Aktiviti Anak | Anak Suka Sepah Rumah & Suka Conteng Dinding Tandanya Saya Tak Pandai Didik & Ajar Anak!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Ada anak kecik dan rumah tak bersepah itu adalah suatu yang sangat rare. Ada toddler dan dinding rumah tiada sedikit pun contengan anak adalah sangat menakjubkan. Hehe!

Memang ada omak abah yang sangat hebat mendisiplinkan anak-anak hingga mereka tak berani langsung menyepahkan rumah atau menconteng dinding dan perabot.

Ada yang cakap “Jika anak saya nakal (sepah rumah + conteng dinding + main make up + main barang dapur) tanda saya gagal mengajar dan mendidik anak-anak saya.”

Anak Conteng Rumah Anak Sepah Rumah

Obviously memang bukan statement aku lah tu. Sebab rumah aku sepah macam kapal Titanic langgar iceberg! Dinding rumah macam Art Gallery penuh dengan contengan & tampalan hasil seni anak-anak aku.

Anak Conteng Dinding

Sementara anak kecik ni memang mimpi lah aku nak deko-deko rumah letak wall paper bagai. Aku expect lagi 5 tahun baru lah boleh cat baru atau letak wall paper. Hak hak hak!

Anak Conteng Dinding

Hasil kerja Irfan kat dinding. Hoho!

Anak Sepah Rumah Sangat Tak Lucu!

Ada sorang omak ni post gambar anak-anak dia main pati sirap. Berlumuran sirap merah macam darah. Sekali pandang nampak so scary. Mengucap panjang aku sebelum senyum sorang-sorang.

Anak Conteng Dinding Sepah Rumah

Tengok lah expresi wajah anak-anak tu. Excited kot.

Kalau korang akan buat apa? Marah? Rotan? Tarik telinga? Hukum? Bebel? Lempang bertubi-tubi? Belasah sampai separuh nyawa?

Apa reaksi aku dalam situasi macam ni? Kalau aku ini yang aku akan buat:

  • Ambik dulu gambar momen macam yang mak budak ni buat. Tapi aku akan ambil dari pelbagai angle yang berbeza. Snap gambar banyak-banyak. Boleh masuk blog dan buat Photobook! Hehe!
  • Mandikan anak sambil membebel non-stop. Marah le tu!
  • Bersihkan tempat kejadian sambil membebel dan “tarbiah” anak tentang kesan perbuatan mereka tu. Haha!
  • Letak barang-barang yang tak nak dicapai anak ke tempat yang lebih tinggi.

Tapi tak semua parents fikir kejadian macam ini sesuatu yang lucu. IT”S NOT FUNNY AT ALL!! Anak main benda yang tak sepatutnya dan menyepah rumah bermaksud parents itu GAGAL sebagai ibu bapa.

  • Gagal didik anak. Gagal pantau anak.
  • Gagal buat dan kuat kuasakan undang-undang di rumah

She said ” Low mentality punya parents je yang akan kata tu comel, cerdik, kreatif, kelakar bagai. And i am not. I am sure you are not too.”

Omakgorg!! Selama ini aku adalah omak yang gagal. Mak aku jugak gagal. Kakak aku pun gagal!

Sebab anak-anak masa kecil semuanya jaguh menyepah dan menconteng dinding. Ajaibnya anak-anak omak yang “gagal” ni bila besar jadi insan yang berpendidikan tinggi, berakhlak mulia dan santun budi pekerti. Syukur!

Aku juga omak yang low mentality! Sebab anggap the picture sebagai comel. Just because pemikiran aku tak sama dengan dia means aku omak yang FAIL dan LOW MENTALITY. Hak hak hak!

Aku selalu buat aktiviti early childhood education bersama anak-anak aku kat rumah. Aku siap bagi nama KinderMASS lagi untuk aktiviti awal kanak-kanak ni. KinderMASS – Kids Maths, Arts, Science & Social at home. Main slime, tepung dan sepah meja tu adalah bagus untuk early childhood.

But then, lain padang lain belalang. Lain orang, lain pemikiran. Lain parents, lain parenting styles. Patut ke push orang ikut pemikiran kita? Hehe!

Tips Mendisiplinkan Anak Cara Tentera

Aku tabik spring pada omak abah yang anak-anak sangat “baik dan berdisiplin”. Follow semua undang-undang di rumah. Tak conteng dinding dan perabot. Tak sepah barang mainan. Tak sentuh perhiasan rumah. Tak main barang kepunyaan omak abah. Tak cabut koleksi fridge magnet omak.

Rumah kekal cantik mabeles walaupun anak ramai. Aku betul-betul nak tau macam mana dia buat. Macam mana dia didik anak dia? Sampai anak disiplin mantop umpama tentera kecil. Benda baik kena kongsi. Betul?

Nak tahu rahsia omak hebat yang berjaya didik anak tu? Nah!

  • Continuously doing it. Bukan senang. Kena persistent and konsisten. Tak boleh mengelat. Alhamdulillah, disebabkam mama diorang garang, my kids memang dengar kata.
  • I am firm. Mesti firm. I meant everything i said.
  • Jangan ugut2 pastu tak buat. Diorang tak takut. K.ninie memang buat apa k.ninie cakap. Berani la nak cabar my authority. My house. My rules. Tak suka? They can walk out. Whatever they own, we work hard to provide for them. So sila keluar sehelai sepinggang.
  • Ramai parents gagal mendidik anak2 kerana husband and wife pun tak on the same page dalam benda ni. Yang untung anak2. Sebab buat la apa sahaja, it is ok kan, mak tak bagi. Ayah bagi. So buat lah salah, nanti ada yang back up.
  • Ramai parents time marah, melepaskan marah dengan perkataan kesat. Sebab dah terlalu marah. Itu bukan mengajar. Itu melepaskan geram kita. Mendidik is dengan konsisten. Tak boleh means tak boleh. Jangan time ni boleh, time lain tak boleh. Anak2 akan jadi confuse, and they are manipulative kan, so diorang akan buat perangai nak test, diorang boleh get away with it or not. I personally tak tolerate nonsense. Buat2 perangai to get my attention, no way. Lagi buat, lagi i ignore. Kita kena jadi civilised people. Kita bercakap. Discuss.
  • Masalahnya parents sekarang memang ramai yang fail. Malas nak komen. Low mentality punya parents je yang akan kata tu comel, cerdik, kreatif, kelakar bagai. And i am not. I am sure you are not too. I still have a very long way to go.

Wahhhhhh…

MY HOUSE MY RULES!! Tak suka? They can walk out. Whatever they own, we work hard to provide for them. So sila keluar sehelai sepinggang.

Sanggup nak halau anak keluar rumah sehelai sepinggang tu!! Why so serious parents?

Erkk. Apa rasanya jadi anak omak macam ni ye? Scary. Emosi & self-esteem anak boleh terbunuh! Penderaan senyap ni kot. Boleh beri kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak.

Aku rasa masa kecik-kecik ni boleh lah kot ugut halau anak. Tunggu besar nanti anak lari keluar tengok omak menangis tak henti-henti ke tidak. Touch wood!

Yes. You still have a very long way to go.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *