Belajar Taekwondo | Bayaran Kelas Taekwondo & Kos Untuk Belajar Taekwondo (Yuran, Uniform, Ujian & Perlawanan)

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Aku hantar anak-anak aku, Izzah (9 tahun) dan Irfan (4 tahun) belajar Taekwondo supaya mereka belajar berdikari dan menguasai ilmu mempertahankan diri. Omak kan black belt. Anak-anak mesti dapat black belt semuanya. Hehe!

Izzah tu dah mula belajar Taekwondo masa umur 6 tahun. Irfan pula masa umur 4 tahun ++. Irdina pulak sejak dalam perut aku lagi dah belajar Taekwondo. Kuat menendang budak ni. Hak hak hak!

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Bagus tau hantar anak belajar Taekwondo. Antara kelebihan belajar Taekwondo ialah:

  • Membina Kekuatan Dalaman & Luaran
  • Disiplin & Koordinasi Pergerakan Tubuh
  • Fokus Pada Sasaran & Menjangka Pergerakan Lawan
  • Mempertahankan Diri
  • Menghormati Hieraki & Patuh Arahan Guru
  • Sentiasa Bersedia, Tidak Leka & Melatih Kecekapan Refleks
  • Memupuk Kecekalan Untuk Berjaya & Kemahiran Bersosial

Yuran / Kos Untuk Belajar Taekwondo

Bayaran masuk kelas Taekwondo ni berbeza ikut kelab. Selain yuran tahunan/daftar dan yuran kelas bulanan kena juga sediakan duit untuk beli uniform (dobok), yuran grading dan tali pinggang (kuning/hijau/biru/merah).

Anak juga perlu ada sekurang-kurangnya peralatan Kicking Target untuk berlatih tendangan. Lagi bagus jika omak abah belikan Punch Bag untuk anak berlatih tendangan di rumah. Kicking Target kena ada someone pegang baru boleh tendang. Punch Bag pula anak boleh tendang anytime.

Untuk grading black belt pula yuran lebih mahal dan kena beli tali pinggang bersulam nama dan uniform baru.

Belajar Taekwondo

Jika anak masuk tournament / perlawanan Taekwondo ada yuran tournament dan mesti beli sparring gears. Memang banyak belanja. Hehe!

Belajar Taekwondo

Aku senaraikan kat sini yuran kelas Taekwondo termasuk lain-lain perbelanjaan bawah Kelab Taekwondo Koryo. Harga uniform/ peralatan/tali pinggang mungkin ada perubahan kenaikan harga.

  • Annual RM40
  • Monthly RM40 x 12 = RM480 (bayar 5 bulan free sebulan)
  • Uniform RM150
  • Grading Yellow 1 – Red 1 RM50 (7x RM50 = RM350)
  • Belt Yellow/Green/Blue/Red RM20 each
  • Grading Red 2 RM65
  • Grading Black/Poom RM280
  • Papan RM15 each
  • Belt Black/Poom RM30
  • Uniform Black/Poom RM150 (Koryo) / RM190 (Adidas)
  • Tournament fee RM50 atau lebih setiap kali perlawanan
  • Sparring Gear around RM400 full set (saiz ikut badan anak)
Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *