Belajar Taekwondo | Grading Naik Tali Pinggang Kuning (Yellow Belt 2)

Cerita pasal Taekwondo lagi hari ini. Bila start menulis ni macam tak boleh stop pulak. Addicted gitewww.

Izzah dah grading Taekwondo naik tali pinggang putih kepada kuning satu bulan 6 tahun lepas. Lepas tu dalam bulan 10 ada sekali lagi grading.

So… saya tak melepaskan peluang untuk Izzah ambik grading lagi. Kalau lulus grading Taekwondo ni boleh naik dari kuning satu kepada kuning dua. Baru best kan…hehehe

Tapi………grading Taekwondo kali ni kena hafal TAEGEUK!! 

Macam Izzah nak naik dari yellow belt 1 kepada yellow belt 2 kena persembahkan Taegeuk 1 kepada juri.

Erkkkkk… mak dah gabra terlebih dos. Sebabnya ingatan saya tentang Taegeuk 1 yang kacang tu pun macam dah ke planet Pluto jauhnya.

Gigih saya tengok YouTube langkah demi langkah Taegeuk 1 tu. Gigih juga saya berlatih. Sampai peluh-peluh la. Bagus jugak tu. Maintain kurus mak cam gini selalu…ekekeke.

Belajar Taekwondo

Izzah pun gigih jugaklah berlatih Taegeuk 1 kat rumah. Saya kenalah tengok dia buat dan betulkan pergerakan dia. Nasib baik saya dah ingat balik Taegeuk 1 tu.

Belajar Taekwondo

Macam over lah pulak saya kan. Over tak over. Kena pastikan Izzah lulus. Sebab masuk grading Taekwondo tu bukan free. Kena bayar yuran grading RM50. Kalau tak lulus saja je kan nak kena ketuk ketampi.

Belajar Taekwondo

Grading Taekwondo macam biasa buat kat Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Tarikh 10 Oktober 2014. Tengok tarikh kat gambar. Sebab tu ingat…ekekeke.

Belajar Taekwondo

Macam biasa… semua anak murid bawah Sir Rizman tu berkumpul untuk grading bersama-sama. Ramai betul anak murid Sir Rizman ni. Seronok bila ramai-ramai cam gini.

Belajar Taekwondo

Masa grading… Izzah kena tunjuk Taegeuk 1 tu depan juri. Kalau tak hafal memang ke laut la langkah masing-masing. Time punch tangan kiri ada yang punch tangan kanan. Silap sikit je memang kena potong markah la beb.

Belajar Taekwondo

Sebab tu kena rajin berlatih Taegeuk ni kat rumah. Kena buat betul-betul.

Belajar Taekwondo

Tu yang bestnya Taekwondo ni sebab ia melatih disiplin dalam diri budak-budak. Tak boleh main-main masa belajar. Kena disiplinkan diri untuk rajin berlatih.

Makin tinggi Taegeuk makin komplikated pergerakan dia. No play-play one mahh!

So… Izzah sekarang dah naik Yellow Belt 2. Alhamdulillah!!!

Belajar Taekwondo

Yellow Belt 2 ni kena letak calit hitam kat tali pinggang kuning untuk bezakan dengan pemegang Yellow Belt 1.

Next grading….. Green Belt 1!!

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *