Aktiviti Menarik Di Sunway Lagoon Theme Park | Berjalan Merentasi Jambatan Gantung Sunway Lagoon (Hanging Bridge) Terpanjang Dunia!

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Tak habis lagi cerita tentang Sunway Lagoon. Aku belum tayang lagi gambar kami melompat atas jambatan gantung di Sunway Lagoon. Hehe!

Apa yang menariknya jambatan gantung Sunway Lagoon ni? Korang tak tahu ke? Hanging bridge @ jambatan gantung di Sunway Lagoon adalah jambatan gantung taman tema terpanjang di dunia!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Yup! Jambatan gantung Sunway Lagoon pernah dinobatkan sebagai Jambatan Gantung Pejalan Kaki Terpanjang di Dunia (World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge). Aku tak pasti pulak samada title jambatan gantung terpanjang dunia masih lagi dimiliki Sunway Lagoon ke tak.

Ukuran jambatan gantung di Sunway Lagoon Theme Park ini adalah 428 meter yang merentasi seluruh tasik dari World of Adventure, melalui gunung berapi Surf Beach hingga kawasan Extreme Park di bahagian tenggara Sunway Lagoon.

Aku masa belum ada anak pernah naik jambatan gantung Sunway Lagoon ni. Tapi sempat berjalan 10 langkah je kot. Sebab suami aku gayat.

Lepas tu ada beberapa kali pergi Sunway Lagoon tapi tak naik jugak. Omak kempunan nak naik jambatan gantung tu bertahun-tahun tau. Hehe!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Hari tu dah melepak di Surf Beach memang omak wajib naik jambatan gantung Sunway Lagoon ni. Aku ajak Izzah naik. Nasib baik lah Izzah tak gayat. Siap boleh lompat bintang lagi atas jambatan gantung Sunway Lagoon tu.

Omakgorg! Memang cantik sangat permandangan dari atas jambatan gantung Sunway Lagoon ni. Boleh nampak seluruh Sunway Lagoon. Omak super like!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Aku naik dari menara dekat Extreme Park. Tinggi sungguh tangga nak ke jambatan gantung tu. Pancit omak. Hehe!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Tapi bila sampai atas terus hilang rasa penat memanjat tangga tu. Sebab view cantik sangat! Omputih cakap breathtaking. Hehe!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Nampak volcano kat belakang Izzah tu? Dalam pukul 2 lebih camtu volcano ni akan keluar api!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Gunung berapi meletus!

Bukan lava gunung berapi tapi api yang memancar ke udara. Konon-konon gunung berapi meletus lah. Hehe!

Aku sempat tengok masa melepak kat Surf Beach Sunway Lagoon tu. Agaknya kalau tengok dari atas jambatan gantung sure lagi cantik.

Apa rasa naik jambatan gantung Sunway Lagoon tu? Hmmmmmmmmm. Amboi panjang hmmm nampak. Hehe!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Aku mula-mula naik tak rasa gayat. Tapi bila tengah berjalan tu ada manusia yang gumukkkkk datang dari arah depan tu. Terus rasa sikit gayat. Bergoyang-goyang jambatan gantung tu macam kena goyang dengan raksaksa. Hak hak hak!

Jambatan Gantung Sunway Lagoon Theme Park

Tapi sekejap je gayat. Lepas tu siap boleh lari-lari lagi atas jambatan gantung Sunway Lagoon. Omak kasi gegar jambatan gantung tu. Biar orang lain pulak gayat. Hehe!

** FOLLOW ON INSTAGRAM ** Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM
Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *