Aktiviti Menarik Di Sunway Lagoon Theme Park | Ada Berani Buat Bungy Jump, Flying Fox & G-Force X Di Sunway Lagoon Extreme Park?

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Apa aktiviti yang menarik di Sunway Lagoon? Banyak! Serius. Sangat banyak!!!

Tak boleh cover atau main semua kalau pergi hanya sekali ke Taman Tema Sunway Lagoon tu. Kena pergi berkali-kali. Sebab tu kena beli Annual Pass. Hehe!

Sebelum ni aku dan famili tak rancang pun nak naik rides atau main games apa masa pergi Sunway Lagoon. Main redah je. Ada plan pun general nak main air. Sebab tu banyak water rides tak sempat naik.

Next trip kami nak pergi melepak di Surf Beach. Main pasir pantai sambil buat aktiviti di Sunway Lagoon Extreme Park. Plan baik punya ni. Hehe!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Antara aktiviti menarik di Sunway Lagoon Extreme Park ialah:

  • Beach Volleyball / Soccer
  • Paintball Target Shooting (had tinggi minima 1.1 meter)
  • Bungee Trampoline (berat 20-100 kg)
  • G-Force X (had minima tinggi 1.3 meter)
  • All Terrain Vehicle (ATV) (umur 12+)
  • Kayaking (umur 12+)
  • Pedal Boating (had tinggi minima 1.1 meter)
  • Flying Fox (berat 40-90kg)
  • Bungy Jump (berat 45-250kg)
  • Archery Target Shooting (had tinggi minima 1.1 meter)
  • Go Kart (umur 12+)

So far aku cuma pernah memanah @ Archery Target Shooting tu di Sunway Lagoon Extreme Park. Kali ni mesti buat yang lain-lain tu. Jom kita tengok satu persatu aktiviti di Sunway Lagoon Extreme Park.

Beach Volleyball / Soccer

Aku suka main volleyball. Dulu masa sekolah kira terer jugak aku main volleyball ni. Hehe!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Kat Sunway Lagoon Extreme Park ni boleh main beach volleyball. Horeh!! Omak lompat bintang.

Paintball Target Shooting (tinggi 1.1 meter)

Aku tak pernah main paintball. So memang kena cuba main tembak paintball ni kat Sunway Lagoon Extreme Park.

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Take note untuk main Paintball Target Shooting ni ada had tinggi minima iaitu 1.1 meter. Omak mesti main dengan Izzah!

Bungee Trampoline (berat 20-100 kg)

Ahah!! Ada Bungee Trampoline di Sunway Lagoon Extreme Park. Aku tak pernah main trampoline ni. Omak mesti cuba!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Suami aku pernah nak beli trampoline untuk letak kat rumah. Tapi tak kesampaian sebab tak ada space nak letak. Even trampoline saiz kecik pun makan space tau.

G-Force X (tinggi 1.3 meter) – RM32*

Uhuhhhh. Scary ni. Tak ingin aku naik G-Force X kat Sunway Lagoon Extreme Park ni. Diulangi. Tak ingin! Hehe!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Nak main G-Force X di Sunway Lagoon Extreme Park kena bayar RM64 (*RM32 untuk pemegang MyKad). G-Force X ni akan melantunkan korang dari 0 hingga 120 kilometer sejam dalam masa 2 saat!! Memang giler menakutkan. Hak hak hak!

Aku pernah tengok orang main G-Force X ni kat Menara KL. Masa tu tahun 2007 dan G-Force X ni baru lagi muncul. Ngeri sebab tengok kabel G-Force X tu meregang macam tu sekali.

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Nah! Aku belanja gambar G-Force X tengah melantun tinggi di udara masa aku tengok kat Menara KL tu. Ada bran? Hehe!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

All Terrain Vehicle (ATV) (umur 12+)

Kat Sunway Lagoon Extreme Park boleh main All Terrain Vehicle (ATV). Tapi hanya untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Alamak! Izzah tak boleh main. Kesian. Dia nak sangat main ATV tu.

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Aku boleh lah main sebab umur terlebih layak sudah. Hehe!

Kayaking (umur 12+)

Wahhh!! Sesiapa nak berkayak pun boleh di Sunway Lagoon Extreme Park. Ada had umur 12 tahun ke atas. Omak mesti cuba!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Pedal Boating (tinggi 1.1 meter)

Pedal Boating kat Sunway Lagoon Extreme Park ni Izzah boleh main. Sebab had tinggi minima 1.1 meter. Horeh!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Flying Fox (berat 40-90kg)

Main Flying Fox di Sunway Lagoon Extreme Park adalah satu item dalam Bucket List aku. Kena cuba sementara masih muda bertenaga ni. Dah tua nanti tak berdaya. Bateri kong. Hehe!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Tapi Izzah tak boleh main Flying Fox sebab tak cukup berat. Tu lah. Omak suruh makan banyak-banyak bagi gemuk tak nak. Cekeding 20kg mana boleh main Flying Fox. Kesian. Hehe!

Bungy Jump (berat 45-250kg) – RM80*

Bungy Jump kat Sunway Lagoon Extreme Park pun salah satu item Bucket List aku. Biar betik!! Bungy Jump?

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Terjun tiruk menjunam ke bawah dengan tali diikat pada kaki? Ye lah. Omak is serius. Dapat sijil keberanian tau. Hehe!

Ada bayaran untuk main Bungy Jump di Sunway Lagoon Extreme Park ni iatu RM138 (*RM80 pemegang MyKad).

Archery Target Shooting (tinggi 1.1 meter)

Nak merasa jadi Robin Hood? Kena cuba aktiviti memanah @ Archery Target Shooting di Sunway Lagoon Extreme Park ni.

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Kudrat kena kuat untuk tarik tali bow tu. Tapi memang best!

Go Kart (umur 12+) – RM22/27*

Nak main Go Kart pun boleh di Sunway Lagoon Extreme Park. Tapi umur kena 12 tahun ke atas. Omak je lah main. Hehe!

Aktiviti Menarik Taman Tema Sunway Lagoon Theme Park

Nak main Go Kart kena bayar RM22 single seater dan RM27 double seater.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *