Bersalin Secara Pembedahan | Pengalaman Bersalin Secara Caesar di Hospital Sungai Buloh 2008

Bismillah. Aloe!

Akak tak pernah lahirkan anak secara normal. Tak ada peluang langsung sebab kandungan berisiko. Jeles tau dengan yang bersalin normal dan yang boleh VBAC tu.

Semuanya sebab masalah uri di bawah @ placenta previa. Nak tak nak terpaksalah akak bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali di Hospital Sungai Buloh iaitu pada tahun 2008, 2012 dan 2015.

Ni akak nak cerita balik pengalaman akak bersalin secara pembedahan pada tahun 2008. Macam-macam kena lalui untuk dapatkan budak bernama Izzah ni hehehe!

Akak memang susah hamil. Lepas kahwin selama 4 tahun pastu masih belum jugak mengandung. Terpaksalah pergi LPPKN buat rawatan kesuburan. 3 cycle makan ubat subur. 2 cycle IUI. Sangat penat. Cuti habis. Sakit badan. Sakit jiwa. Sampai nak give up dah.

Alhamdulillah masa nak give up tu lah Allah bagi rezeki hamil. Memang gembira sangat. Tapi ada masalah uri di bawah yang dikesan semasa hamil 15 minggu. Terus akak mintak dirujuk dari LPPKN ke Hospital Sungai Buloh sebab dekat dengan rumah.

Hospital Sungai Buloh

Doktor pakar suruh akak masuk wad masa kandungan cecah 35 minggu. Tapi masa 34 minggu air ketuban pecah!

Mulanya rasa air mengalir macam aliran darah time datang bulan. Tengok kaler air putih jernih dan sikit so tak risau pun. Bila petang makin banyak dan makin kerap pulak air keluar. Overnight pad yang tebal tu sekejap je penuh.

Warna masih jernih tapi ada kepingan hijau terapung di dalamnya. Meconium flakes. Najis baby!

Teruslah kami cepat-cepat ke Hospital Sungai Buloh. Kena injek 2 dos ubat steroid untuk matangkan paru-paru baby dan 2 dos antibiotik untuk cegah jangkitan kuman. Sakit weh kena injek ubat matang paru-paru tu. Rasa nak lumpuh!

Malamnya kena tunggu doktor pakar sakit puan datang check. Pukul 11 malam baru dia sampai. Mulanya dia nak cuba tangguhkan dulu pembedahan selama satu minggu.

Tapi bila scan tengok kondisi uri di bawah dengan air ketuban yang makin kering tu terus dia schedule emergency caesarian pagi esoknya. Risiko baby kena infection dan fetal distress katanya.

Masa tu akak rasa whoaaaaa! Tak percaya nak kena bedah secepat itu. Baru berangan nak bertapa duduk dalam wad beberapa minggu hahaha!

Doktor kata baby duduk melintang, uri bawah @ placenta previa type III + air ketuban kering menyebabkan pembedahan berisiko tinggi untuk akak tumpah darah. Baby pulak baru 34 minggu.

3 pint darah dah disediakan untuk akak. Masa bedah kena general anasthesia @ bius pengsan terus. Scary sungguh mendengarnya!

HARI PEMBEDAHAN 31.03.2008 @8 am

Pukul 7 pagi nurse suruh akak pakai gaun pembedahan berwarna putih. Semua barang kemas kena tanggalkan. Contact lenses kena bukak. Rambut pun tak leh ikat. Serabai je rasa walaupun pakai cap pembedahan.

Nurse cukur sikit kat bawah tu dan masukkan catheter @ tiub kat saluran kencing. Hidup-hidup disumbatnya catheter. Sakit weh!

 

Hospital Sungai BulohMalam sebelumnya kena puasa so kena cucuk jarum kat tangan @ branula untuk pasang IV drip. Owh.. akak benci sangat branula ni!

Bilik pembedahan tu pulak super extreme sejukkkkkkkkkkkkk. Menggigil dari hujung kaki ke hujung rambut ni hah. Macam rasa duduk dalam freezer besar. Gigil…gigil…gigil.

Seumur hidup akak ni lah first time akak masuk bilik pembedahan @ OT. Lampu-lampu dalam OT sangat putih, terang dan menyilaukan. Suhu pulak macam bawah paras beku je

Akak tengok ramai sungguh nurse dan ada 3 doktor pakar mengelilingi akak. Whoah. Panik sekejap. Biasa tengok dalam TV je cerita ER . Ni hambek ko… merasalah jadi daging kena lapah dalam bilik beku…erk!

Nasib baik doktor bius yang menerangkan prosedur tu happy go lucky. Doktor sorang lagi pulak hensem eh.. sempat pulak dalam panik tu tengok kehenseman doktor hahahah.

Pembedahan

Doktor letak topeng oksigen dan suruh akak tarik nafas. Tangan pulak kena depa ke dua-dua belah. Terus doktor cucuk satu picagari besar ubat bius kat tangan akak ni. Tak sampai 2 saat terus akak pengsan!!

Masa pengsan kena bius tu kan akak rasa roh akak ni terapung antara langit dan bumi kot. Akak hanya nampak cahaya putih bertebaran sepanjang masa pembedahan. Kalau time tidur kita mimpi macam-macam kan. Ni time pengsan kena bius tak ada mimpi langsung. Hanya cahaya putih di mana-mana.

Pukul 8 pagi masuk OT, pukul 9.21 pagi Izzah dilahirkan dan pukul 11 lebih baru akak disedarkan dalam bilik OT tu.  Selepas 3 jam baru akak dibangunkan semula. Maknanya kes akak ni memang sangat serius. Lama betul kena bedah. Nak bersalin je kot.

Kena bersalin secara pembedahan dengan general anesthesia @ bius pengsan, intubated dan diberikan suntikan morphine sebagai ubat tahan sakit selepas pembedahan. Sure lah kes serius.

Pembedahan

Lepas buka mata akak rasa sangat pening kepala sampai automatik akak geleng kepala kiri kanan dengan lajunya. Nasib baik sekejap sahaja.

Owh.. yang paling tak tahan ialah bahagian perut yang kena toreh tu rasa sakit yang amat sangat!!

Memang terasa SANGAT SAKIT & PEDIH terutama bila badan diangkat untuk tukar katil. Dalam perut pulak rasa bergoyang-goyang dan macam ada sesuatu memantul-mantul. Akak rasa perut kembung sangat dengan angin.

Pelik jugak lepas sedar terus rasa sakit. Patutnya tak lah sakit sebab bius tu kata doktor boleh bertahan 24 jam. Kena injek pain killer morphine lagi kat bahu. Masih jugak akak rasa sakit!

SELEPAS PEMBEDAHAN

Selepas sedar akak ditolak masuk ke bilik pemulihan sebelah OT. Rasa sejuk berlipat kali ganda sampai satu badan ni menggigil tak dapat dikawal. Dah letak heating blanket atas badan pun rasa sejuk yang amat sangat lagi. Kesan buruk ubat bius la tu.

Bila disorong masuk wad 6B memang terasa sangat sakit dan pedih bahagian luka di perut tu. Rasa dahaga. Tapi tak boleh minum dan kena puasa lagi 6 jam.

Tekak pulak rasa sangat perit.Ni mesti kesan masuk tiub masa intubated tu. Dahaga, perit tekak dan lapar tapi tak boleh makan dan minum. Siksa weh!

Akak kena baring terlentang @ supine position selama 8 jam selepas pembedahan. Memang tak nak bangun pun sebab perut sakit yang amat sangat.

Selepas 8 jam berlalu, nurse datang suruh akak bangun pergi tandas untuk bersihkan diri dan buang sendiri air kencing dari kantung yang bersambung catheter tu. Hancing sungguh baunya.

Terpaksa jugak bangun walaupun tempat luka bergegar pedih. Perut rasa sebu penuh angin yang masih memantul di dinding perut. Lega bila kat tandas akak dapat buang angin tu @ kentut yang sangat busuk baunya. Kalah bau kentut lepas makan telur tau. Nasib baik tak pengsan hehehe.

Akak hilang darah sebanyak 800ml semasa pembedahan. Banyak tu. Dekat seliter. Memang kena tambah darah 2 paket. Darah siapa lah yang bantu akak tu. Terima kasih ye penderma darah.

HARI KEDUA SELEPAS PEMBEDAHAN 01.04.2008

Baby akak, Izzah lahir pada 34 minggu dengan berat 2.47 kg, alhamdulillah! Berat badan baby okey dan tiada masalah kesihatan tapi baby hanya diberi kepada akak sehari selepas pembedahan.

Hospital Sungai Buloh

Sebab air ketuban dah kering dan risiko jangkitan kuman so baby akak kena bagi antibiotik. Kat tangan baby pun ada branula berlapik span.

Sejuk je tengok muka baby yang putih bersih dan berbau wangi segar. Rasa hilang sekejap rasa pedih perut kena toreh untuk keluarkan dia.

Akak masih lagi di suntik morphine setiap 4 jam sekali. Ubat tahan sakit pun ada juga kena telan. Tapi luka bedah tetap ngilu. Perut pulak memulas bila rahim mula mengecut.

Agak payah juga nak jaga baby yang diletak dalam basinet sebelah katil akak berbaring tu. Terpaksa gagahkan diri. Apalah sangat sakit luka bedah tu berbanding kepayahan melalui bermacam-macam untuk mengandungkan dia tu kan.

Nurse siap tanya samada akak nak teruskan suntikan morphine tu atau tak. Sebab dia tengok akak macam tak sakit je. Boleh bangun berjalan sana sini. Terpaksa nurse, terpaksa!!

Kalau tunjuk lembik @ mengadu sakit kan kena tahan lagi lama pulak kat hospital ni. Akak nak keluar secepat mungkin nurse weh.. hehehe.

Suntikan morphine tu memang membuatkan akak mengantuk @ lalok. Macam ni lah penagih dadah rasa kot. Tak ada perasaan!

Hospital Sungai Buloh

Akak tak mahu dah continue morphine sebab nak jaga baby. Terlebih lalok baby kat sebelah menangis pun tak dengar dah. Branula kat bahu akak khas untuk suntikan morphine tu pun dicabut dengan jayanya.

HARI KETIGA SELEPAS PEMBEDAHAN 02.04.2008

Macam biasa pagi-pagi doktor datang buat round kat wad. Bila check luka akak dia kata boleh balik dah. Yahooooo!

Rasa seronok dapat balik tu macam lah lama sangat duduk dalam hospital ni. 3-4 hari je kot hehehe.

Tapi perjalanan masa balik tu tak seronok sangat. Setiap kali kereta lalu bonggol adooooooooi… sakit weh perut ni.

Siapa cakap bersalin secara pembedahan ni best sebab tak sakit macam sakit bersalin normal tu memang betul. Sebab bersalin secara pembedahan ni lagi SAKIT BERPULUH KALI GANDA dari sakit bersalin normal. Memang best sangat sakit kena toreh perut ni. Rasa nak toreh lagi dan lagi dan lagi!

Hospital Sungai Buloh

Nak rasa best ke tak best bersalin secara pembedahan, next time bersalin cuba korang pilih elective cesarean. Rasakan ke-best-an nya sendiri ahahaha! Lepas tu baru tertutup mulut celupar korang tu.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *