Beli Domain .MY Murah | 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Domain .MY

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Saja nak bagitau. Bulan lepas aku dah beli 3 buah domain .MY iaitu Renoskin.my, RenoskinMedicSerum.my dan RenoskinBioActive.my. Semuanya aku guna voucher yang dimenangi dalam Malaysia Website Award 2016 melalui Exabytes, salah satu syarikat reseller MyNIC.

Kesemua domain .MY yang aku beli tu dah selamat dijadikan salespage dan blog testimoni!

Tahu tak? Sebelum ni aku tak minat langsung nak beli domain .MY sebab:

  • Harga domain .MY mahal – RM120 + RM7.20 GST = RM127 setahun!
  • Tak ada commercial value
  • Kena hantar salinan kad pengenalan untuk pendaftaran

Domain .My Murah

Tapi persepsi aku berubah disebabkan 3 perkara ini:

1: Pilihan nama domain .MY masih besar dan masih available untuk niche yang popular.

Aku dan guna nama domain .COM sejak 2004 lagi masa buat web guna SiteBuildIt. Masa tu pun nama domain .COM yang best-best semua dah ada orang ambik.

Tapi nama domain .MY ni masih baru dan masih banyak lagi nama domain yang best-best untuk dibeli. Kalau rasa-rasa dah berkenan dengan nama domain .MY dan bila check masih available, aku nasihat cepat-cepat lah daftar!

2: Nama domain .MY akan bertambah commercial value.

Sekarang mungkin nama domain .MY tiada commercial value sangat. Maksudnya nak jual balik pada harga lebih tinggi mungkin tak ada permintaan. Kalau domain .COM commercial value sangat tinggi. Pemilik nama domain .COM tertentu boleh jual balik nama domain tu berlipat kali ganda daripada harga asal.

Aku pernah beli satu nama domain .COM ni dengan harga biasa RM50. Aku plan nak buat salespage jual program kuruskan badan. Sibuk sampai tak sempat nak buat pun. Suatu hari ada seorang mamat ni mesej nak beli nama domain .COM tu dengan harga RM500! Aku untung 9 kali ganda tau! Of course lah aku jual.. hehe!

Aku rasa nama domain .MY pun dalam beberapa tahun akan datang pun akan naik commercial value dia. Suatu hari nanti nama domain .MY akan menjadi rebutan orang ramai sehingga mereka sanggup membayar ribuan ringgit untuk dapatkannya. Domain .MY boleh jadi hartanah online tau!

3: Nama domain .MY adalah menunjukkan identiti local @ dari Malaysia

Nama domain .MY sangat sesuai digunakan sebagai identiti bahawa website atau blog anda itu adalah dari Malaysia.

Jika korang ada  duit lebih dan ingin membuat pelaburan dalam domain, aku sangat-sangat menggalakkan anda membeli domain .MY ini.

Nak beli domain .MY murah harga jimat diskaun 50%? Hanya bayar RM60 nett (tiada GST dikenakan) untuk pendaftaran baru domain .MY tahun pertama. BACA SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Cepat-cepat grab promosi harga domain .MY murah ni!

 

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *