Aktiviti Menarik Di Sunway Lagoon Theme Park | Snow White and The Seven Dwarfs The Musical – Sunway Lagoon Amphitheatre

Cuti sekolah lama ni buat apa dengan anak-anak? Jangan jadikan alasan musim hujan untuk duduk terperap dalam rumah.

Kalau tak boleh jalan-jalan outdoor, cari lah tempat yang organise aktiviti indoor. So.. tak lah kena hujan ekekeee.

Minggu lepas saya bawa Izzah dan Irfan menonton teater muzikal Snow White and The Seven Dwarfs di Amphitheatre Sunway Lagoon.

Snow White The Musical

Kira ni first time Irfan tengok teater muzikal. Izzah tu dah banyak kali…he he he.

Snow White The Musical

Saya dapat jemputan sebagai media untuk makan malam dan tonton Gala Premiere teater muzikal Snow White tu. Saya bawak family sekali.

Selepas parking kereta di Sunway Hotel Resort & Spa, kami kena turun bertingkat-tingkat eskalator yang agak curam untuk ke pintu masuk Surf Beach. Nasib baik saya ni tak gayat. Tinggi betul eskalator tu weh.

Lepas makan dinner yang sedap di Surf Beach, kami naik train yang comel untuk ke Amphitheatre Sunway Lagoon tu.

Snow White The Musical

Sebenarnya tak lah jauh mana pun Amphitheatre dengan entrance Surf Beach tu. Dalam 200 meter kot. Jalan je pun boleh tapi kami malas sebab dah kenyang so naik train lagi best…ekekeke.

Snow White The Musical

Jemputan media dapat tempat duduk VIP di bahagian kiri teater. Not bad lah seat kami tu sebab boleh nampak dengan jelas pelakon teater muzikal Snow White and The Seven Dwarfs tu beraksi.

Snow White The Musical

Sebelum teater muzikal bermula mestilah ada ucapan yang kena dengar.

Snow White The Musical

Mula-mula ucapan selamat datang daripada Pengarah Konsultan Sunway Lagoon, Bill Holman. Kemudian ucapan dari Datuk Dr Ong Hong Peng dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.

Snow White The Musical

Izzah dah tak sabar nak tengok Snow White. Asyik tanya kenapa lama sangat orang tu berucap. Padahal baru beberapa minit heh hehe.

Snow White The Musical

Irfan pulak tak boleh duduk diam. Nak berjalan merata. Habis awek sebelah dia usha.

Snow White The Musical

Biasalah tu… boy mah…

Mirror mirror on the wall, who is the fairest one of all?

Siapa yang cakap tu? Mestilah ratu jahat mak tiri Snow White tu..ekekeke.

Snow White The Musical

Ada ke orang tak tahu macam mana cerita Snow White ni. Duduk dalam gua kot kalau tak tahu cerita klasik kanak-kanak ni…ha ha.

Meh saya cerita pasal Snow White…

Once upon a time….

Snow White, kawan-kawan dan Muddles (clown istana).. bermain sambil menyambut hari jadi Snow White yang ke 21.

Snow White The Musical

Huntsman (kuli batak Queen) datang bagi hadiah pada Snow White dan terkejut tengok Snow White dah jadi cantik jelita.

Snow White The Musical

Prince yang hensem datang ke istana sebab nak cari bakal isteri yang cantik jelita.

Snow White The Musical

Queen masih perasan diri dia tu tak berkedut dan cantik jelita so akan jadi calon isteri putera yang hensem tu. Orang tua pangkat nenek tak sedar diri betul la si Queen tu ekekeke.

Snow White The Musical

Queen cuba menggoda sang putera sambil menyanyi dengan gaya ahli sihirnya tu. Putera raja pulak macam kena minyak dagu mayat je duk layan si Queen menari.

Kemudian…

Snow White The Musical

Prince terjumpa Snow White di dalam hutan. Apa lagi… terus jatuh cinta lah. Tak kan jatuh katil pulak..

Snow White The Musical

Queen macam biasa tanya cermin ajaib dia…

Mirror mirror on the wall, who is the fairest one of all?

Mirror kata… you dah tak cantik mahh. Snow White yang paling cantik jelita sekarang ni.

Queen pun jadi angry bird lah. Siap suruh Huntsman pergi bunuh Snow White.

Tapi…. Huntsman dalam hati ada taman. Tak sampai hati nak bunuh Snow White. Dia just suruh Snow White lari jauh-jauh dalam hutan.

Snow White The Musical

Snow White terjumpa rumah orang kerdil dan berkawan lah dengan 7 orang kerdil yang tak berapa comel tu.

Hunstman bunuh babi hutan dan bawak balik hatinya.

Queen percaya pulak yang Huntsman dah bunuh Snow White. Boleh dia suruh Huntsman berikan hati tu pada Chef Wan untuk dimasak. Ada ke patut suruh Chef Wan masak hati ba alif ba ya…ish..ish..

Esoknya…. Queen dengan senang hati tanya lagi pada mirror.

Mirror mirror on the wall, who is the fairest one of all?

Mirror kata…. weh orang tua.. kan aku dah bilang semalam… kau dah tak cantik… yang cantik itu Snow White.

Snow White The Musical

Terkejut lah Queen.. tipu… tipu! Snow White dah mati lah.

Mirror pun ketawa macam hantu…. muahhhaaahhhhhha!

Ko kena tipu lah Queen. Sihat walafiat lagi Snow White tu.

Snow White The Musical

Marah betul lah si Queen. Terus dia jampi epal jadi beracun untuk berikan pada Snow White.

The end…

Tak tamat lagi sebenarnya… tapi sebab saya dah balik so kira tamat la cerita tu ekekeee.

Snow White The Musical

Anyway… dipendekkan cerita.. Snow White makan epal beracun dan jatuh koma. Putera hensem datang cium dan Snow White hidup semula.

Snow White The Musical

Queen pulak tetiba kena sumpah terperangkap dalam cermin ajaib tu buat selama-lamanya.

Snow White dan Prince pun dapat hidup bahagia. Happy ending as always lah.

Snow White The Musical

Teater muzikal Snow White and the Seven Dwarfs di Sunway Lagoon ni memang best sebab ada nine-piece orchestra secara live dibawah arahan David Laugharne. So… muzik yang mengiringi persembahan teater ni kedengaran sangat unik dan organik gitewww.

David Laugharne is a familiar name across London’s West End. He has lent his musical talents in productions like Miss Saigon, Avenue Q, The Lion King and Legally Blonde. He also led the National Symphony Chamber Orchestra in the United Kingdom as conductor to their joint concert tour with world famous Soprano vocalist, Hayley Westenra.

Sound effect memang sangat best dan meremangkan bulu mata..eh.. bulu roma. Sampai Izzah pun terkejut time mak tiri Snow White tu buat persembahan lagu ganas…ekekeke.

Irfan? Tak kisah langsung muzik ganas ke… muzik slow ke… sebab dia dah tidur dalam gendong…zzzzzz.

Hiasan pentas dan props pula memang unik dan kelihatan hidup. Masa Queen nyanyi lagu Girl on Fire tu siap keluar api lagi kat stage. Ternganga mulut Izzah tengok ekkekeke

Saya dan family balik sebelum habis persembahan teater muzikal Snow White and The Seven Dwarfs tu. So… tak sempat lah tengok Snow White makan epal beracun dan kemudian dikejutkan dari koma oleh ciuman tuan putera yang hensem tu…he he.

Actually ada sesi meet and greet dan bergambar dengan para pelakon teater muzikal Snow White and The Seven Dwarfs tu. Tapi since kami balik awal… terlepas lah peluang.

Bermula dari 7 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014, Snow White and The Seven Dwarfs the Musical akan dipersembahkan setiap hari kecuali Isnin pada pukul 8 malam di Amphitheatre @ Sunway Lagoon.

Snow White the Musical

Tiket berharga RM190, RM140 dan RM100 untuk dewasa dan RM160, RM110 dan RM80 untuk kanak-kanak, termasuk makanan (popcorn/hot dog). Pembelian tiket minimum 50 keping layak mendapat diskaun sebanyak 30%. Tiket teater muzikal Snow White and The Seven Dwarfs boleh dibeli di kaunter tiket Sunway Lagoon atau online di www.airasiaredtix.com.

Untuk maklumat lanjut telefon 03 5639 0000, lawati www.sunwaylagoon.com or www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Snow White the Musical

Snow White and The Seven Dwarfs the Musical is directed by Chris Colby and choreographed by David Kort. These theatre veterans from London’s West End have brought the most dazzling musicals to stages across Europe and Asia. Both Chris and David also led the productions of Beauty and the Beast the Musical, Peter Pan the Musical, Magical Musicals, Aladdin the Musical, London the Summer Musical, The Adventures of Captain Quack and London Boys at Sunway Lagoon.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

  • Anuar says:

    Bestnya Izzah.. Lepas satu event selesai, dapat join event lain lagi ikut Mamanya… Ini kelebihan dapat jadi anak seorang blogger.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *