Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Saya tidak pernah terfikir untuk merancang keluarga. Terutama secara makan ubatan, suntikan hormon, pemasangan alat IUCD (intrauterine contraceptive device) dalam rahim atau mengikat saluran peranakan. Tapi kalau merancang kehamilan secara kaedah semulajadi tu memang ada.

Sebab saya asalnya memang susah sangat mengandung. 4 tahun kahwin baru dapat anak selepas 2 kali rawatan kesuburan IUI. Hanya yang susah mengandung faham apa rasanya bila dikatakan mandul oleh orang disekeliling.

Lepas bersalin anak pertama, tiba-tiba saya senang mengandung. Tapi mudah pula keguguran. Tiga kali saya gugur. Memang sangat hampa ketika itu.

rancang keluarga 02 Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Saya sangat terkejut bila doktor pakar wanita yang ditemui semasa kandungan saya masuk 35 minggu (November 2012) menegaskan bahawa adalah sangat merbahaya jika saya mengandung lagi dan bertegas untuk mengikat saluran peranakan saya (dengan kata lain, memandulkan saya) semasa saya dibedah nanti.

ikat peranakan 03 Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Terkejut kerana dia sangat beriya menyuruh saya bersetuju untuk diikat saluran peranakan. Malah dia juga menyebut satu persatu risiko yang akan saya hadapi jika tidak buat BTL (bilateral tubal ligation – ikat saluran peranakan).

Berikut adalah faktor-faktor risiko yang saya ada:

  • umur 38 tahun jadi kehamilan seterusnya pasti umur sudah melebihi 40 (risiko anak cacat, darah tinggi dan lain-lain)
  • endometriosis tahap 3/4 – pelekatan organ dalaman yang sangat teruk (risiko uri melekat dan dibuang rahim)
  • masalah kesihatan (kencing manis semasa mengandung yang lebih serius)

Disebabkan faktor-faktor di atas saya ditakutkan dengan risiko pendarahan teruk semasa mengandung lagi, kehilangan nyawa dan sebagainya. Malah doktor itu boleh kata kalau saya tidak ikat dan mengandung di masa hadapan, “jangan jumpa dia lagi”. Maknanya, dia tidak mahu mengambil kes saya lagi jika ditakdirkan saya mengandung.

Hairan betul. Boleh pula seorang doktor menolak pesakit semata-mata sebab tidak mengikut saranannya untuk memandulkan saya!

Doktor itu mendesak kami membuat keputusan secepat mungkin. Eh.. macam nak paksa kami pula.

Saya memang terkejut. Begitu juga dengan suami. Walaupun kami mungkin akan berhenti mendapatkan anak tetapi tidak pernah terfikir untuk memandulkan saya secara kekal. Pil perancang atau suntikan hormon boleh dipertimbangkan. Tetapi tidak untuk ikat saluran peranakan (BTL – bilateral tubal ligation).

Apakah Bilateral Tubal Ligation (BTL – ikat saluran peranakan)?

BTL iaitu Bilateral Tubal Ligation adalah kaedah pemandulan secara kekal. Biasanya ia dibuat dengan dengan mengikat, memotong atau apa saja kaedah yang memutuskankan tiub fallopian (saluran peranakan) dari terus bersambung ke rahim.

ikat peranakan 04 Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Apabila saluran peranakan dipotong, benih lelaki sperma tidak dapat melintasi bahagian yang diputuskan untuk bersenyawa dengan telur ovum yang dikeluarkan dari kilang telur ovari.

Tetapi kaedah mengikat saluran peranakan (BTL) tidak menjamin 100% tiada kehamilan. Pada tahun pertama BTL dilakukan, ia amat berkesan menghalang kehamilan sebanyak 99%.

Keberkesanan kaedah BTL semakin menurun pada tahun-tahun berikutnya kerana saluran peranakan yang diputuskan atau diikat itu boleh bercantum dan bersambung semula, terutama jika ia tidak dilakukan dengan cara yang sempurna.

Proses recanalization iaitu pembentukan saluran yang halus dalam saluran fallopian boleh terjadi dimana menghubungkannya semula dengan rahim dan menyebabkan sperma berenang melaluinya. Setelah itu berlakulah persenyawaan.

Ovum yang telah disenyawakan mempunyai saiz yang lebih besar dan tidak boleh melepasi semula saluran halus ini. Jadi, ada risiko berlaku kehamilan ektopik (luar rahim) setelah melakukan BTL (ikat saluran peranakan).

Apakah Hukum Ikat Saluran Peranakan?

Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram.

ikat peranakan 01 Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Tetapi pemandulan kekal menjadi harus jika ia dinasihatkan oleh doktor atas faktor ancaman nyawa.

Saya faham doktor itu hanya menjalankan tugas. Tetapi doktor-doktor pakar lain yang melihat kes saya semasa di wad tidak pula menyuruh atau memaksa saya secara halus untuk buat BTL.

Saya dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh selama 2 minggu sebelum dibedah kerana kedudukan uri di bawah. Banyak juga kes uri di bawah semasa saya di situ. Ramai juga yang bersetuju untuk diikat peranakan semasa dibedah.

Kebanyakan mereka yang buat BTL (bilateral tubal ligation – ikat peranakan) adalah yang sudah ada anak 3 ke atas atau sudah tiga kali beranak secara pembedahan.

ikat peranakan 02 Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Persetujuan suami dan isteri mesti diperolehi dengan menandatangani borang Pemandulan sebelum prosedur ikat saluran peranakan boleh dibuat. Doktor mestilah sudah menjelaskan bagaimana ia dibuat dan risiko-risiko yang mungkin dihadapi selepas bilateral tubal ligation dibuat.

Kesan Sampingan Selepas Ikat Peranakan

BTL (bilateral tubal ligation) atau ikat saluran peranakan adalah kaedah pemandulan yang kekal. Kesan selepas ikat peranakan ialah kita mungkin akan sangat menyesal kerana tidak boleh mengandung lagi.

  • Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Terutama jika wanita yang melakukan BTL masih muda. Mungkin ada yang kematian suami atau bercerai dan berkahwin lagi. Macam mana nak dapatkan anak dengan suami baru secara semulajadi jika sudah diikat peranakan?
  • Selepas ikat peranakan, kita mungkin akan alami masalah sakit senggugut yang teruk semasa haid. Malah, kitaran haid juga akan terganggu dan menjadi tidak tetap.
  • Ada setengan wanita mengalami ‘mood swings’, kerisauan dan kemurungan selepas ikat peranakan. Kemungkinan besar ianya disebabkan berlaku kacau-bilau dalam pengeluaran hormon selepas prosedur BTL dibuat.
  • BTL (bilateral tubal ligation) atau mengikat saluran peranakan juga boleh menyebabkan berlaku kehamilan luar rahim.

ikat peranakan 03 Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

Long-term risks include incomplete closure of the tubes, which could result in future pregnancy. This affects approximately 1 in 200 women. Furthermore, the fallopian tubes may eventually reconnect in approximately 1 percent of women. According to the Centers for Disease Control and Prevention, if a pregnancy does occur, the chance that it will be ectopic, that is, in a fallopian tube instead of the uterus, is approximately 7 in 1,000.

  1 comment for “Kaedah Merancang Keluarga | Ikat Saluran Peranakan – Bilateral Tubal Ligation

  1. sue
    May 12, 2013 at 6:05 AM

    Tqvm. Penerangan yang jelas dan detail. Entah kenapa saya pernah terfikir cara ni bila dah berumur nanti. Sebab saya ni mudah sangat mengandung. Takut kalau dah lebih umur 40an pun termengandung lagi. Ingatkan kalau cara ni berkesan 100% untuk elak mengandung. Haram rupanya kalau bukan atas nasihat doktor. Astaghfirullahalazim.. :(
    sue recently posted..Avent Newborn Starter Set MurahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

CommentLuv badge