Tips Bela Hamster | Panduan Memilih Tempat Tinggal Hamster & Sangkar / Cage Hamster

Bismillah. Cikros di sini.

Tempat tinggal hamster adalah benda wajib ada jika nak bela hamster. Ada beberapa jenis tempat tinggal hamster ni. Nak mudah, senang dan selesa beli saja set sangkar hamster yang dijual di pet shop.

Ada juga orang yang bela hamster dalam akuarium kaca dan akuarium plastik atas beberapa sebab tertentu. Jom lah kita tengok apa yang best dan tak best tentang jenis tempat tinggal hamster yang berlainan tu.

Akuarium Kaca

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Kelebihan membela hamster dalam akuarium kaca:

  • senang memerhatikan hamster kerana sifat kaca yang jernih
  • lebih mudah mengambil gambar hamster dari luar akuarium
  • bebas untuk menyusun atur keperluan tempat tinggal untuk hamster
  • bedding / serbuk kayu tidak akan tumpah merata-rata.
  • senang untuk membersihkan, menambah makanan atau bermain dengan hamster anda
  • lebih mudah untuk dibersihkan dan dicuci
  • sesuai untuk hamster Syrian sebab boleh letak dalam akuarium besar

Kekurangan membela hamster dalam akuarium kaca:

  • pengudaraan kurang baik
  • tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya berat dan sukar untuk dialihkan
  • berisiko pecah jika jatuh
  • kos lebih tinggi dari sangkar sebab kena beli peralatan secara berasingan

Akuarium Plastik

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Kelebihan membela hamster dalam akuarium plastik:

  • bebas untuk menyusun atur keperluan tempat tinggal untuk hamster
  • bedding / serbuk kayu tidak akan tumpah merata-rata.
  • senang untuk membersihkan, menambah makanan atau bermain dengan hamster anda
  • lebih mudah untuk dibersihkan dan dicuci
  • lebih ringan dari akuarium kaca
  • tidak mudah pecah jika terjatuh

Kekurangan membela hamster dalam akuarium plastik:

  • pengudaraan kurang baik
  • kos lebih tinggi dari sangkar sebab kena beli peralatan secara berasingan
  • dinding akuarium plastik kurang jernih susah nak perhatikan hamster atau ambil gambar

Sangkar Hamster

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Kelebihan membela hamster dalam sangkar hamster:

  • pengudaraan yang lebih baik
  • lebih murah. di kedai haiwan peliharaan sangkar hamster akan dijual 1 set lengkap
  • sangkar biasa yang mempunyai aksesori asas adalah murah
  • hamster lebih banyak peralatan untuk bermain (rumah, tangga ataupun tiub)
  • hamster boleh bermain dengan memanjat disekeliling sangkar
  • lebih ringan dan mudah dipindahkan
  • kelihatan lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik.
  • lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air, rumah.

Kekurangan membela hamster dalam sangkar hamster:

  • hamster suka mengigit sangkar menyebabkan sangkar berkarat
  • baby hamster dwarf mungkin boleh melepaskan diri melalui jeriji sangkar
  • bedding mudah terkeluar dan berterabur
  • sangkar hamster yang lebih banyak aksesori dan bertingkat-tingkat adalah mahal
  • aksesori cepat kotor dan perlu dicuci selalu
  • susah mengambil gambar hamster kerana pintu sangkar adalah kecil
  • susah memberi makan dengan tangan (hand feeding) kepada hamster anda.
Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Serena Roborovski sedang mengigit dan memanjat jeriji sangkar

Habitrail Ovo

Habitrail Ovo adalah ciptaan terkini rumah hamster yang meniru habitat asal hamster di dalam lubang. Sangkar hamster berciri futuristik ini berbentuk bulat dengan pelbagai aksesori hamster yang menarik.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Kelebihan membela hamster dalam Habitrail Ovo:

  • dibuat dari plastik yang tahan lasak dengan pilihan warna menarik
  • boleh dipasang dengan pelbagai cara mengikut kreativiti pemilik hamster
  • boleh besarkan sangkar dengan membeli pelbagai aksesori tambahan
  • aksesori Habitrail Ovo mudah dipadankan so boleh sambung 2 atau lebih Habitrail Ovo untuk bina satu sangkar yang besar
  • mudah dibasuh dengan tangan atau pun dish washer
  • hamster lebih banyak peralatan untuk bermain
  • bedding / serbuk kayu tidak akan tumpah merata-rata.
  • senang untuk membersihkan, menambah makanan atau bermain dengan hamster anda
  • ada 2 pintu yang mudah dibuka so mudah nak pegang hamster dalam Habitrail Ovo
Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Boleh besarkan Habitrail Ovo ikut kreativiti

Kekurangan membela hamster dalam Habitrail Ovo:

  • harga Habitrail Ovo dan aksesori tambahan adalah sangat mahal
  • pengudaraan kurang baik (ada lubang udara pada bumbung sangkar dan celah rekahan roda senaman)
  • hamster suka membuang sampah (serpihan makanan / serbuk kayu) melalui celah rekahan rodan senaman
  • memerlukan ruang yang besar jika mahu besarkan (extend) Habitrail Ovo
  • susah dipindahkan tapi boleh beli aksesori habitrail transport unit jika mahu bawa hamster berjalan-jalan

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Kat rumah aku ada set sangkar hamster biasa complete dengan rumah, roda senaman, botol minuman, bekas makanan dan gelungsur. Set sangkar hamster ni suami aku dapat free dari penderma Tenten Winter White tu.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Suami aku ada beli juga sangkar hamster Habitrail Ovo ni. Konon nak bagi Tenten Winter White duduk sama-sama dengan Serena Roborovski lah. Tapi since mereka dah berperang so kena pisahkan. Hehe!

Tenten Winter White duduk dalam sangkar asal dia, manakala Serena Roborovski duduk dalam banglo mewah Habitrail Ovo. Bila Kulot Roborovski datang dia pun join duduk dengan Serena. Kesian Tenten. Bo hoho!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *