carrier in the world.

Gambar Babywearing Manduca – Baby 3 Minggu

Aku mula guna Manduca untuk gendong Irdina sejak umur dia 3 minggu. Irdina lahir berat 2.95 kilo. Masa umur dia 3 minggu tu berat dah lebih 4 kilo so dah kira boleh guna Manduca ni.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Masa first time tu aku test drive kat rumah je. 3 minggu masih dalam pantang. Mana boleh keluar shopping lagi ekekee.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Baby umur 3 minggu for sure kepala dan badan masih lembik. Sebab tu penting kena cari baby carrier yang ada newborn harness atau newborn seat.

Manduca ni ada newborn harness so memang sangat sesuai dan selamat untuk gendong bayi sekecil 3.5 kg.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Lepas aku rasa luka cesar aku sembuh @3 weeks, aku pun mula lah operasi cuba try test Manduca tu. Irdina masa tu kuat tidur so senang je nak cuba. Pasrah je dia aku sumbat dalam Manduca ekekeke

Bila baby kecik masuk Manduca ni, kaki dia mesti ada kat dalam. So dari luar nampak membulat je Manduca tu kat perut. Gaya macam tengah pregnant pun ada. Snuggly je baby kat dalam tu.

Gambar Babywearing Manduca – Baby 6 Minggu

Aku dan famili jalan-jalan kat Setia Alam City Mall sebab tu yang paling dekat.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Kiranya masa tu lah first time aku betul-betul guna Manduca untuk gendong baby.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Aku guna newborn harness @ seat Manduca tu sampai la Irdina 7 minggu lebih.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Masa dia 2 bulan dah tak muat duduk dalam newborn harness tu. Montot bambam sangat.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Gambar Babywearing Manduca – Baby 2 Bulan

Masa Irdina umur 2 bulan, aku gendong dia front carry macam biasa guna Manduca.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Kali ni newborn harness dah tak guna. So kaki dia dah boleh nampak dari luar.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Tapi kepala still tak nampak sangat pun. Baby pun masa ni kuat tidur lagi. Masuk je dalam Manduca terus tidur. Best ke best tu hehehe

Manduca Malaysia Pure Cotton

Aku pernah nip @ nursing in public masa gendong Irdina guna Manduca ni. Senang je kot.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Gambar Babywearing Manduca – Baby 4 Bulan

Aku tak ada pulak gambar gendong Irdina dalam Manduca masa umur dia 3 bulan. Sebab masa tu aku kemaruk guna Lenny Lamb.

Masa Irdina 4 bulan aku bawak Manduca ni pergi Legoland. First day aku guna Lenny Lamb. Second day guna Manduca sebab Lenny Lamb tu dah bau kambing busuk. Seharian berpanas kat Legoland tu maunya tak berbau kambing embekkkk… ekekee.

Manduca Malaysia Pure Cotton

Bila baby makin besar so kaki makin panjang. Kepala pun dah nampak meninjau sana sini. Comel je Irdina dalam Manduca tu.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *