Kencing Manis Semasa Mengandung | Bacaan BSP Semasa Bulan Puasa

Keputusan ujian minum air gula MGGT saya 8.0. Kantoi. Jadi kena buat BSP (Blood Sugar Profile) dua minggu sekali.

Saya ada tulis lebih lanjut tentang BSP di sini – sila klik untuk baca.

MGGT sudah. BSP kali pertama pun sudah. Jika dihitung saya ada lagi dalam 10 kali BSP kena buat. Banyaknya!

Memang lah. Masa mengandung 15 minggu sudah kena minum air gula. Kantoi pulak tu. Wajib kena buat BSP dua minggu sekali.

Bayangkan tempoh mengandung selama 40 minggu? Berbelas kali BSP lah jawapnya. Apa jadi kalau BSP pun kantoi? Haru-biru.

Kena buat BSP seminggu sekali!

Kena rujuk terus pada hospital untuk penilaian. Malah kemungkinan besar kena suntik insulin setiap hari!

Masalah besar tu kan. Jadi, kena pantau pemakanan setiap hari. Tak boleh makan ikut sedap hati kalau sudah dikatakan ada kencing manis semasa mengandung ini. Tak boleh mengidam makanan yang manis

Bacaan BSP saya kali pertama pada 16 Julai 2012 adalah normal. Alhamdulillah.

Blood Sugar Profile

Tapi saya sangat risau sebab BSP yang seterusnya (kali kedua dan ketiga) akan dibuat dalam bulan Ramadhan. Bulan puasa. Hmmm… kena buat jugak kah?

Bukan kah masa bulan puasa rutin pemakanan kita jauh berbeza dari hari biasa. Ada makan sahur pada pukul 5 pagi dan tidak makan di waktu siang sehinggalah masuk waktu berbuka dalam pukul 7.30 malam.

BSP pulak kena buat ikut masa iaitu 8 pagi, 10 pagi, 2 petang dan 8 malam. Boleh beri kesan kenaikan yang tinggi pada bacaan paras gula dalam darah.

Biasanya untuk BSP kena puasa dari 10 malam sebelumnya. Kemudian ambik darah pukul 8 pagi. BSP pukul 10 pagi dan 2 petang tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Tapi bacaan BSP pada pukul 8 malam sedangkan waktu berbuka pukul 7.30 malam. Confirm paras gula naik mendadak.

Saya tidak setuju BSP dibuat pada bulan puasa. Sebab bacaan BSP pasti tidak tepat.

Nasib baik nurse klinik desa menganjakkan masa BSP dari pukul 8 malam ke 9.30 malam. Tapi rasanya macam tak sesuai jugak 9.30 pm tu. Saya berbuka pukul 7.30-8.00 pm. Kemudian akan makan lagi secara ringan antara 8.00-9.00 pm.

Bulan puasa. Bukan waktu sahaja berbeza. Malah jenis makanan yang diambil juga sangat berbeza dari hari biasa. Hmmm.

BSP kali kedua saya dibuat pada 30 Julai 2012. Hari ke 10 berpuasa. Setakat ini saya belum meninggalkan puasa.

Bacaan BSP saya pada bulan puasa ialah….. jeng jeng jeng!

Blood Sugar Profile

Kantoi seperti yang dijangkakan.

  • 8 am – 6.7
  • 10 am – 5.4
  • 2 pm – 5.0
  • 8 pm (anjak ke 9.30 pm) – 8.8

Tengok bacaan BSP pukul 8. Siap kena tanda pen merah lagi. Bacaan normal mesti kurang 6.7. Saya pecah rekod dapat 8.8.

Bacaan BSP saya pukul 8 pagi tidak seperti biasa sebab saya makan sahur pada pukul 5 pagi. Seperti biasa untuk sahur saya makan:

  • kurma 2 biji (confirm tinggi gula) untuk bekalkan tenaga semasa berpuasa
  • nasi dan lauk seperti biasa
  • vitamin seperti vitamin C, B, iron-folik, salmon omega-3 dan vitamin E. Vitamin E adalah mengandungi gula molase kerana jenis kunyah.
  • air suam 2 gelas.

Selepas sahur pulak saya tidur. Maka badan pun lambat memproses gula dalam darah. Lain kali masa hari BSP dalam puasa, jangan tidur lepas sahur. Bersenam ringan bagi menukarkan gula dalam darah menjadi tenaga.

Perhatikan bacaan BSP saya pukul 10 pagi. Turun dengan mendadak dari 6.7 kepada 5.4. Kenapa begitu?
Sebab dalam masa 2 jam itu saya balik ke rumah dan membuat sedikit kerja rumah. Saya banyak bergerak ke sana sini.

Bacaan pukul 2 petang 5.0. Tidak turun banyak. Sebab petangnya saya hanya duduk dalan pejabat berhawa dingin. Kadang-kadang terlelap. Badan tidak aktif maka gula tidak banyak digunakan menjadi tenaga.

Bacaan BSP saya pukul 8 malam (ditunda hingga 9.30 malam) naik ke 8.8. Pecah rekod Olimpik. Terus kena bebel dengan nurse. Terus nurse suruh jumpa doktor di Klinik Kesihatan Meru keesokan pagi. Kantoi.

Apa saya makan masa berbuka hingga menyebabkan bacaan BSP saya tinggi dalam masa sejam setengah?

  • kurma 2 biji *manis
  • nasi dan lauk
  • kuih tepung pelita sedap 2 biji *manis
  • air soya sejuk Yeos 3 gelas (dahaga sangat you) *manis

Memang patutlah bacaan BSP saya naik mendadak. Sebabnya:

  • Saya makan makanan yang confirm saya tak makan pada hari selain Ramadhan iaitu buah kurma dan kuih tepung pelita. Siap bantai makan tepung pelita dua biji tu.
  • Saya minum air soya yang masih manis walaupun dilabelkan sebagai kurang gula sampai 3 gelas. Masa ujian air gula pun hanya minum segelas air gula. Ini pulak sampai 3 gelas minuman bergula.
  • Bacaan BSP dibuat sebelum tempoh 2 jam.

Esoknya saya ke Klinik Kesihatan Meru untuk berjumpa doktor. Kena bebel lagi dengan nurse di situ. “Kan saya dah cakap jangan makan benda manis. Nanti kena buat BSP seminggu sekali”.

Menyampahnya dengar. Tapi saya senyum kambing sahaja. Dalam kepala sudah hafal skrip nak berdebat dengan doktor kalau dia suruh buat BSP seminggu sekali atau suruh refer hospital. Siap fakta dan auta sekali ha ha ha.

Nasib baik doktor senyum dan cakap…

“Bacaan BSP malam masa bulan puasa biasanya tak tepat. Tak apa.. awak ulang BSP 2 minggu lagi.”

Oh yeah. Lompat katak. Tabik spring pada doktor. Anda memang pakar.

Syukur pada Allah. Alhamdulillah.

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk Forever Living boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Daftar Ahli.

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan Aloe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Whatsap kak Ros +6016-888 6740 atau isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

1 Comment

  • nurul ain says:

    As’ salam.nk tny la.sy cek bsp yg pg tu result dy 5.2/5.6 tp nurse tanda merah. Tu ok ke x sbenarnye? Yg 3 lg semua ok, cuma yg pg tu je.doc ckp law lg skali buat bsp pg tu kantoi kne inject insulin.huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *