Anak Lambat Bercakap | Pengalaman Anak Speech Delay – Izzah & Irfan Tak Pandai Bercakap Hingga Umur 4 Tahun!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini

“Eh. Anak awak tak pandai bercakap lagi? Dah 2 tahun kan umur dia? Anak saya 2 tahun bercakap bukan main petah lagi. Tak bawak jumpa pakar ke untuk check? Macam ada speech delay dia ni.”

Omakgorg! Best sangat la tu kan diagnosed anak aku speech delay. Macam doktor la pulak kan. Tau lah anak ko petah bercakap macam murai.

Tapi aku tak kisah pun anak aku lambat bercakap. Ko kisah kenapa? Ada menyusahkan hidup ko ke? Ada perabihkan duit ko ke? Tak kan?

So jangan sesuka-hati melabel anak aku speech delay. Ko pun bukannya 24/7 bersama dengan anak aku kan? Omak is feeling meh!

Anak Lambat Bercakap

Hamboi. Omak garang nampak. Hak hak hak!

Aku memang dah lama nak tulis pasal anak lambat bercakap atau lebih dikenali sebagai speech delay ni. Sebab anak aku Izzah dan Irfan memang lambat bercakap. Anak aku tu bukan betul2 speech delay pun. Just late talker.

Late talker yang betul-betul late tau. Umur 4 tahun baru pandai bercakap ayat yang lengkap!

Tapi aku tak pernah pun bawak anak-anak aku jumpa pakar. Sebab aku percaya budak tu akan pandai bercakap juga.

Aku tak lah bodoh nak lepas tangan dan biar macam tu je. Serius memang aku sangat risau. Super duper risau!

Anak Lambat Bercakap

Lebih lagi bila tengok budak-budak sebaya dah boleh bercerita dengan baik sekali. Sedangkan anak aku masih lagi dengan bahasa Jerman!

Tapi aku yakin anak aku akan pandai sooner or later. Sebab petanda penyakit speech delay langsung tak ada pada anak aku.

Selagi anak aku aktif, dengar dan faham arahan, ada eye contact, ada suara dan boleh sebut a few basic words — omak is fine.

Kadang-kadang memang rasa frust dan geram bila anak nak something tapi aku tak faham apa yang dia cakap. Macam ayam cakap dengan itik. Hehe!

Masa tu bila Izzah dan Irfan cakap bahasa alien untuk bercerita — aku rasa sangat stress sebab otak langsung tak boleh decipher apa yang mereka cakap. Omak letih!

Anak-anak aku pandai bercakap guna bahasa yang difahami (tiada lagi Jerman) + ayat lengkap semasa:

  • Izzah — 3 tahun 8 bulan
  • Irfan — 4 tahun 3 bulan

Izzah dan Irfan tu memang tak pandai bercakap tapi masa umur 2 tahun ++ dah kenal ABC, 123 dan warna in English. So how?

Petanda Anak Ada Masalah Speech Delay

Kalau anak berumur 2 tahun:

  • Masih tidak bercakap apa-apa. Panggil mama, papa, babah pun tak reti.
  • Tidak menoleh atau menyahut bila namanya dipanggil.
  • Tidak memahami arahan yang mudah. Omak minta ambik bola tapi anak hanya berdiri terkebil-kebil.
  • Tidak pandai bermain dengan kawan-kawan.

Anak Lambat Bercakap

Izzah dan Irfan passed semua tu. Sebab tu aku sabar je menunggu mereka pandai bercakap. Hehe!

Punca Anak Aku Lambat Bercakap

Masa Izzah dulu aku ingat sebab Izzah tu lahir tak cukup bulan + anak sulung tak ada adik so tak ada kawan nak bercakap. Izzah pulak duduk rumah dari umur 1 tahun hingga 2 tahun 8 bulan.

Bila dah nak cecah 3 tahun tapi masih lagi dengan bahasa Jerman dia tu — aku paksa laling untuk hantar Izzah ke Taska. Masa tu laling yang jaga Izzah kat rumah.

Few months lepas masuk Taska barulah Izzah melupakan bahasa Jerman. One fine day — selepas hari raya tahun 2011 — Izzah tiba-tiba menuturkan satu ayat lengkap kepada aku.

Masa dengar Izzah bercerita dengan bahasa yang aku faham tu — aku rasa jiwa aku terus terbang ke bulan! Macam tak percaya anak aku boleh bercakap tanpa pelat langsung. Hehe!

Anak Lambat Bercakap

Irfan pula since born memang aku laki bini yang jaga kat rumah. Tak pernah hantar ke Taska langsung.

Aku ingat since dia ada kakak Izzah so ada kawan untuk bercakap. Tapi aku salah!

Mungkin sebab Izzah sekolah pagi dan petang so actually Irfan pun tak ada kawan nak bercakap di siang hari.

Irfan masih tetap dengan bahasa Jerman walaupun aku dah resigned masa umur dia 2 tahun lebih. Penat aku ajak dia bercakap dan suruh ulang apa aku cakap. Tapi dia tak nak ulang. Tak jadi parrot langsung di Irfan ni.

Most of the time bila aku suruh sebut satu perkataan (contoh: makan, bola, tidur, main etc) dia akan buat bunyi-bunyian lain (contoh: bola — titsss, tidur — ponggggg). Lepas tu ketawakan aku. Macam ejek aku pulak. Omak rasa nak lempang je. Hak hak hak!

Aku tau dia bukan tak boleh sebut. Tapi sengaja tak nak sebut. Sebab kadang-kadang dia sebut dengan betul. Tapi lepas tu dia main-mainkan aku. Sabar omak sabar!

Irfan tu walaupun tak pandai cakap — aku rasa dia malas cakap — tapi sangat pandai meniru bunyi mesin!

Anak Lambat Bercakap

Bunyi vacuum, mesin basuh, mesin rumput, mesin jahit, blender dan bunyi motor — semua dia tiru exactly sebijik bunyi tu tau. Siap boleh pretend main mesin-mesin tu semua sambil keluar bunyi. Sound Engineer in the making kot. Hehe!

Aku pun tak tahu — nak risau ke nak bangga?

Awal tahun 2017 ni kami hantar Irfan sekolah PASTI. Aku yakin dia akan pandai bercakap lepas masuk sekolah ni. Sebab anak aku ni perlukan kawan sebaya untuk berkomunikasi.

True enough. Selepas 2 bulan sekolah PASTI — Irfan sudah mula menuturkan perkataan-perkataan di luar jangkaan aku. Dah pandai pun bercakap anak aku!

Famous Late Talkers

Jika anak ko tak ada tanda-tanda speech delay yang aku sebut kat atas tu — jangan risau sangat lah. Kalau risau boleh terus bawa jumpa pakar terapi bahasa.

Actually ada ramai orang famous yang berjaya masa kecik adalah late talkers. Ada yang tak pandai bercakap hingga umur 4 tahun macam anak-anak aku. Hehe!

  • Gary Becker, Nobel Prize-winning economist
  • Albert Einstein, theoretical physicist
  • Julia Robinson, the first woman president of the American Mathematical Society
  • Arthur Rubinstein, piano virtuoso
  • Edward Teller, physicist and nuclear power pioneer

Anak aku yang bongsu — Irdina — aku rasa akan pandai bercakap lebih awal daripada kakak dan abang dia. Kita tunggu dan lihat!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *