Belajar Taekwondo | Kisah Drama Air Mata Irfan Masuk Kelas Taekwondo Sir Rizman!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Anak aku Irfan dah mula belajar Taekwondo!! Boleh strikethrough salah satu item dalam bucket list aku. Omak super like. Hehe!

Izzah dulu started belajar Taekwondo masa umur 6 tahun sejak Januari 2014. Pasrah je anak aku kena masuk kelas Taekwondo Sir Rizman. Hak hak hak!

Masa mula-mula belajar tu dia macam nak tak nak je. Tapi Izzah pandai menyesuaikan diri. Tak pernah menangis. Mungkin sebab dah biasa bergaul dengan orang dan berdikari masa kat Taska.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Tapi Irfan ni kelas Taekwondo pertama dia penuh dengan drama air mata!!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Aku ni sejak bersalinkan Irdina lebih setahun lalu memang dah serah tugas hantar Izzah ke kelas Taekwondo pada suami aku. Tapi tahun ni target Izzah nak grading naik junior black belt so laling minta aku pergi kelas Taekwondo tu. Dina pun dah besar boleh berjalan.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Irfan pun ikut sekali. Alang-alang Irfan ikut baik join terus kelas Taekwondo. Umur pun dah cukup kan. Tak lah pening kepala aku kena jaga dua orang budak aktif masa kelas tu. Hehe!

Omak pun daftarkan Irfan masuk kelas Taekwondo Sir Rizman pada 5 Mac 2017. Masa tu Irfan berumur 4 tahun 3 bulan.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Mula-mula tu Irfan excited. Tapi lepas dia masuk kelas budak white belt tu dia menangis tak henti-henti.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Menangis sambil pandang aku pulak tu. Tapi omak buat tak tau je. Dah bayar dan beli uniform Taekwondo pun kan. Hak hak hak!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Berkeras dia tak nak join belajar. Senior pujuk tak jalan. Izzah pujuk pun sama jugak. Tak habis-habis pandang aku minta simpati. Omak pulak tak peduli. Hehe!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Aku rasa Irfan ni penuh drama air mata sebab dia tak berapa berdikari. Ye lah. Sejak baby sampai la umur 4 tahun tak pernah masuk Taska pun. Omak abah jaga full time kat rumah.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Pergi sekolah PASTI pun baru lagi. Tak berapa pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru lagi. Nak berkepit dengan omak je mana boleh!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Masa kelas kedua Taekwondo Irfan segak dan hensem pakai dobok Taekwondo tu. Kali ni tiada lagi drama air mata. Tapi Irfan macam rebel la konon.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Sepanjang kelas tak nak buat apa-apa. Tak nak ikut orang warming up. Tak follow cikgu ajar kat depan. Seniors pujuk ajak ikut pun tak nak. Berdiri tegak tanpa buat apa-apa.

Aku gelak je tengok dari jauh. Jiwa kental budak ni. Sepanjang kelas 1.5 jam tu dia berdiri tegak je. Hak hak hak!

Masa kelas ketiga Taekwondo aku tengok dia masih lagi memberontak. Alahai. Macam mana nak masuk grading kalau berterusan tak nak belajar macam ni.

Masa break aku pun “jampi” baca zikir Ya Latif dan hembus pada ubun-ubun dia. Pujuk dia supaya ikut cikgu buat.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Macam magik lepas tu dia terus berubah. Terus ikut dan belajar pergerakan Taekwondo. Omak super excited!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Still dia just ikut pergerakan tanpa suara. Muka pun masam je. Erkk. Belum lulus lagi ni. Next class kena jerit kuat-kuat tau. Hehe!

Salah satu sebab aku enrolled Irfan masuk kelas Taekwondo ni untuk ajar dia berdikari dan bersosial. Nak bagi dia berani dan yakin dengan diri sendiri. Nak tengok samada dia boleh terima dan ikut arahan jurulatih.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Masa kelas keempat Irfan sudah menjadi pelajar Taekwondo yang bagus. Pandai ikut arahan dan sudah boleh berdikari.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Lepas minum air masa rehat dah boleh pergi semula sendiri ke kelas dia.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Tak payah aku tunjuk lagi dah. Muka pun dah senyum. Omak is bangga!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Boleh lah Irfan masuk grading tukar belt dari putih ke kuning ni. Alhamdulillah!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *