Belajar Taekwondo | Grading Naik Tali Pinggang Biru (Blue Belt 1)

Bismillah….

Selepas grading Taekwondo pada bulan Jun hari tu, Izzah sempat hadiri grading Taekwondo yang terakhir untuk tahun 2015 pada 17 Oktober 2015.

Akak masa tu tengah sarat mengandung. Bila-bila masa boleh sakit nak bersalin. Alhamdulillah. Sempat jugak akak mengajar dia taegeuk dan steps sparring sebagai persediaan untuk grading tu.

Fuh! Bayangkan. Akak ni.. dengan perut besar memboyot… gigih mengajar Izzah Taegeuk 4. Macam gaya Kung Fu Panda dah tau…hahah!

Grading Taekwondo Blue Belt

Grading kali ni untuk naik dari tali pinggang hijau 2 kepada BIRU 1. Akak rasa kelam kabut sikit nak grading Taekwondo kali ni. Sebab cuti lama lepas raya Haji dan coach sibuk dengan tournament Taekwondo.

Terpaksa mak dia ni ambik inisiatif ajar sendiri Izzah. Nasib baik akak ni ada black belt kan. Tapi dengan gaya Kung Fu Panda ni semput lah jugak!

Grading Taekwondo Blue Belt

Setahun hanya ada 3 kali grading untuk naik pangkat tali pinggang Taekwondo ni. Akak memang nak Izzah attend semua grading ni supaya Izzah boleh dapat junior black belt bila dia darjah tiga tahun 2017. Ameen.

Grading Taekwondo Blue Belt

Grading Taekwondo dibuat kat dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Time grading tu hujan renyai-renyai. Akak pun sambil melayan sakit contraction @ braxton hicks, tetap gagah jugak datang bagi sokongan moral pada Izzah.

Grading Taekwondo Blue Belt

Actually… kena datang jugak sebab sir Rizman dah call suruh akak datang ambik kad black belt akak yang baru. Kad lama akak dah tak valid doh. Ada ceremony masa grading tu. Eh…eh..eh.. rasa segan la pulak.

Grading Taekwondo Blue Belt

Mak buyong mana pulak ni menyibuk ambik sijil dan kad dengan budak-budak Taekwondo tu. Nasih akak memboyot tak boleh pakai baju Taekwondo tu. Kalau tak mesti comel… hahahaa

Nak naik dari green 2 ke blue 1 kena ingat Taegeuk 4. Makin tinggi pangkat tali pinggang Taekwondo ni, makin complicated pergerakan dalam Taegeuk tu. Steps sparring pun makin banyak stepsnya.

Grading Taekwondo Blue Belt

Alhamdulillah. Izzah lulus dan naik BLUE BELT 1. Next grading naik Blue Belt 2 pula.

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *