Aktiviti Anak | Ketahui 7 Sebab Untuk Tidak Marah Anak Conteng Dinding Rumah

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Anak aku champion conteng dinding rumah!! Omak pasrah je nak. Hehe!

Antara 3 anak aku tu yang banyak menyumbangkan hasil seni kat dinding rumah aku ialah Irfan. Izzah dulu tak conteng sangat dinding.

Mungkin sebab most of the time dia ada kat Taska dan weekends aku selalu buat aktiviti Arts & Crafts dengan dia. Peluang nak menconteng tu kurang. Hehe!

Tapi time Irfan ni alahai! Tiba-tiba ada tinggal tanda kat dinding. Bila masa dia buat kerja ntah. Makin lama makin banyak. Puas marah dan remind. Tak kan nak ugut halau rumah kot. Sayang anak okay!

Anak Conteng Dinding Rumah

Aku dah sediakan kertas sekotak pun still nak juga menconteng dinding. Mungkin dari kaca mata budak kecik ni dinding tu umpama kanvas yang besar. Mungkin lah.

7 Kebaikan Anak Menconteng Dinding Rumah

Ada orang kata anak yang suka conteng dinding adalah anak yang cerdas dan bijak. Betul kah? Hmmm.

1. MELATIH KEKUATAN OTOT

Anak yang menconteng dinding akan menggunakan pelbagai posisi badan seperti berdiri, membongkok, melutut, duduk atau mencangkung.

Secara tidak langsung aktiviti ini mampu menjadikan anak lebih cergas dengan melatih kekuatan otot badan berbanding apabila hanya duduk melukis pada kertas.

Kekuatan pada pergelangan tangan juga akan berkembang selari dengan kawalan motor untuk menjadikan lebih mahir menulis dan memegang.

2. KOORDINASI TANGAN & MATA

Anak cenderung melukis pada skala yang lebih besar di permukaan dinding yang luas. Keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan digunakan secara optimum.

Anak Conteng Dinding Anak Sepah Rumah

Aktiviti ini akan melatih anak-anak mengkoordinasikan pergerakan tangan dan mata dengan lebih baik. Ahli terapis kanak-kanak, Page Hays menyifatkan bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat menggalakkan integrasi bilateral dan kebolehan untuk mencapai pada permukaan yang lebih luas (body midline skill).

Hasilnya, pergerakan anak-anak akan menjadi lincah. Mereka dapat menendang bola tanpa menukar kaki, boleh menulis dengan lebih baik, lebih mudah membaca, serta mampu melakukan aktiviti mengurus diri dengan lancar seperti memakai kasut, membutang baju, menggunakan gunting, dan sebagainya.

3. MENINGKATKAN KREATIVITI

Menconteng dinding adalah salah satu tindakan mengekspresikan diri mereka seluas-luasnya.

Berbanding pada kertas yang kecil, mereka akan berasa lebih bebas apabila melukis pada permukaan kanvas yang besar dan senang dilihat.

Anak mungkin bermain cikgu-cikgu, menghasilkan lukisan imaginasi, membuat bentuk, menulis huruf atau nombor.

4. MENGEKSPRESI DIRI

Setiap anak kecil mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan sesuatu yang terbuku dalam hati mereka – ada yang suka berbual, menyanyi, bercakap dengan anak patung, atau mungkin ada yang suka melukis dan menconteng dinding.

Anak Conteng Dinding Rumah

Adalah sangat penting memberi peluang kepada anak mengekspresikan diri kerana ia adalah salah satu bentuk komunikasi untuk meluahkan perasaan.

5. PRAKTIS POSTUR YANG BAIK

Ada anak-anak yang tidak suka duduk di tempat yang dikhaskan seperti kerusi dan meja atau lantai apabila melukis dan menulis. Ini kerana, mereka berasa tidak selesa akibat postur yang tidak sesuai.

Posisi menegak (upright position) pada dinding membantu anak-anak mengekalkan posisi kepala dan leher pada tahap yang sesuai secara automatik.

Menurut Bright Hub Education, perkembangan kemahiran visual (visual skill development) juga dapat ditingkatkan kerana mereka mudah melihat apa yang telah dilukis. Anak akan lebih peka meneliti dan mengimbas perincian pada sesebuah objek.

6. MOTIVASI UNTUK BELAJAR MENULIS

Bukan senang nak melihat anak menulis apabila kita menyuruh mereka berbuat demikian. Setiap kali memandang buku tulis, muka mereka pun mulalah monyok. Konsentrasi mereka pun sebentar saja.

Tetapi, apabila diberi peluang menulis pada dinding, mereka akan lebih bersemangat. Mengapa?

Sebab kebanyakan anak kecil suka bermain dan mengaitkan aktiviti menulis dengan ‘belajar’ atau sesuatu yang membosankan. Jadi, inilah peluang kita untuk memupuk minat menulis melalui aktiviti yang seronok!

7. LEBIH DAYA TUMPUAN & KONSENTRASI

Dengan permukaan yang luas, menegak dan betul-betul di hadapan mereka ini, konsentrasi akan lebih mudah tertumpu ke satah tersebut.

Anak Conteng Dinding Rumah

Tidak hairanlah teknik ini telah sekian lama digunakan untuk menggalakkan perkembangan anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran seperti ADHD atau autisme, seperti yang dinyatakan melalui ChildSupport.org.

Sediakan Peralatan Yang Sesuai

Ternyata banyak kelebihan yang boleh didapati daripada aktiviti menulis pada kanvas menegak (vertical surface) atau ‘menconteng dinding’ ini.

Tapi sudah tentu ramai omak abah tidak suka apabila anak menconteng dinding. Hilang seri rumah tu kan. Tak koser nak cat berulang-kali kot.

Anak Conteng Dinding Rumah

Apa yang omak abah boleh buat ialah mencari medium yang sesuai seperti pen yang mudah dipadam, kertas/kanvas yang sesuai ditampal pada dinding, atau easel tempat menggantung kanvas. Ini akan menggalakkan anak anda ‘explore’ lebih lagi dan mencipta potensi diri.

Anak Conteng Dinding Rumah

Cara Mudah Hilangkan Dakwat Permanent Marker

Nah aku bagi tips cara untuk hilangkan dakwat permanent marker pada permukaan seperti dindinng, perabot kayu, baju, karpet, barangan kaca dan white board.

Anak Conteng Dinding Rumah

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Ros.

Kak Ros adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Dulu pernah bekerja sebagai Akauntan selama lebih 14 tahun. Sekarang kak Ros bekerja dari rumah sebagai Pakar Bina Blog dan Forever Business Owner (FBO) serta bercita2 untuk mengembangkan team #AloeVeRos ke seluruh dunia.

Awak, awak dan awak nak sama-sama bina bisnes Forever Living ini dengan kak Ros? Kak Ros ajar cara buat online. Sesuai untuk surirumah yang ada anak kecil, students, ibu tunggal, pekerja makan gaji & pesara. Modal mula RM105 sahaja. Tak ada pengalaman meniaga pun boleh buat. Tapi kalau ada pengalaman lagi lah super boleh! Kelas ilmu produk dan seminar bisnes sentiasa ada. Jauh? Boleh belajar secara online melalui video live training dan support group dipimpin rapat oleh jutawan Forever muslim pertama dunia, kak Ju. Yang penting TIADA ALASAN dan BERTINDAK SEKARANG! Jom sertai kak Ros dengan isi borang sini.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *