KinderMASS | Ketagih Main Pasir Mainan Kinetic Sand Lebih Baik Dari Ketagih Gadget!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini

Aktiviti KinderMASS  (Kids Maths, Arts, Science & Social) kat rumah aku ni macam-macam. Anything pun boleh asalkan anak-anak seronok bermain dan belajar pada masa yang sama.

Main pasir adalah satu aktiviti yang boleh merangsang kemahiran motor halus kanak-kanak. Anak-anak aku memang suka main pasir setiap kali ke pantai. Time balik kampung pun anak2 suka main pasir depan rumah.

Aku ingat nak beli je pasir seguni nak bagi anak main kat rumah. Tapi nak letak kat mana?

Letak kat laman rumah habis lah nanti jadi port kucing2 jiran membuang. Nak membela tapi tak tau jaga. Tu aku angin betul. Eh.. lain pulak story ni. Hehe!

Hari tu balik Terengganu aku ingat nak ambik je pasir kat pantai tu seguni dua. Tapi tak muat kereta pulak. Hak hak hak!

So apa nak buat? Beli kinetic sand lah!!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Aku dah lama nak beli kinetic sand ni. Selalu tak jadi sebab fikir anak aku Irfan masa tu kecik. Bila Irfan dah besar keluar Dina-saur pulak. Hehe!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Omak malas nak tangguh lagi. Keinginan nak bagi anak main pasir ajaib kinetic sand ni membuak-buak. Eh. Macam omak je yang nak main!

Kinetic sand kat Malaysia ni mahal jugak harganya. Sekilo dalam RM80. Pergh. Mahal tu!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Akhir tahun lepas aku tengok Educational Toys Malaysia (ETM) jual kinetic sand murah. Harga kinetic sand 1KG bersama aksesori (Inflatable Sand Tray (Dulang) + Sand Castle Toys(6pcs) + Animal(12pcs) mould] hanya RM40 exclude pos!

Tapi aku tak beli sekilo tu. Aku beli terus 2KG kinetic sand. Harga kinetic sand 2KG bersama aksesori [Inflatable Sand Tray (Dulang) + Mould (30pcs) + pam angin + Bekas Plastik] hanya RM59 exlude pos! Murah kinetic sand ni.

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Terus lah aku beli 2 kilo kinetic sand tu. Siap dapat bekas plastik kedap udara untuk simpan pasir kinetik tu. Berbaloi-baloi!

Apakah Kinetic Sand / Pasir Kinetik / Pasir Mainan Ajaib?

Apa tu kinetic sand? Pasir ajaib kinetik sand ni PASIR yang sudah dicampur dengan synthetic polymer yang menjadikannya melekat antara satu sama lain. So mudah nak buat macam-macam bentuk yang tidak mudah terlerai.

Macam tanah liat plasticine @ playdoh lah. Tapi lagi best!

Kinetic Sand ni adalah brand / jenama pasir kinetik yang berasal dari Sweden. Actually sekarang ni ada macam-macam jenama kinetic sand @ pasir mainan ni.

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Since jenama Kinetic Sand yang pelopori pasaran pasir kinetik so orang prefer panggil pasir mainan ni kinetic sand lah. Macam ubat gigi ramai orang panggil Colgate padahal tu jenama ubat gigi. Hehe!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

First time aku pegang kinetic sand ni terus aku jatuh cinta!! Omak yang over beb!

Lembut giler lah pasir mainan ni. Syok sangat pegang dan picit-picit kinetic sand tu. Kinetic sand ni masih bersifat pasir tapi lagi lembut dan senang dibentuk dari pasir.

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Anak-anak aku of course lah suka sangat main kinetic sand. Aku beli kinetic sand warna kuning tu khas untuk Irfan. Tup tup Izzah dan aku sekali suka main. Nasib baik beli 2 kilo pasir kinetik tu. Hak hak hak!

Kebaikan Kinetic Sand / Pasir Mainan Kinetik

Aku memang suka kinetic sand ni. Kalau anak-anak ko ketagihan gadget better beli kinetic sand ni dan bagi anak main. Mesti hilang ketagihan gadget tu!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Antara kebaikan kinetic sand ialah:

  • Kinetic sand dijamin bersih so tak ada risiko terjangkit kutu babi macam anak aku Irfan dulu kena masa main pasir kat kampung dulu tu (eh… lupa nak story pasal ni… soon okeh)
  • Kinetic sand 98% adalah pasir asli so masa pegang dan main tu memang feeling macam main pasir pantai lah
  • Kinetic sand dijamin selamat bebas toksin & bebas gluten so tiada risiko alahan
  • Kinetic sand tak kering walaupun dibiar di tempat terbuka (open air) selama mana pun. Tak macam tanah liat terus kering kena beli baru. Hehe!
  • Kinetic sand sangat bagus untuk meningkatkan kemahiran motor halus & daya sensori kanak-kanak
  • Kinetic sand boleh membantu hilangkan masalah ketagihan gadget

Keburukan Kinetic Sand / Pasir Mainan Kinetik

Kinetic sand ni hanya sesuai untuk kanak-kanak umur 3 tahun ke atas. So kalau anak jenis masih suka masuk benda dalam mulut tu tak boleh main kinetic sand. Bahaya weh!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Amaran Bahaya Kinetic Sand

Kinetic sand ini jika ditelan dengan banyak adalah berbahaya. Sifat kinetic sand yang melekat sesama sendiri menyebabkan ia boleh bergumpal dan menyumbat usus!

Seekor anjing bernama Molly di Australia pernah makan kinetic sand ni hingga jatuh sakit. Lepas x-ray nampak kinetic sand penuh bergumpal dalam usus!

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Molly kena bedah yang ambil masa 2 jam untuk doktor picit kinetic sand keluar dari usus. Kos bedah Molly cecah AUD$3,000!

Jangan biarkan anak main kinetic sand tanpa pengawasan dan jangan biarkan kinetic sand dibiarkan merata-rata. Simpan di tempat yang selamat terutama jika ada bayi bawah 3 tahun atau haiwan peliharaan seperti kucing.

Aku rasa kinetic sand ni kalau termasuk dalam mulut sikit-sikit tu tak lah bahaya. Nanti keluar balik lah bila anak membuang.

Tapi kalau telan banyak kinetic sand macam makan nasi dah gayanya — confirm lah berbahaya.

Biasanya haiwan peliharaan lah yang suka makan. Kanak-kanak tak kan makan kinetic sand ni sebab rasa pasir kan tak sedap pun. So, jangan risau sangat lah.

Tips Bermain Kinetic Sand

Aku nak bagi tips cara-cara bermain dengan kinetic sand.

Kinetic Sand Pasir Mainan Kinetik

Main Dalam Dulang Besar

Kinetic sand ni walaupun melekat sesama pasir tapi kalau anak suka baling akan bersepah dan berterabur juga. Sebaiknya bagi anak main dalam tray besar.

Masa aku beli dapat inflatable sand tray (dulang) so tak lah sepah masa anak-anak main.

Irfan tu suka baling2 pasir.  Pasir tu kan mahal. Jenuh nak kutip balik. Kadang-kadang bila dah bercampur kotoran kat lantai tu tak guna dah kutip.

Omak is very geram. Nasib baik lepas warning 2-3 kali tak buat lagi dah. Hehe!

Tangan Mesti Kering

Kinetic sand ni jugak kena main masa tangan kering. Make sure tangan betul2 kering.

Sebab kalau tangan lembab berpeluh atau tak lap lepas basuh tangan — habislah melekat pasir kinetic tu kat tangan.

Nak buang kena basuh dengan air lah jawabnya. Rugi weh!

Cara Mengutip Kinetic Sand

Kinetic sand jatuh bersepah di lantai? Jangan guna tangan. Bercinta lah susah nak kutip balik dengan tangan. Hehe!

Ambik segenggam kinetic sand dan gukankannya untuk mengambil sisa-sia kinetic sand yang terjatuh di lantai. Kinetic sand sama kinetic sand kan saling melekat. So, mudah je nak kutip balik.

Kinetic Sand Basah Kena Air

Jika kinetic sand jadi basah terkena air — letak pasir kinetik yang basah tu di permukaan yang rata (dalam tray) dan jemur bawah kipas. Lama2 kering lah.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *