Anak Ketagih Gadget | 8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Gadget Tab & Ipad

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini

Anak-anak zaman sekarang ni tak boleh lari daripada terdedah dengan gadget macam Tab dan Ipad tu. Anak-anak aku pun sama!

Izzah dulu masa kecik dulu tu gadget Ipad baru muncul dan makin popular. Aku beli masa umur dia 3 tahun.

Konon ada Ipad mudah nak ajar dia macam-macam. Sanggup aku beli pelbagai Early Childhood Education apps berbayar & installed kat ipad & iphone aku tu. Omak perasan bagus sebab anak kecik-kecik pandai main gadget. Lempang sebijik!

Anak Dan Gadget

Babahnya pulak ada Samsung Tab dan suka installed games macam Angry Birds dan Cut The Rope.

Aku ni tak sokong sangat guna gadget bagi anak main games. Kalau educational apps aku suka lah. Tak setuju pun kadang-kadang kena pasrah bagi Izzah main games kat ipad & tab.

Anak Dan Gadget

Terutama time kena menunggu lama. Macam tunggu nak boarding flight kat airport. Tunggu giliran paed panggil kat hospital. Konon nak elak anak cranky. Hehe!

Anak Dan Gadget

Tak lama lepas iPad popular — aku dengar banyak keluhan dari mom bloggers yang anak mereka ketagihan gadget!!

Ketagih gadget tahap kronik sampai tenggelam terus dalam dunia iPad dan tab tu.

  • Tak peduli apa yang berlaku di sekeliling.
  • Jadi anti-sosial.
  • Tak berkomunikasi dan kurang eye-contact.
  • Kuat tantrum, ganas dan pemarah.
  • Ada yang tak tidur malam sebab ketagih iPad.
  • Bila parents ambik gadget tu terus mengamuk dan meraung macam kena dera.

Masa tu aku hairan. Macam mana boleh sampai jadi ketagih iPad? Aku tengok Izzah okey je. Omak memang heran!

Anak Dan Gadget

Terkejut bila aku tahu yang  mommies yang anak ketagih gadget tu TAK KAWAL penggunaan iPad dan tab oleh anak mereka. Siap bagi KUASA HAK MILIK PENUH pulak tu. Patutlah!

Nasib baik lah aku ada instinct untuk kawal dan awasi penggunaan gadget pada Izzah. Hanya boleh guna pada masa tertentu dan ada had masa. Gadget bagi aku hanya satu alat bantu mengajar. Bukan untuk menggantikan ko sebagai ibu bapa. Omak syukur.

Anak Dan Gadget

Nota: Ada banyak bukti menunjukkan anak yang ketagih gadget sejak kecik akan cenderung mengalami masalah Austisme! Saraf otak sudah rosak sebab terlalu lama bermain iPad!

8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Gadget iPad & Tab

1. Contoh Melalui Teladan

Kurangkan penggunaan gadget semasa bersama dengan anak-anak. Terutama semasa makan dan bermain dengan anak.

Tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Ni anak ajak borak ko cakap jangan kacau sambil tangan dan mata tertumpu pada gadget.

Anak Dan Gadget

Anak pun fikir omak abah lagi sayang gadget dari dia kot. Hehe!

Tapi serius. Cakap anak ketagih gadget tapi diri sendiri smartphone sentiasa dalam genggaman. Even masuk jamban pun bawak handphone!

Mengadu anak pukul 2-3 pagi masih tak tidur sebab layan video kat iPad. Diri sendiri layan Whatsapp & Facebook sampai Subuh boleh pula?

Omak abah ketagih smartphone marahkan anak yang ketagih iPad. Tak feeling meh ke?

2. Jangan Caj 100% Bateri Penuh

Makin sikit % bateri yang tinggal maka makin sedikit had masa penggunaan iPad. Habis bateri habis lah masa anak menggunakannya.

Jangan sesekali ajar anak caj gadget sendiri. Pandai mengecas sendiri umpama memberi mereka KUASA.

Anak Dan Gadget

Anak bila ada kuasa mereka akan melawan ibu bapa. Caj iPad antara 15%-20% sahaja.

Nanti iPad cepat rosak? Mungkin lah. Pilih lah. Nak biar iPad rosak atau anak yang rosak?

Kalau betul sayang anak jangan perkenalkan anak langsung dengan gadget. Tak kenal maka tak cinta.

3. Jangan Beri Hak Milik Kepada Anak

Strictly no! Jangan sesekali sebut perkataan yang menunjukkan gadget itu kepunyaan anak.

Contoh macam: iPad kakak, tab adik, Kiki punya iPad dan lain-lain

Bila gadget adalah hak milik anak maka dia ada KUASA atas iPad itu. Omak abah yang beri dia kuasa itu.

iPad anak punya jadi omak abah tiada kuasa. Anak tak akan peduli walau gadget omak yang beli. Yang dia tahu itu dia punya.

Anak Dan Gadget

Aku tak pernah bagi hak milik pada Izzah atau anak-anak lain. Aku sebut Izzah sebab Izzah paling banyak sekali main gadget. Irfan sangat jarang dan Dina-saur langsung tak pernah main iPad/tab dengan touch screen tu.

Anak Dan Gadget

Dina hanya ada Fisher & Price ABC games ni je. Nakbagi bunyi kena tekan-tekan butang. Susah sikit lah sebab tu Dina tak ketagih gadget macam ni. Hehe!

Nota: Tengok muka Izzah kat gambar atas tu. Macam kena rasuk dengan tab kan? Macam tak sedar dunia sekeliling. Bila panggil 3-4 kali baru dia menyahut. Ni aku bagi main sekejap je. Bayangkan budak yang ketagih gadget tu macam mana? Scary tau!

Ye betul. Aku yang installed semua apps ECE dalam iPhone dan iPad. Tapi aku hanya bagi dia PINJAM sekejap sahaja. Bila aku minta kena pulangkan balik. Else, tiada lagi next time untuk dia.

Percayalah. Manusia sangat mudah rosak jika diberi dua benda — duit dan kuasa. Fikirkan lah.

Anak Dan Gadget

4. Letak Password Pada Gadget

Salah satu cara nak elak anak rasa dia ada kuasa pada gadget ialah dengan letak password untuk unlock gadget.

Jangan sesekali ajar anak untuk unlock atau masukkan password sendiri. Bila tahu password dan pandai unlock dia sudah ada KUASA!

Anak Dan Gadget

Anytime dia boleh guna gadget sesuka hati dia. Anak yang ada kuasa akan hilang hormat pada omak abah.

Jika anak tak pandai unlock maka setiap kali nak main dia mesti minta omak abah yang unlock. So… kuasa mengawal di tangan ko!

5. Menentukan Masa Untuk Main Gadget

Tentukan masa yang tertentu untuk anak main gadget.

Aku hanya bagi Izzah main iPad masa hujung minggu atau cuti sekolah — siang hari sahaja dan biasanya maksima 1 jam sekali main.

Anak Dan Gadget

Masa berikut adalah dilarang sama sekali:

  • Waktu makan
  • Waktu belajar atau buat homework
  • Waktu tidur
  • Waktu bermain outdoor pada waktu pagi/petang

Habis had masa aku akan minta semula gadget. Kadang-kadang Izzah sendiri yang tengok jam dan tutup iPad bila sampai masa.

6. Jadikan iPad / tab Sebagai Ganjaran Positif

Ko parents so ko punya kuasa – ingat tu! Anak hanya akan dapat iPad jika buat something good.

Sekarang aku langsung tak bagi Izzah main gadget masa hari sekolah. Not even on weekends.

Dia hanya akan dapat main gadget masa cuti sekolah dengan syarat dia performs well masa ujian atau peperiksaan. Nak performs well dia kena rajin buat latihan dengan aku. Tak boleh ada excuses bila aku suruh belajar.

Jika dia boleh buat seperti yang diminta so she earns the time to play with the gadget masa cuti sekolah.

7. Banyakkan Aktiviti Bersama Anak Di Rumah

Izzah tu dulu masa kecik tak lah sampai tahap ketagih iPad. Tapi aku menyesal sebab introduced gadget pada dia. Serius sangat menyesal.

Sebab gadget merompak masa berkualiti aku bersama dia semasa dia kecik.

Syukur sekarang aku dapat luang masa dengan anak-anak dan buat aktiviti KINDERMASS kat rumah. Maths, Arts, Science & Social untuk budak-budak.

Ajak anak main puzzle. Main conteng-conteng. Main masak-masak. Buat Lego bricks. Buat arts and crafts.

Kena tinggalkan smartphone ko tu dulu untuk buat aktiviti dengan anak. Kepimpinan melalui teladan, betul?

8. Kerjasama Antara Ibu Bapa

Aku rasa ini lah masalah paling besar sekali bila anak ketagih gadget iPad / tab.

Omak dah suruh berhenti main tapi abah pulak back up anak bagi main for few more hours. Omak tak bagi main games just ECE apps tapi abah pulak pergi installed macam-macam games untuk anak main.

Anak Dan Gadget

Omak dah sorok iPad tapi abah bagi pulak Tab. Anak mintak nak main gadget omak tak nak bagi tapi abah pulak offer handphone dia.

Omakgorg! Rasa helpless pulak omak jadinya kan.

Aku rasa kena slow talk sesama suami isteri tentang bagi anak gadget ni. Omak abah kena tegas dan sepakat. Else anak tak akan hormat any of you!

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *