Demam Panas Bayi & Kanak-Kanak | Demam Panas Bukan Penyakit – 7 Fakta Tentang Demam Panas Yang Anda Perlu Tahu

Demam panas bukan satu penyakit yang perlu kita hapuskan.

Sepatutnya kita sokong proses demam panas. Sebab demam panas menunjukkan sistem imun bayi dan anak kita berfungsi dengan baik. Demam panas adalah reaksi semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman.

Semasa demam panas, sistem imun badan anak sedang berusaha keras untuk melawan bakteria dan virus dalam badan anak. Suhu badan perlu naik sekurang-kurangnya 38’ celcius untuk mematikan kuman yang menyebabkan penyakit.

Mekanisma thermostast dalam Hypothalamus di otak berfungsi mengawal suhu badan. Semasa demam sejenis protein bernama pyrogen dihasilkan yang menyebabkan peningkatan sintesis bahan bernama prostaglandin dalam otak. Suhu badan akan meningkat.

Prostaglandin dihasilkan oleh badan sebagai tindak-balas terhadap kecederaan dan penyakit tertentu. Salah satu tindakan prostaglandin ialah meningkatkan sensitiviti urat saraf supaya bila berlaku kecederaan kita akan merasa sakit supaya kita cuba melindungi bahagian badan yang cedera itu. Postaglandin juga menyebabkan suhu badan meningkat untuk melawan unsur asing seperti bakteria yang berada dalam badan.

Demam Panas

Allah sudah jadikan badan kita lengkap dengan sistem imun untuk melawan penyakit.

Kenapa kita mahu menghalang fungsi sistem imun anak untuk jalankan tugasnya melawan penyakit dengan tergesa-gesa memberikan anak ubat demam?

7 Fakta Demam Panas Yang Perlu Anda Tahu

1: Demam Panas Bukan Satu Penyakit.

Demam panas menunjukkan sistem pertahanan badan (sistem imun) sedang aktif bekerja melawan penyakit.

Bakteria dan virus yang menjangkiti badan anak anda akan melepaskan sejenis bahan bernama pyrogens yang menyebabkan badan menghasilkan haba demam panas.

Sistem imun badan yang kuat akan dengan sendiri melawan jangkitan dengan menggunakan sel-sel darah putih yang juga akan menghasilkan pyrogens.

Demam Panas

Kajian menunjukkan bila demam panas (suhu badan tinggi daripada suhu normal), badan kita dapat melawan jangkitan dengan lebih berkesan. Demam panas juga menghalang pembiakan virus dalam badan.

2: Suhu Badan Naik Tidak Bermakna Demam Panas

Ada beza antara suhu demam panas (fever) dan suhu badan naik tetapi tidak demam (temperature).

Suhu badan normal jika jangkasuhu diletak dalam mulut ialah dari 36.5°C hingga 37.5°.

Suhu badan boleh naik kepada 38°C jika anak bersenam, memakai baju tebal, mandi air panas atau berada di luar semasa cuaca panas. Walaupun suhu tinggi tetapi ini bukan demam panas.

Demam Panas

Demam panas merujuk kepada:

  • Suhu dubur melebihi 38ºC
  • Suhu mulut melebihi 37.8ºC
  • Suhu ketiak melebihi 37.2ºC
  • Suhu telinga melebihi 37.5ºC
  • Suhu dahi melebihi 38ºC

3: Suhu Demam Panas Tidak Menunjukkan Tahap Jangkitan

Demam panas dengan suhu 37.8ºC tidak bermakna kesan jangkitan kuman pada badan anak biasa sahaja. Ada kanak-kanak yang demam panas dengan suhu sederhana tetapi terpaksa dipantau dalam ICU kerana tiada selera makan dan lemah.

Sebaliknya demam panas dengan suhu 40ºC tidak bermakna jangkitan kuman pada badan anak semakin merebak. Ada kanak-kanak yang demam panas dengan suhu tinggi masih lagi kekal aktif bermain dan makan minum seperti biasa.

Jangan terlaku fokus pada suhu demam panas anak.

Sepatutnya kita perhatikan simptom yang menyebabkan demam panas supaya boleh mendapatkan rawatan secepatnya.

Apabila anak susah bernafas, meracau, muntah, sakit perut melampau, cirit-birit tanpa henti, tiada selera makan minum, badan lembik dan lemah, sawan dan pengsan segeralah ke hospital untuk dirawat.

4: Demam Panas Tidak Bermakna Antibiotik Diperlukan

Demam panas berlaku akibat reaksi sistem imun badan terhadap jangkitan kuman. Sebab itu kebanyakan penyakit bermula dengan demam panas.

Tidak perlu tergesa-gesa berikan ubat demam dan juga antibiotik. Tahukah anda antibiotik hanya berkesan membunuh bakteria (jahat dan baik semua mati) tetapi tidak boleh membunuh virus?

Demam Panas

Jika anak demam panas akibat selsema yang biasanya disebabkan virus adakah logik untuk beri anak antibiotik? Sudah tentu tidak!

Sokong proses demam panas yang berusaha melawan penyakit dan pada masa yang sama pantau jika ada simptom atau tanda lain yang perlu kita ambil tindakan.

5: Demam Panas Tidak Bermakna Ubat Demam Diperlukan

Demam panas perlu disokong dan dipantau. Bukan dihapuskan dengan ubat demam.

Jika anak anda tiada penyakit dan sihat serta berumur lebih 3 bulan demam panas dengan suhu bawah 38.9ºC dan kekal aktif anda tidak perlu terburu-buru berikan ubat demam.

Pantau suhu badan anak. Berikan masa untuk sistem imun badan anak anda bekerja melawan penyakit.

Tetapi jika anak anda memang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung, paru-paru, otak dan sistem saraf memang anda patut rawat demam itu secepat mungkin.

6: Sawan Tarik Bukan Berpunca Dari Demam Panas Yang Tinggi

Kebanyakan kita risau bila anak demam panas sebab takut anak kena sawan tarik (febrile seizures/febrile fits). Saya pun.

Sebab itu dulu kalau Izzah demam cepat-cepat saya bagi ubat demam.

Tahukah anda sawan bukan terjadi disebabkan demam panas yang terlalu tinggi?

Sawan berlaku akibat perubahan suhu badan yang terlalu cepat iaitu bila suhu badan anak meningkat atau menurun terlalu mendadak iaitu dalam julat 0.5 hinga 1 darjah celcius setiap setengah jam.

Demam Panas

Sebab itu kalau nak buat sponging (lap badan dengan kain basah) kena gunakan air suhu normal atau air suam. Jangan gunakan ais untuk sponging atau mandi air sejuk berais kerana ia boleh menjadi punca sawan.

Logik lah kan. Suhu badan tengah panas tiba-tiba kita mandikan dengan ais. Suhu panas bertemu suhu sejuk. Sangat bahaya dan boleh merosakkan salur darah dan organ dalaman anak.

Cuba curahkan air pada kuali panas. Apa akan jadi? Warping! Air sejuk menjadi panas dan terpercik pada ke sana sini.

7: Demam Panas Tidak Akan Melebihi 41’ Celcius

Ada tak orang yang demam panas dengan suhunya terus menerus naik hingga badan dia terbakar dan berkecai menjadi serbuk?

Tidak bukan. Sebab suhu badan anak yang sihat tidak akan naik tanpa henti.

Badan kita ada thermostat atau pengawal suhu yang sangat canggih. Tahap suhu paling tinggi thermostat semulajadi badan kita ialah 41’ celcius (106’ fahrenheit).

Walaupun suhu badan anak meningkat dari 37 ke 38 ke 39 ke 40’ celcius, ia tidak akan terus menerus naik hingga suhu mendidih.

Otak yang sihat akan mengarahkan badan untuk menghentikan suhu badan paling tinggi pada 41’ celcius sahaja. Kerosakan otak tidak akan berlaku pada suhu 41’ celcius ke bawah.

It’s true that temperatures over 41 degrees Celsius can be harmful but such high fevers usually occur only with events like heat stroke, where our ability to regulate temperature is disrupted. Fevers from infections happen because they trigger a resetting of the “thermostat” in our brains. In general, this probably causes our bodies to “mount a response aimed at raising our temperature only to a level that’s needed to kill the bugs – Dr Paul Young : Fever researcher and intensive care specialist at Wellington Hospital in New Zealand

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *