Tips Bela Hamster | Panduan Memelihara Hamster Bagi Yang Pertama Kali Mahu Bela Hamster

Bismillah. Cikros di sini.

Teringin nak bela hamster ke? Tunggu dulu!! Jangan terburu-buru tau. Baca dulu tips bela hamster yang aku nak kongsi ni.

Sebelum nak bela hamster kena tau beberapa perkara asas tentang hamster. Hamster memang pet yang sangat comel, mudah dijaga sebab dia kecik tapi mudah juga sakit kalau tak dijaga dengan betul. Duit pun mesti ada juga mahh. Hehe!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Antara perkara penting tentang hamster yang kena tau sebelum beli ialah:

Jenis Baka Hamster

Ada 6 jenis hamster di dunia tapi hanya ada 4 jenis yang didapati di Malaysia. Jika pertama kali nak bela better beli seekor hamster Syrian sebab hamster ni paling jinak, mudah dijaga dan tidak menggigit.

Hamster lain dari baka dwarf iaitu hamster Winter White, Roborovski dan Campbell lebih kecil dan comel dari hamster Syrian tapi susah sikit nak dijinakkan, agak agresif dan cenderung untuk mengigit.

  • Hamster Syrian – paling murah, besar, jinak dan hidup bersendirian. Bela seekor dalam satu kandang. Tak boleh bela 2 ekor dalam satu kandang nanti mereka bercakaran sampai berdarah.
  • Hamster Winter White – boleh bela lebih dari satu ekor dalam satu sangkar
  • Hamster Roborovski – boleh bela lebih dari satu ekor dalam satu sangkar
  • Hamster Campbell – boleh bela lebih dari satu ekor dalam satu sangkar

Ada juga hamster Albino iaitu hamster mata merah dengan bulu putih yang dijual di pet shop. Boleh lah pilih hamster mata merah ni kalau suka. Hehe!

Baca sini ==> Jenis-Jenis Hamster di Malaysia

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Harga Hamster di Malaysia

Harga hamster di Malaysia berbeza mengikut jenis hamster dan promosi yang dibuat oleh pet shop. Biasanya harga hamster seperti berikut:

  • Hamster Syrian : RM 8 – RM 13
  • Hamster Winter White : RM14 – RM19
  • Hamster Roborovski : RM16 – RM25
  • Hamster Campbell : RM 15 – RM30

Sangkar / Kandang / Cage Hamster

Sangkar hamster mestilah sesuai dengan saiz hamster.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Lebih besar sangkar hamster, lebih baik untuk keselesaan hamster
  • Sangkar yang besar boleh letak macam-macam peralatan untuk kegunaan hamster
  • Beli sangkar hamster yang bagus pengudaraan iaitu angin mudah keluar masuk sebab hamster mudah kepanasan dan alami strok haba.
  • Jangan beli sangkar hamster jenis akuarium sebab pengudaraan tak bagus
  • Biasanya sangkar dijual siap sekali dengan botol air, bekas makanan dan roda senaman.
  • Harga set sangkat hamster adalah mengikut saiz dari RM12++ (kecil), RM25++ (sederhana) dan RM45++ (besar)
  • Jika ada budget boleh beli sangkar hamster jenama Habitrail yang dicipta menyerupai tempat tinggal hamster di dalam tanah. Harga sangkar Habitrail dari RM100 ke atas. Sangkar Habitrail boleh di tambah @ extend menjadi lebih besar dengan membeli aksesori tambahan dari jenama yang sama.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Botol Air Hamster

Hamster adalah haiwan yang sangat aktif meneroka dan berlari ke sana sini. Jadi hamster selalu haus dan perlu minum air dengan kerap.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Beli botol air khas untuk hamster yang jenis boleh digantung supaya hamster senang nak minum.
  • Jangan letak air dalam bekas / cawan / mangkuk dan letak dalam sangkar sebab hamster boleh basah terkena air dan jatuh sakit.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Bedding Hamster

Hamster suka kencing jadi perlu diletakkan bedding dalam sangkar.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Tenten Winter White Tidur Terbongkang!

  • Boleh guna bedding yang lembut, anti bakteria dan ada haruman
  • Bedding yang ada haruman tahan lebih lama
  • Tukar bedding at least 2 kali seminggu sebab bedding yang penuh air kencing akan berbau busuk
  • Pilih bedding dari serbuk kayu jenama DryPetz yang mudah menyerap kencing dan tidak cepat berbau busuk. Harga DryPetz RM20++ untuk 5kg. Mahal tapi jimat sebab tak perlu kerap tukar.
Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Bedding DryPetz Tak Berbau

Roda Senaman Hamster

Hamster dalam habitat semulajadi adalah haiwan yang suka berlari. Sebab sangkar adalah kecil jadi perlu letak exercise wheel (roda senaman) untuk hamster berlari.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Roda senaman sangat penting supaya hamster sentiasa sihat, bertenaga, tidak obese dan tidak mudah jatuh sakit.
  • Roda senaman hamster ada dari jenis besi dan plastik
  • Roda senaman besi lebih tahan lama tapi kurang selamat untuk hamster so better beli yang plastik
  • Saiz roda senaman 8 inci untuk hamster Syrian dan saiz 6.5 inci untuk hamster mini @ dwarf

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Peralatan Lain Hamster

Beli juga peralatan lain untuk hamster seperti bekas makanan, terowong, bola dan permainan yang bersesuaian.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Makanan Dan Minuman Hamster

Hamster tak memilih makanan so pastikan korang jaga pemakanan hamster. Jangan bagi sebarangan makanan sebab salah makan boleh menyebabkan hamster sakit dan mati.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Hamster adalah jenis haiwan yang kuat makan walaupun saiz badan dia kecik. Wa haha!
  • Makanan hamster biasa berharga dari RM3 – RM10+++
  • Biasanya makanan hamster yang dijual di kedai terdiri daripada bijirin seperti kuaci, jagung dan pelet gandum
  • Hamster juga boleh diberi buah-buahan seperti epal dan pisang tapi dalam kuantiti yang sedikit
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *