Hospital Bersalin | Kejadian Tertukar Bayi Baru Lahir di Hospital

Bismillah….Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Fattah….

Kecoh awal bulan hari tu pasal kes tertukar bayi baru lahir kat hospital kan. Tak sangka zaman moden ni boleh berlaku kejadian tertukar bayi. Ingatkan dalam drama sinetron je berlaku tapi ternyata dalam real life pun ada.

Canggih macam mana pun teknologi keselamatan kat hospital tapi tetap boleh berlaku kes bayi tertukar. Sebabnya kecuaian manusia. Human error. Kakitangan hospital gagal mematuhi prosedur keselamatan selepas ibu bersalin dan sebelum dibenarkan balik.

Irdina

Bayangkan korang dapat bayi yang disangka bayi yang dilahirkan dari rahim sendiri. Pastu siap disusui dan dibelai dengan kasih sayang @ bonding selama berada di hospital.

Lepas balik rumah, tiba-tiba diberitahu baby tu orang lain punya. Baby korang orang lain pun dah disusukan. Apa perasaan? Tak keruan!

Dalam kejadian 8 Januari 2016 lalu, seorang ibu yang melahirkan anak di hospital tersebut mendapati bahawa bayi yang dibawa pulang bukan bayinya selepas beberapa jam berada di rumah.

Mereka suami isteri terkejut apabila menerima panggilan daripada pusat perubatan swasta memaklumkan bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan anak orang lain. Selepas 5 jam membawa balik bayi berkenaan baru dapat dikesan kesilapan.

Selama hampir dua hari bonding dengan baby dan baby pun dah disusui hingga kenyang lebih 3 kali. Dah jadi anak susuan!

Salah Siapakah Bayi Tertukar?

Pihak hospital confirm lah sudah melakukan kesalahan. Lepas dilahirkan bayi-bayi tu dah diletakkan tag nama yang betul. Tapi silap pula diletakkan dalam baby bassinet yang salah dan for sure diberikan pada ibu yang salah.

Irdina

Akak pun heran kenapa ibu-ibu bayi tak pegang dan belek bayi yang fresh dengan bauan syurga tu masa bonding? Kalau bersalin normal mesti terus dapat menyusu dan bonding dengan baby kan.

Akak lepas dapat bangun daripada sesi berbaring terlentang selama 6 jam (prosedur wajib lepas cesar), terus ambik baby dan bukak kain bedung. Belek muka, kaki, tangan, badan dan mesti tengok tag nama pada kaki bayi. Pastu mesti nak ambik gambar kaki bayi dengan tag nama tu untuk buat kenangan.

Irdina

Hmmmm. Tentu bayi-bayi ni terus di hantar ke nursery sebab ibu-ibu nak rehat. Hospital swasta memang ada kemudahan nursery baby so ibu boleh relex. Kalau hospital gomen jangan haraplah. Kau beranak kau jagalah sendiri hahahah!

Masa nak discaj pulak, hospital gomen memang sangat strict. Guard kat pintu wad tu akan double check tag nama pada bayi mesti sama dengan tag nama pada tangan ibu. Ada bar coded serial number, nama ibu dan kad pengenalan ibu. Mesti sama!

Irdina

Dalam kejadian bayi tertukar di hospital swasta di Kedah ni for sure lah tak check langsung tag nama tu masa discaj. Bahaya betul. Orang nak culik baby pun senang bawak lari baby. Ishhh… mintak dijauhkan.

Satu lagi yang peliknya. Dah sampai rumah pun tak check jugak tag nama. Sampai kat rumah, the first thing akak buat ialah gunting tag nama pada kaki bayi dan tangan akak ni. Rimas tau pakai tag tu.

Dalam kejadian tertukar bayi tu, ibu-ibu dan pihak hospital langsung tak perasan yang bayi-bayi telah tertukar. Hinggalah 5 jam lepas balik salah seorang ibu membelek tag nama dan bayi yang dah 2 hari disusuinya tu bukan anaknya dan memberitahu hospital!!

Hospital Gagal Patuhi SOP

Menurut Dr Noor Hisham abdullah Ketua Pengarah KKM, insiden tersebut tidak sewajarnya berlaku di mana-mana fasiliti kesihatan swasta yang berlesen di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. Ini kerana Akta 586 dan Peraturan-peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 telah menetapkan keperluan perundangan berkaitan pengenalan diri pesakit.

Pihak hospital swasta perlu memastikan mana-mana ibu dan bayinya yang baru lahir diberikan pengenalan diri melalui tag nama atau apa-apa peranti lain yang sesuai, yang mengandungi maklumat termasuk nama penuh ibu serta tarikh lahir dan jantina bayi. Tanda pengenalan diri ini perlu disemak terutamanya semasa apa-apa pengendalian bayi dan sebelum meninggalkan bilik bersalin dan/atau wad

Walaupun pihak hospital berkenaan telah mematuhi keperluan tatacara pengenalan diri ibu-ibu dan bayi-bayi terlibat, terdapat kegagalan di pihak kakitangan hospital dalam mematuhi prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, Kementerian juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 1/2007 : Garispanduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH/P/PAK/133.07(GU)) pada September 2007, sebagai panduan untuk sistem kawalan keselamatan bayi di hospital-hospital KKM termasuk memastikan keselamatan bayi di wad terjamin,
tiada kehilangan atau penukaran bayi berlaku sepanjang bayi berada di dalam wad sehingga discaj. Pekeliling tersebut telah pun disemak semula dan arahan telah dikeluarkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk mematuhi garispanduan tersebut.

Berikut adalah proses kawalan keselamatan bayi di hospital-hospital KKM untuk mengelakkan terjadinya pertukaran bayi.

A. Sebelum Kelahiran

  • Menerima maklumat kemasukan dan status ibu. Semua kemasukan ibu ke wad bersalin dipakaikan tag nama yang diperolehi dari Pejabat Daftar Masuk.
  • Tag nama sementara untuk bayi disediakan dan sentiasa dikepilkan bersama laporan perubatan ibu.
  • Untuk ibu yang menjalani kelahiran Caesarean, pengesahan nama akan dibuat di hadapan ibu semasa ibu di dewan bedah, iaitu sebelum ibu dibius.

B. Semasa kelahiran

  • Kelahiran disambut oleh pegawai perubatan / anggota kebidanan bertauliah / pelatih di bawah jagaan.
  • Setelah bayi dilahirkan, jantina bayi terus ditunjukkan kepada ibu dan disahkan oleh ibu jantina bayinya.
  • Bayi dikeringkan dan diletakkan dalam pelukan ibu.
  • Tunjuk dan pasangkan tag nama pada pergelangan kaki bayi dengan serta merta di hadapan ibu.

C. Selepas kelahiran

  • Ibu dan bayi akan dipindahkan ke wad “post-natal”, bayi diperiksa dan disahkan
    betul berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut :
  1. Borang kemasukan bayi
  2. Kad pengenalan / passport ibu
  3. Kad antenatal KIK 1(a)/96 (jika ada) − Tag nama pada ibu dan bayi
  • Tag nama pada ibu dan tag nama pada bayi akan dipastikan betul semasa penyerahan ibu dan bayi ke wad “post-natal”.
  • Sepanjang kemasukan sehingga ibu dan bayi discaj, kedua-dua tag nama sentiasa terpasang.

D. Proses discaj

  • Semasa discaj, pemeriksaan hendaklah dibuat oleh jururawat yang menguruskan discaj.
  • Jururawat akan menyediakan Borang Pengenalan Discaj Bayi untuk semakan pengawal di pintu keluar.
  • Ibu bapa atau waris yang akan membawa bayi keluar dari wad akan menurunkan tandatangan dalam buku rekod dan mengisi maklumat – maklumat yang perlu.
  • Jururawat akan memberi arahan supaya ibu bapa atau waris menunjukkan Borang Pengenalan Discaj Bayi untuk semakan pengawal di pintu wad dan pengawal di pintu utama bangunan hospital. Bagi bayi yang ibu bapanya tiada, penjaga yang sah mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Pegawai Kebajikan atau Pengarah Hospital.
  • Pengawal bertugas di pintu keluar wad akan menyemak dan akan meminta ibu bapa atau waris untuk menurunkan tandatangan dalam buku rekod yang mengandungi beberapa maklumat.
  • Pemeriksaan dan penyemakan terakhir akan dibuat oleh pengawal di kaunter pintu utama hospital.
  • Tag nama ibu dan bayi akan dipakai sehingga sampai ke rumah dan pemotongan tag nama akan dilakukan oleh ibu bapa apabila bayi dan ibu sampai di rumah.
** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *