Kencing Manis Semasa Mengandung | Ceramah Diabetes Semasa Hamil di Hospital Klang

Saya kantoi ujian MGGT (minum air gula). Maka kena BSP dua minggu sekali. Juga kena hadiri ceramah pemakanan ibu hamil dengan kencing manis di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.

Boleh tak kalau tak nak pergi ceramah dietician ni?

Saya hanya tanya dalam hati. Tapi seorang ibu mengandung yang juga kantoi MGGT bertanya terus pada nurse. Nurse Klinik Kesihatan Meru kata:

TAK BOLEH!! WAJIB!!

Saya gelak dalam hati. Baru ingat nak mengelat. Wajib pulak. Kalau tak jumpa dietician Hospital Klang pasti kena bebel dengan nurse. Siapa suruh kantoi ujian minum air gula.

Kencing Manis Semasa Mengandung

Saya pernah sekali sahaja ke Hospital Klang. Itu pun dalam tahun 2001. Ada kawan sakit.

Hospital Klang ada reputasi buruk. Terlalu ramai orang. Parking susah. Ada kes-kes tidak sedap didengar tentang bayi baru dilahirkan. Kes yang memilukan hati seorang ibu akibat kecuaian pihak hospital.

Tapi sebab saya duduk di Meru, klinik desa akan rujuk saya kepada Hospital Klang untuk bersalin. Ada saya kisah? Saya pasti akan ke Hospital Sungai Buloh bila tiba masanya.

Saya sudah biasa dengan persekitaran Hospital Sungai Buloh. Rekod saya dari 2008 ada dalam sistem komputer Hospital Sungai Buloh. Mudah untuk saya dan mudah untuk para doktor.

Malah Hospital Sungai Buloh lebih dekat dan cepat sampai berbanding Hospital Klang. Tidak sanggup tempuh kesesakan jalan untuk ke Hospital Klang. Kalau susah sangat saya bersalin di rumah saja lah. Boleh?

Berbalik kepada ceramah diabetes semasa kehamilan di Hospital Klang. Saya pergi sebab nak dapatkan pengesahan yang saya hadir. Alasan baik punya.

Ceramah pemakanan ibu hamil kencing manis di buat di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Klang. Ingat tu. Jangan salah pergi bangunan.

Naik lif ke aras 1 dan lepas keluar lif, terus ke koridor kanan. Jalan terus dan cari bilik seminar depan Klinik Mata (Oftamologi).

Ceramah pemakanan bermula pukul 8 pagi tapi kena datang awal. Sebab tempat duduk terhad. Memang penuh dengan ibu-ibu mengandung yang ada GDM.

Kalau terlambat kena tunggu sesi seterusnya. Tak lama ceramah ini. Hanya setengah jam. Tapi demi ceramah ini saya terpaksa cuti separuh hari. Sangat menyampah.

gdm-group-consultation-htar-03

Bila pakar dietitik datang kena serahkan buku merah pada mereka. Mereka akan sahkan kehadiran dengan stamping nama doktor/pegawai dietitik dan sain.

Bosan? Teramat sangat. Orang kata masa mengandung boleh makan apa sahaja. Tapi kita pulak kena hadkan.

gdm-group-consultation-htar-01

Ceramah berkisar tentang pengawalan makanan. Kalau tengok risalah Diabetes Semasa Mengandung yang diberikan sebijik macam maklumat dalam buku.

Satu ketul itu. Satu cawan ini. Satu sudu itu. Satu hidangan ini. Satu biji itu.

Kencing Manis Semasa Mengandung

Bagi saya tak berguna sangat. Tak perlu nak sukat-sukat makanan. Boleh datang stress dibuatnya. Silap haribulan dapat darah tinggi pulak.

Makan macam biasa. Tapi kena kawal nafsu makan. Jangan ambil makanan manis. Tolak tepi semua air teh, air kopi dan segala macam kuih-muih yang bergula tinggi.

Kalau teringin sangat makanlah. Tapi pada masa yang sama kena makan makanan yang boleh mengawal paras gula macam epal hijau, peria atau minum air kulit kayu manis.

Lebihkan makan sayur, buah dan minum air kosong. Jangan lupa bersenam!

Kencing Manis Semasa Mengandung

Memang masa mengandung kita akan rasa malas 1,000 kali ganda. Malas nak bangun. Malas nak bergerak. Kalau boleh nak baring/tidur 24 jam.

Pada masa sama perubahan hormon berlaku dengan mendadak. Sebab itu ramai dapat kencing manis semasa mengandung. Gaya hidup masa mengandung berubah.

Masa mengandung tak perlu senaman berat. Berjalan-jalan. Yoga ringan. Menari dengan anak. Berenang. Aerobik ringan.

Kencing Manis Semasa Mengandung

Masih nak sukat-sukat makanan masa mengandung? Tak perlulah. Terutama kalau BSP yang wajib dibuat 2 minggu sekali menunjukkan paras gula dalam darah sentiasa normal.

Saya ada 5 bulan lagi untuk bersalin. Tak kuasa nak sukat-sukat makanan!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

1 Comment

  • afidahabdrashid says:

    Assalamualaikum, puan ros ibrahim, merujuk kepada entri blog puan tentang ceramah gdm dihosp klang ini, saya mohon jasa baik puan untuk gambar dan cop yang tertulis nama penuh saya untuk tidak dipaparkan dientri ini.jasa baik dari pihak puan amat saya hargai. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *