Alahan Mengandung | Cirit Birit Semasa Mengandung 7 Bulan

Pagi semalam saya sarapan dengan nasi kerabu yang biasa di beli di gerai tepi jalan berhampiran pejabat. Masa awal mengandung dulu memang hanpir setiap hari saya makan nasi kerabu ini. Sangat sedap dan asli.

Sudah berbulan-bulan tidak makan nasi kerabu kerana rasa ingin makan sudah tiada. Tapi semalam terbeli pula sebab sudah bosan makan nasi berlauk ayam. Berselera betul saya makan nasi kerabu.

nasi kerabu biru Alahan Mengandung | Cirit Birit Semasa Mengandung 7 Bulan

Saya sarapan pukul 7.30 pagi. Pada pukul 10 pagi saya mula berasa tidak sedap badan. Perut terasa sebu dan berangin. Terasa senak di bahagian ulu hati. Terasa sangat pening kepala. Perut juga alami kontraksi Braxton Hicks yang kuat dan menyakitkan.

Bayi pula sangat gigih menendang dengan kuatnya. Semakin terasa sebu rongga dada. Saya ke tandas tetapi tidak ada rasa untuk membuang air besar.

Tiba-tiba saya memuntahkan cecair berwarna putih kelabu. Hanya cecair. Tiada pepejal makanan. Tekak dan hidung terasa perit. Terasa gas yang dihasilkan nasi kerabu pagi tadi melekat di tekak.

Setelah muntah rasa senak semakin berkurangan. Tetapi kepala tetap terasa sangat berat. Belakang pula terasa sangat sakit. Akibatnya, saya tiada selera untuk makan. Rasa lapar tiada langsung. Hanya rasa tidak selesa, badan berangin, sakit belakang dan sakit kepala.

anemia kurang darah merah 03 Alahan Mengandung | Cirit Birit Semasa Mengandung 7 Bulan

Balik rumah saya tidur selama sejam. Saya juga minta suami urut dengan Tiger Balm belakang saya. Terasa sedikit lega.

Malamnya saya alami cirit birit yang teruk. Bermula dari pukul 8 malam hingga 1 pagi. Saya cirit birit dengan hanya membuang air besar dalam bentuk cecair.

Dalam masa 5 jam saya membuang air besar sebanyak 8 kali!

Setiap kali adalah cirit birit cecair yang menyebabkan dubur terasa perit.

  • 8.00 pm – cirit birit ; minum air
  • 9.00 pm – cirit birit ; minum air
  • 9.30 pm – cirit birit ; minum air
  • 9.45 pm – minum air bercampur madu Manuka dan air bercampur serbuk probiotik Nutri-Bifidus
  • 11.30 pm – cirit birit ; minum air
  • 11.45 pm – cirit birit ; minum air
  • 12.00 am – cirit birit ; minum air
  • 12.15 am – cirit birit ; minum air
  • 12.30 am – cirit birit ; minum air

Cirit birit semakin teruk selepas pukul 11.30 malam. Tidur saya sangat terganggu kerana terpaksa ke tandas setiap 15 minit.

Setiap kali membuang air besar saya akan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Tetapi selepas itu saya alami lagi cirit birit.

Walaupun sangat penat badan saya mula terasa tidak berangin seperti siang tadi. Sakit belakang agak berkurangan. Cirit birit yang dialami adalah satu mekanisme pertahanan badan yang menolong mengeluarkan toksin dari badan.

Tetapi setelah 8 kali cirit birit saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku lagi. Kesan cirit birit yang berlanjutan adalah sangat merbahaya. Terutama semasa kita mengandung. Air yang saya minum tidak sepadan dengan cirit birit yang keluar.

madu manuka Alahan Mengandung | Cirit Birit Semasa Mengandung 7 Bulan

Saya terus ke dapur dan minum segelas air suam bercampur satu sudu madu Manuka. Madu asli memang mengandungi banyak garam galian dan bagus untuk mengantikan elektrolit yang hilang semasa cirit birit.

Saya juga minum setengah gelas air bercampur probiotik (bakteria baik). Probiotik atau bakteria baik diperlukan untuk melawan bakteria jahat yang menyebabkan cirit birit.

probiotik Alahan Mengandung | Cirit Birit Semasa Mengandung 7 Bulan

Alhamdulillah. Selepas minum air madu dan air probiotik tiada lagi cirit birit berlaku. Saya dapat tidur dengan lena sehingga pagi.

Pada pukul 7 pagi saya membuang air sekali lagi. Najis masih dalam bentuk cecair tetapi ianya tidak berulang lagi sepanjang hari. Saya sarapan macam biasa dan minum air madu serta air probiotik sekali lagi.

Kesan cirit birit semasa mengandung (8 kali dalam satu malam) menyebabkan badan terasa agak lemah dan saya tidak bermaya seperti biasa. Saya berehat dan tidur di waktu siang bagi mendapatkan balik tenaga yang hilang.

Saya pasti penyebab cirit birit saya adalah nasi kerabu yang dimakan masa sarapan. Nasi kerabu mengandungi nasi biru, ulaman (kobis, timun, tauge),sambal kelapa dan ayam goreng.

Kobis dan tauge memang boleh menyebabkan badan berangin. Sambal kelapa atau ayam goreng atau mungkin juga nasi biru itu pula mungkin tidak dimasak dengan betul dan ada bakteria yang menyebabkan cirit birit.

Lagi pun sudah seminggu saya tidak makan yogurt asli seperti biasa. Tidak sempat dan tidak larat untuk singgah ke Tesco untuk membelinya.

Nampaknya kena rajinkan diri untuk membeli yogurt asli bagi mengelakkan kejadian cirit-birit kembali berulang.

dp seal trans 16x16 Alahan Mengandung | Cirit Birit Semasa Mengandung 7 BulanCopyright secured by Digiprove

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

CommentLuv badge