Apa Yang Seronoknya Sunway Lagoon Theme Park?

The other day, me menang some prizes for Nuffnang Project Alpha. Antara hadiahnya ialah 2 tikets ke Sunway Lagoon Theme Park.

So, kami pergi ke Sunway Lagoon itu untuk bergembira last week. Seronok memang seronok tapi lepas tu semua pancit… *pengsan…ha..ha

Me dapat masuk to all 5 parks tapi hari tu cuma larat pergi Waterpark, Amusement Park dan Wildlife Park sahaja. Yang dua lagi (walaupun me dying to go… cewwaaah)… tapi dah tak berdaya nak pergi.

sunway-lagoon-1Tiket, Dolly Izzah + Pass Masuk bentuk Jam

Sebabnya, Izzah dah mengantuk dan hari hujan panas (nak jugak salahkan hari hujan..he..he..he).

Mula-mula, pergi Amusement Park dulu. Me dengan Izzah naik Wagon Wheels tu. Hubby tak mau naik sebab dia gayat *jom pakat gelakkan dia…muah..ha..ha

sunway-lagoon-2

Me ingat lagi, last 2 years masa kami pergi Sunway Lagoon ni… me ajak dia naik jambatan gantung tu… tapi half-way je muka dah pucat. Me takde lah nak paksa (karang dia pengsan on the jambatan, mana me larat nak angkat…he..he).

Lepas Wagon Wheel ingat nak naik kapal Pirate’s Revenge tu…. tapi mana best naik sorang-sorang kan. So, me cuma bergambar aje lah sebab Izzah pun nak berdukung dengan me aje.. *baiknya alasan..ahaks!

sunway-lagoon-5

Lain-lain permainan kat Amusement Park tu pun tak naik sebab tengok queue panjang je. Ramai budak-budak… rasa macam kelakar la pulak kalau me pergi beratur nak naik roller coaster, cawan gergasi, space ship dengan budak-budak sekolah semua tu…ahaks!

Tapi tak kisahlah.. sebab dulu pun pernah naik dah…ha..ha..

Lepas Amusement Park, kami pergi Wildlife Park. Ha..ah.. yang ni paling best untuk budak-budak kecik. Kalau compare dengan zoo negara, me rasa Sunway Lagoon Wildlife Park better… sebab dia jenis interaktif. Kita boleh touch most of the animals ok.

Kalau setakat burung kakak tua bertenggek atas bahu dan lengan tu sesiapa pun boleh buat kan. Tapi me ngeri jugak takut burung tu patuk mata.. kan paruh dia tu besar.. dah lah boleh tahan berat burung tu duduk atas bahu *lenguh tau!

sunway-lagoon

Izzah marah okeh masa burung tu duduk atas bahu me…ha..ha

Tapi kalau ambik gambar peluk monyet putih atau arnab… Izzah tak marah. Lagi dia suka ada. Siap di peluk monyet putih tu sampai melekat-lekat bulu dia kat baju *eiiii.

sunway-lagoon

Me ada suruh ranger situ keluarkan ular kuning nak bergambar. Tapi, tak sempat pegang Izzah dah menjerit tak nak. Famous sekejap bila semua orang pandang dan gelak.

sunway-lagoon

Burung-burung situ banyak yang friendly..he..he. Siap bertenggek atas kepala hubby yang berkilat tu. Ingat ada makanan ke kat situ cik burung?

sunway-lagoon

Part yang paling best kat Sunway Lagoon ialah dia punya Waterpark. Kat sini kita boleh tengok macam-macam jenis orang terutama orang Arab. Macam-macam perangai. Seksi seksa semuanya!

Ada sorang minah Arab ni masa masuk pakai jubah hitam standard dia tu. Tapi bila sampai Waterpark, jubah hilang, bikini yang datang. Serius! Minah Arab pakai bikini you. Ehh… me ni ter-sekodeng orang pulak.

Izzah paling suka main air kat Waterpark ni. Hubby nak pegang tangan pun dia tepis. Siap jalan sorang-sorang dalam air. Dan, tak mau berhenti main walaupun dah gigil…he..he

sunway-lagoon

sunway-lagoon

Ehh.. tak nampak pun muka me main air dalam gambar?

Ha..ha..ha.. memang la tak nampak. Sebab me memang tak masuk air. Jadi photographer + penjaga beg saja la mama dia ni.

Lepas mandi Izzah dah cranky… mengantuk. So, me pun tak sempat nak pergi Scream Park dan Extreme Park. Tak kisah la.. sebab tiket free kan. Kalau bayar tak pergi mau meraung…. ha..ha..ha

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *