Hospital Sungai Buloh | 16 Hari Bertapa Dalam Wad

Saya ada uri di bawah tahap 3 semasa mengandung anak kedua. Terpaksalah saya masuk wad beberapa minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin untuk dipantau.

Saya ke PAC (Patient Assessment Center) Hospital Sungai Buloh pada pagi 4 December 2012. Semasa mendaftar, saya kena tandatangan beberapa borang termasuk borang bersetuju menunggu jika tiada katil kosong.

Masa Menunggu Hospital Kerajaan

Masa menunggu adalah 24-48 jam bergantung pada kekosongan katil di wad.

Hospital Sungai Buloh

Teringat semasa ke hospital ini untuk bersalin pada tahun 2008. Tidak perlu tandatangan borang ini sebab pesakit tidak ramai. Dulu lain, sekarang lain.

Pesakit yang datang untuk rawatan mengandung, keguguran dan bersalin memang sangat ramai. Kebanyakan memang kena menunggu di kerusi sebab katil yang ada di PAC diutamakan untuk mereka yang kritikal.

Hospital Sungai Buloh

Saya tidak kisah duduk di kerusi tetapi lebih baik jika dapat berbaring. Sebab saya sudah biasa dengan persekitaran di situ maka saya sendiri mencari katil kosong. Nasib baik ada. Dapatlah saya tidur pada malam hari dengan lebih selesa.

Hospital Sungai Buloh

Saya hanya mendapat katil di wad 6B pada 5 December 2012 (4.30 petang). Hampir 36 jam saya menunggu. Memang kena banyak sabar kalau nak bersalin di hospital kerajaan.

Sepanjang berada di PAC, berkali-kali saya kena buat CTG. Tak silap saya setiap 4 jam sekali. Memang tak seronok buat CTG sebab ia ambil masa 30 minit. Perut kena ikat dengan tali dan transducer yang agak menyenakkan perut.

Saya juga kena suntik dengan ubat mematangkan paru-paru bayi (suntikan Dexamethasone). Dua kali kena suntikan Dexa di tepi punggung. Memang sakit.

Hospital Sungai Buloh

Rasa kebas selepas di suntik Dexa berkali-kali lebih terasa berbanding suntikan kancing gigi. Tak berdaya nak bangun selepas di suntik dan terpaksa berbaring selama beberapa minit.

Hospital Sungai Buloh

Saya mendapat katil nombor 25 di wad 6B Hospital Sungai Buloh. Bagi saya wad kelas 3 dengan 4 katil dan satu tandas itu sudah cukup selesa.

Dua orang ‘ward-mates’ saya juga sama kes seperti saya iaitu uri di bawah tahap 3. Memang ramai kes uri di bawah dalam wad 6B. Ada yang sudah masuk wad sejak kandungan 6 bulan. Lama betul kena bertapa dalam wad.

Tarikh pembedahan saya ialah 17 December 2012. Bermakna hampir dua minggu saya kena duduk dalam wad untuk menunggu masa bersalin. Memang tak seronok. Tapi masa cepat sungguh berjalan.

Rutin Pesakit Wad O&G

Setiap 4 jam sekali, ada jururawat (biasanya pelajar) yang datang memeriksa tekanan darah dan degupan jantung bayi menggunakan fetal doppler.

Hospital Sungai Buloh

Doktor pakar pula akan datang ke setiap katil setiap hari dalam pukul 10 pagi. Biasanya doktor pakar akan ditemani doktor lain yang sedang menjalani ‘housemanship’. Doktor ‘houseman’ akan memberi penerangan tentang pesakit sambil disoal oleh doktor pakar.

Hospital Sungai Buloh

Setiap pagi juga akan muncul kelibat pelajar-pelajar perubatan yang akan memilih pesakit untuk ditemuramah. Saya tak suka mereka. Mereka ini penganggu ketenteraman pesakit yang sedang berehat. Heh.. heh.

Hospital Sungai Buloh

Macam-macam yang ditanya. Bila datang pelajar lain mesti tanya soalan yang sama. Bosan. Sangat membuang masa dan memenatkan pesakit.

Bila ternampak kelibat pelajar perubatan, terus saya pura-pura tidur atau cepat-cepat menghilangkan diri ke bilik air.

Saya juga kena buat CTG dua kali dalam seminggu. Biasanya CTG dibuat dalam pukul 5 pagi.

Hospital Sungai Buloh

Saya ada kencing manis semasa mengandung dan kena buat BSP (blood sugar profile) dua minggu sekali semasa lawatan di klinik desa. Ingatkan bila masuk wad tak perlu lagi BSP tapi kena juga buat. Seminggu sekali pulak tu.

Makanan Wad Kelas Tiga

Saya duduk wad kelas tiga iaitu berkongsi satu bilik air dengan 3 pesakit lain. Bagi saya sudah cukup selesa. Jika inginkan privasi, tarik sahaja tirai panjang di sekeliling katil.

Hospital Sungai Buloh

Makanan pula bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit. Makanan ibu mengandung dengan diabetes berbeza dengan makanan ibu mengandung tanpa diabetes.

Hospital Sungai Buloh

Bagi saya makanan wad kelas tiga Hospital Sungai Buloh kadang-kadang sedap, kadang-kadang tidak. Bergantung kepada lidah masing-masing.

Hospital Sungai Buloh

Kalau tak suka makanan hospital boleh sahaja minta suami atau saudara mara bawa makanan dari rumah atau bungkus dari kedai.

Kanak-Kanak Tidak Dibenarkan Melawat

Saya tak pasti sejak bila perkara ini dikuat kuasa. Masa saya bersalin tahun 2008 belum ada peraturan ini. Mungkin sejak merebaknya virus H1N1 suatu masa dulu.

Hospital Sungai Buloh

Kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di mana-mana wad Hospital Sungai Buloh. Saya rasa peraturan ini sangat bagus sebab dapat mengelakkan kanak-kanak dijangkiti penyakit berjangkit seperti selsema burung, batuk kokol dan paru-paru berair (pneumonia).

Tetapi pengecualian diberikan kepada pesakit yang terpaksa bertapa lama di wad seperti ibu mengandung dengan kes uri di bawah.

Pesakit perlu mengisi borang kebenaran dan mendapatkan tandatangan ketua jururawat dan doktor.

Hospital Sungai Buloh

Borang itu perlu diberikan kepada guard sebelum kanak-kanak boleh naik ke wad.

Ada banyak syarat yang kena dipatuhi.

  • Kanak-kanak mestilah waris terdekat pesakit iaitu anak atau adik-beradik.
  • Mesti berumur 3 – 12 tahun sahaja. Bayi bawah umur 3 tahun tidak boleh dibawa melawat.
  • Mesti ditandatangani oleh Ketua Jururawat dan Doktor.
  • Masa melawat maksimum 10 minit.

Saya sangat rindukan anak saya. Jadi setelah seminggu di dalam wad, saya meminta kebenaran untuk dia datang melawat.

Hospital Sungai Buloh

Jururawat memberi kebenaran dengan syarat saya berjumpa anak di bilik TV yang terletak di pintu masuk wad. Katil saya berada di ruangan paling hujung wad jadi ada kemungkinan anak terkena penyakit berjangkit jika melalui pesakit-pesakit lain di dalamnya.

Hospital Sungai Buloh

Saya tidak kisah. Janji dapat jumpa anak bagi melepaskan rindu.

Pengalaman duduk dalam wad bersalin (6B) Hospital Sungai Buloh selama 16 hari memang tidak dapat dilupakan. Saya dapat beberapa orang kawan baru dan juga dapat belajar banyak perkara semasa di situ.

16 hari bukanlah masa yang lama. Ada pesakit yang terpaksa masuk dalam wad selama 3 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Alhamdulillah. Segalanya sudah selamat. Terima kasih kepada semua nurse dan doktor HSB juga.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *