Bahaya Gigitan Kutu Babi | Kena Gigit Kutu Babi (Pirah / Tempiras / Sengkenit / Cekenit / Tick) Pada Tepi Mata – Cara Cabut Kutu Babi & Ubat Gigitan Kutu Babi

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Masa kat kampung aku selalu nampak kutu-kutu pirah bergayutan kata tepi kelopak mata lembu. Gemuk-gemuk pulak kutu pirah tu. Tapi aku tak tau pulak kutu pirah ni boleh gigit orang jugak!

Aku asal Terengganu so kutu lembu tu kami panggil piras atau pirah. Ada banyak nama rupanya kutu pirah ni iaitu kutu babi (paling popular), sengkenit, cengkenit, cekenit dan tempiras. Kutu babi in English dikenali sebagai TICK. Bukan tick tanda right tu tapi kutu tick. Jangan konpius pulop. Hak hah hak!

Kutu babi adalah sejenis serangga Araknid (keluarga labah-labah) berkaki lapan dan bersifat parasit luaran. Kutu pirah ni suka sedut darahhh! Sebab nama kutu babi paling popular aku guna nama kutu babi dalam story aku ni. Hehe!

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Aku dulu masa kecik memang lasak main pasir, tanah, masuk hutan semak dan memanjat pokok kat kampung. Tapi tak pernah sekali pun aku atau adik beradik aku kena gigit kutu babi ni. Never ever tau.

Tapi masa balik kampung raya tahun 2014, anak aku Irfan masa tu umur belum cecah 2 tahun kena gigit kutu babi kat tepi mata kiri!!

Lama giler aku peram cerita anak kena gigit kutu babi ni. Ambik masa 3 tahun baru nak cerita. Sibuk sangat dengan hal resign, mengandung, beranak dan jaga baby kecik. Hehe!

Korang get ready baca sampai habis cerita aku ni tau. Sebab aku ada gambar tragedi kronologi kejadian kena gigit kutu babi ni dari awal dia kecik sampai akhirnya membesar bagai juara dan juga video hasil tangkapan kutu babi yang gigit anak aku tu selepas pirah tu tertanggal dengan sendiri.

29 Julai 2014

Macam biasa pagi raya kat kampung mesti aku suruh anak posing kat halaman rumah untuk sesi fotografi. Rumah mak aku agak ke dalam sikit. Dari jalan besar kena melalui 3 buah rumah saudara mara melalui jalan berpasir.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Aku suruh anak-anak aku berjalan atas jalan berpasir tu sambil berpegangan tangan. Budak-budak bila nampak pasir mesti nak pegang. Aku bagi lah Irfan main pasir sebab konon sensory play la kan.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Selepas pegang pasir aku kibas pasir kat tangan Irfan. Belum sempat habis kibas dia pegang mata pulak!! Cepat-cepat aku berlari balik rumah basuh tangan dan mata dengan air. Aku ingat dah bersih lah. Tapi ada parasit melekat rupanya!

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

31 Julai 2014

Masa on the way balik KL aku pangku Irfan untuk menyusu. Aku perasan ada satu bintik hitam kecil pada tepi mata kiri dia.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Nampak tu bintik hitam macam tahi lalat?

Macam tahi lalat. Aku sapu dengan tisu dan kain tudung tapi tak tanggal. Aku fikir mungkin tu tahi lalat baru tumbuh.

1 Ogos 2014

Sehari kemudian Irfan demam. Aku ingat demam sebab jalan jauh. Demam pun tak lah panas sangat.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Bintik hitam tepi mata tu pun masih macam tu jugak. Macam makin membesar.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Bintik hitam makin membesar.

Rasa pelik jugak tahi lalat cepat betul membesar. Masa ni masih tak syak langsung Irfan demam angkara gigitan kutu babi. Huhu!

2 Ogos 2014

Irfan masih demam. Suhu makin panas. Aku memang tak bagi ubat demam selagi anak aku aktif dan makan minum macam biasa. Demam ni ada tujuan dia yang menunjukkan sistem pertahanan badan sedang berfungsi melawan jangkitan.

So biarkan demam itu buat kerja dia bunuh kuman atau jangkitan dulu for few days. Of course lah aku tak biarkan macam tu je. Aku sentiasa pantau, lap kain basah dan menyusui dengan kerap. Memang omak tak tidur sangat masa anak demam ni.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Nampak tu si kutu babi melekat tepi mata anak aku!

Terkejut aku tengok bintik hitam tu dah membesar jadi warna kelabu. Macam ketumbuhan!! Serius aku takut tengok benda tu macam ketumbuhan atau kanser kulit.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Macam ketumbuhan pastu ada darah pulak tu!

Sebab Irfan aktif macam biasa so aku plan esok saja lah pergi klinik suruh check. Sementara tu aku sapu minyak habatusauda mana tau kot mengecut. Tak lama lepas tu ada darah sikit kat tepi mata Irfan tu.

Suami cuba tarik benda tu tapi tak tanggal pun. Masa ni kami berdua memang langsung tak fikir pun yang benda tu kutu babi sedang melekat kuat tepi mata Irfan. Serius omak tak tahu!

3 Ogos 2014

Aku terjaga pukul 3 pagi untuk check suhu Irfan. Lega bila demam Irfan dah kebah tanpa bagi ubat demam. Aku suluh mata Irfan tengok benda kelabu tu dah tak ada!! Eh!! Mana benda tu pergi? Cepat-cepat aku cari atas tilam. Nasib baik jumpa.

Terus aku ambik dengan tisu dan letak dalam plastik ziplock. Masa tu dah terdetik dalam hati. Ntah-ntah ni benda hidup. Baik aku kurung dalam ziplock. Hehe!

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Dari bintik hitam kecik jadi besar bulat gemuk macam ni!

Omakgorg!! Tak lama lepas tu memang benda tu HIDUP. Seronok kutu babi tu merayap dalam ziplock tu! Memang jelas nampak kaki kutu babi tu masa dia berjalan. Terkejut omak!!

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Ni dia kutu babi gemuk lepas hisap darah anak aku!

Nasib baik lah aku sedar pagi tu. Kalau tak sedar ntah-ntah kutu babi tu tukar port hisap darah aku pulak. Syukur sangat kutu babi tu tak masuk dalam hidung atau telinga pulak. Geli omak!

Ni video kutu babi hasil tangkapan yang aku kurung dalam plastik ziplock. Terperanjat omak tengok “ketumbuhan” tu ada kaki. Hehe!

Kutu Babi Tanggal Sendiri

Aku bernasib baik sebab kutu babi tu tertanggal sendiri. Kalau ditarik paksa cabut mungkin tertinggal kaki dia dalam kulit. Sure gatal tak hilang kan.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Mata bengkak selepas gigitan kutu babi tercabut

Aku tengok Irfan relek je selepas kutu babi tu tertanggal. Tak pernah dia garu tepi mata dia. Meaning tak gatal la kan.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Luka kesan gigitan kutu babi makin sembuh.

Tapi kesan gigitan kutu babi tu memang sangat teruk. Luka, bengkak dan merah tepi mata anak aku.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

Seminggu lebih jugak baru kesan gigitan kutu babi tu sembuh. Aku cuma sapu minyak habatusauda kat tempat luka dari gigitan kutu babi tu.

Asal-Usul Kutu Babi

Aku tak tahu kenapa panggil kutu pirah ni kutu babi. Mungkin kutu ni asalnya dari babi hutan. Pastu berpindah ke haiwan lain macam lembu, monyet, kucing dan anjing.

Kutu babi ni sejenis kutu bukan sejenis babi. So tak yah lah risau nak kena samak pulak.

Aku tengok ramai budak kena gigit kutu babi ni selepas pegang dan bermain dengan kucing liar atau kucing peliharaan yang tak dijaga kebersihan dia. Kucing terbiar ni mungkin merayau ke semak samun atau longkang-longkang yang kotor, so memang mudah dihinggapi pelbagai jenis serangga parasit seperti kutu babi ni.

Main pasir pun kena gigit anak kutu babi. Mungkin sebab pasir tu tempat kucing, lembu dan monyet lalu lalang kan. Memang aku serik tak bagi anak aku pegang pasir kat kampung lagi dah lepas kejadian Irfan kena gigit kutu babi tu. Omak tobat!

Petua & Cara Cabut Kutu Babi

Gigitan kutu babi ni bahaya sebab boleh sebarkan kuman sebab tu bila kena gigit kutu babi akan demam. Tempat gigitan akan rasa pedih, sakit dan bengkak kemerahan. Kalau kutu babi masuk dalam telinga lagi teruk sebab susah nak keluarkan. Lagi parah kalau kutu babi bertelur dan membiak. Mintak dijauhkan!

Aku nak share sini petua atau cara nak cabut kutu babi yang melekat pada badan atau nak keluarkan kutu babi yang masuk dalam telinga. Tapi kalau tak yakin jangan ikut. Terus jumpa doktor untuk bantuan.

  • Air rendaman tembakau pekat sapu pada tempat gigitan atau titis dalam telinga nanti kutu babi terus mati
  • Sapu getah daun sireh untuk mudah cabut kutu babi
  • Sembur ubat nyamuk pada kapas dan tekapkan pada lubang telinga – nanti dia keluar sendiri atau terus mati
  • Letak minyak tanah pada kapas dan tekap pada lubang telinga
  • Sapu minyak angin cap Kapak atau Yuyi
  • Letak minyak gamat
  • Sapu minyak habatusauda guna cotton bud

Ubat Luka Gigitan Kutu Babi

Masa Irfan kena gigit kutu babi tu aku just sapu minyak habastusauda. Ambil masa lebih seminggu jugak baru kesan gigitan tu hilang.

Gigitan Kutu Babi Pirah Cengkenit Tempiras

3 hari selepas kutu babi tercabut

Korang juga boleh sapu RenoSkin Medic Serum untuk hilangkan rasa gatal, luka, merah dan bengkak bekas gigitan kutu babi tu. Medic Serum ni sangat berguna di saat tak terduga. Anak benjol terhantuk, luka terjatuh atau mata bengkak kena gigit semut pun sapu Medic Serum cepat baik.

RenoSkin Medic Serum

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *