Jom Join Contest | Ketahui Kepentingan Tumbesaran Otak Dalam Kempen ‘Grow Amazing’ Oleh Anmum Essential & MENANG HADIAH MENARIK!!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Jom join contest!! Aku ada 5x HADIAH ANMUM ESSENTIAL KIT  nak bagi korang. Mudah saja nak sertai. Baca posting ini hingga habis. Kemudian jawab 2 soalan mudah di akhir posting. Senang sangat nak dapat hadiah limited edition ni beb!


Otak memantau setiap perkara yang berlaku dalam tubuh, daripada fungsi separa sedar seperti bernafas sehingga penyelesaian masalah. ‘Komputer’ hebat ini aktif sepanjang masa dan hampir keseluruhan bahagian otak sedang berfungsi sepanjang hari.

Mungkin anda dapat melihat anak anda semakin membesar dan kuat, tapi pernahkan anda terfikir samada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak agak sukar untuk diperhatikan.

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak,” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia.

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

“Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan otak si manja.”

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting.

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun, hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali!

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

“Perhubungan ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak perhubungan akan terbentuk,” jelas Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia.

“Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.”

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

Namun begitu, kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari .

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****.

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di www.anmum.com/my/en/happenings/latest-campaign/amazing-facts-about-the-brain.html.

Kempen Grow Amazing Anmum Essential

Tentang Anmum™ Essential

Anmum™ Essential adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Dirumuskan tanpa gula tambahan, ia diperkaya dengan nutrien penting seperti DHA dan Nuelipid™ untuk tahap Gangliosida (GA®) yang lebih tinggi. Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Prebiotik adalah penting untuk persekitaran usus yang baik agar penyerapan nutrien yang berlaku dengan efektif . Anmum™ Essential dihasilkan oleh Fonterra, salah satu pengeluar produk tenusu yang terbesar di dunia.


JOM JOIN CONTEST & MENANG!!

Menangi salah satu dari 5x Anmum Essential Kit Limited Edition yang mengandungi sekotak susu Anmum Essential, pen bebola Anmum Essential dan buku nota limited edition yang sangat menarik! Pen tu best boleh menyala lampu!!

Kalau berminat boleh jawab 2 soalan seperti yang dinyatakan di bawah dan emelkan ke naimsofea@yahoo.com atau whatsapp kepada aku Ros +6016-8886740 bersama butiran diri anda seperti:

  • nama, alamat penghantaran dan nombor telefon dan
  • produk pilihan Anmum Essential (samada Step 3 for age 1-3, Step 4 for ages 3+).

JAWAB 2 SOALAN MUDAH INI!

  1. DHA dan ____ adalah nutrien yang terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam perkembangan otak.
  2. Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi, tanpa gula tambahan. (Betul/Salah)

Tarikh akhir pernyertaan adalah 22 Jun 2017.

Hadiah akan dihantar dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang. Keputusan juri adaah muktamad.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *