Kereta Mainan Bayi | Baghera Speedster Flame Car Ride On – Mainan Tunggangan Bayi Paling Awesome!

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku masa kecik tak pernah merasa ada mainan tunggangan @ ride on car tu.  Mainan tunggangan? You know kereta mainan ada stereng yang anak boleh duduk dan bergerak bila tolak dengan kaki tu.

Aku pun tahu istilah ni betul ke tidak. Tapi aku merujuk kepada ride on car lah kalau dalam bahasa omputeh-nya. Hehe!

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Masa Izzah kecik dulu dia ada 2 ride on car. Satu tu macam trak askar dan satu lagi tu lebih girly sikit warna pink purple. Both ada tempat simpanan barang bawah seat.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Irfan pulak sempat main ride on car warna pink purple tu sebelum babahnya belikan ride on motorbike warna kuning.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Wah! Bukan main bergaya lagi Irfan menunggang motosikal tu. Hehe!

Actually suami aku ada aim satu ride on car yang dibuat daripada besi kat Parkson, Setia City Mall. Memang aku tengok sangat rare dan klasik tau ride on cars model Speedster tu.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Tapi harganya… perghhhhh!! Menabung setahun pun tak cukup. Hak hak hak!

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Speedster Flame Car Ride On

Aku dah lupakan kereta mainan Speedster Flame tu. Tapi suami aku tak lupa. Terkejut aku bila dia bawa balik Speedster Flame Car Ride-On tu untuk Irfan!!

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Omakgorg!! Sangat handsome sungguh kereta Speedster Flame Car Ride On tu. Kaler kuning terang dengan nyalaan api merah (red flame) umpama kereta klasik zaman dahulu. Sangat perfect untuk kanak-kanak berumur 1 -3 tahun.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Badan Speedster Flame Car Ride On ni diperbuat daripada besi dengan kemasan chrome. Tayarnya dibuat daripada getah so tak payah risau rosak atau tercalar lantai kayu uollls yang mahal tu. Lantai rumah aku tiles je so tak kisah pun calar balar ni. Hehe!

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Aku pun suka kereta Speedster Flame ni sebab badan kereta sangat kukuh dan sudah tentu tahan lama. Boleh simpan sampai 7 generasi ni. Hehe!

Pilihan Design Speedster Car Ride-On

Ada banyak pilihan warna dan bentuk ride-on car model Speedster ni. Ada bentuk fire engine, kapal terbang, kapal selam dan macam-macam lagi.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Tapi masa tengok kat Parkson, Setia City Mall tu hanya ada Speedster Flame dan kapal selam.

Harga kereta mainan tunggangan Speedster Flame ni memang kebabooooooom mahal!! Masa kami beli tahun 2014 harganya dalam RM400++.  Of coz suami aku beli time Parkson Sales so dapat diskaun banyak so dapat harga dalam RM200++.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Aku rasa harga kereta main Speedster ni sekarang sudah naik berlipat kali ganda. Ye lah kereta Speedster Flame ni kereta mainan import dari UK. Nilai ringgit kan merudum jatuh.

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Boleh cecah RM1,000++ dah harga kereta main Speedster Flame Ride-On sekarang ni. Mampu telan air liur lah kalau nak beli time ekonomi meleset ni. Huhu!

Speedster Flame Car Ride On Malaysia

Kereta mainan Speedster Flame Ride-On kepunyaan Irfan sekarang diwarisi oleh Dina. Usia kereta mainan tu dah hampir 4 tahun lah.

Motor Irfan pun ada lagi. Tapi Dina lagi suka naik Speedster Flame Car Ride-On ni.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *