Tips Bela Hamster | Jenis-Jenis Penyakit Hamster Berserta Gambar

Bismillah. Cikros di sini.

Hamster pun boleh kena penyakit. Sebab tu kena jaga kebersihan sangkar dan pemakanan hamster dengan baik. Mandikan hamster dengan air pun tak boleh!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Antara jenis-jenis penyakit hamster ialah:

1. Selesema / Flu

Punca penyakit selsema pada hamster:

  • Suhu terlalu sejuk untuk hamster atau basah terkena air
  • Suhu terlalu kering dan panas (kurang pengudaraan)
  • Jangkitan selsema dari pemilik

Gejala penyakit selsema pada hamster:

  • Bersin, hidung berair & merah, selalu duduk dalam posisi membongkok

Cara atasi penyakit selsema pada hamster:

  • Beri hamster air suam yang dicampur dengan sedikit madu
  • Beri makanan lembut yang dihancurkan
  • Letakkan cage hamster di tempat yang kurang dingin, kurang berangin dan lebih suam.

2. Wet Tail / Ekor basah

Punca penyakit wet tail atau ekor basah pada hamster:

  • Selalu terjadi pada hamster Syrian disebabkan bulunya yang agak gebu dan panjang berbanding jenis hamster lain.
  • Disebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan cirit birit.
  • Keadaan hamster yang stress/ ketakutan
  • Pemberian makanan yang tidak seimbang kepada hamster menyebabkan hamster wet tail

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Gejala penyakit wet tail atau ekor basah pada hamster:

  • Kurang makan, lemah, kurang bergerak
  • Menunjukkan sikap yang agresif seperti berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi seperti mendengus.
  • Bahagian dubur / anus hamster melekit dan basah hingga ke ekor

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Cara atasi penyakit wet tail atau ekor basah pada hamster:

  • Berikan makanan yang halus dengan campuran madu
  • Letak sedikit madu ke dalam air minuman hamster
  • Bersihkan sangkar hamster dengan gunakan sabun bakteria untuk membasmi kuman bakteria
  • Rendam sangkar dan peralatan hamster ke dalam air panas untuk matikan kuman.
  • Guna pengering rambut untuk panaskan tempat hamster agas dia merasa suam dan selesa dalam sangkarnya

3. Heat Stroke / Strok Haba

Punca penyakit strok haba pada hamster:

  • Hamster terdedah pada udara yang sangat panas atau sinaran matahari.

Gejala penyakit heat stroke pada hamster:

  • Tidur terlentang luas, lemas, leher basah
  • Bernafas lebih cepat dari biasa
  • Berjalan sambil kepala miring (head tilt)
  • Berlari berpusing-pusing

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Cara atasi penyakit strok haba pada hamster:

  • Pindahkan hamster ke tempat yang berangin dan tidak terdedah dengan sinaran matahari
  • Ketakkan 2 atau 3 kiub ais dibalut dengan kain berdekatan dengan hamster kamu supaya suhunya kembali normal dan terasa dingin.
  • Berikan makanan dan minuman yang mencukupi

4. Diarhea / Cirit Birit

Punca penyakit cirit birit pada hamster:

  • Berlakui disebabkan pemberian makanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berlebihan.

Gejala penyakit cirit birit pada hamster:

  • Ekor hamster basah
  • Hamster hilang selera makan
  • Najisnya yang berwarna kehijauan, lembik dan berbau

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Cara atasi penyakit cirit-cirit pada hamster :

  • Hentikan pemberian sayur atau buah untuk sementara
  • Beri minumteh chamomile atau air bercampur madu
  • Bersihkan sangkar hamster sekerap yang mungkin
  • Nyahkuman sangkar hamster selepas dia sembuh

5. Kutu / Mites

Punca penyakit kutu pada hamster:

  • Kutu kulit (skin mites) dijangkiti dari kucing atau anjing
  • Kutu telinga (ear mange / notoedres) dari kucing atau anjing

Gejala penyakit kutu pada hamster:

  • Bulu hamster mudah tercabut dan selalu menggaru berlebihan dari biasa.
  • Kulit hamster menjadi rosak dan hitam (berkudis)

Cara atasi penyakit kutu pada hamster:

  • Bersihkan sangkar hamster sekerap yang mungkin
  • Mandikan hamster dengan syampoo mandian khas anti kutu hamster
  • Jangan sesekali mandikan dia dengan air
  • Pisahkan hamster lain agar kutu tidak merebak
  • Sapu dengan minyak zaitun / lavender / tea tree / bawang putih
  • Jumpa Vet untuk disuntik ubat

6. Sembelit / Constipation

Punca penyakit sembelit pada hamster:

  • Hamster yang kurang minum air
  • Suka mengunyah bedding yang kotor.

Gejala penyakit sembelit pada hamster:

  • Sakit perut dan mogok untuk tidak makan

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Cara atasi penyakit sembelit pada hamster:

  • Berikan sayur seperti jagung atau kubis dalam kuantiti yang sederhana.
  • Berikan juga setitis minyak sayuran
  • Sentiasa beri minum air yang bersih / kerap tukar air

7. Batu Ginjal / Bladder Stone

Puca penyakit batu ginjal pada hamster:

  • Pemakanan yang tidak seimbang

Gejala penyakit batu ginjal pada hamster:

  • Sering merasa sakit yang luar biasa ketika buang air
  • Hamster kelihatan kelemasan
  • Ada setitik kecil darah merah pada air kencing

Cara atasi penyakit batu ginjal:

  • Tambahkan sedikit garam dalam air minumanya.

8. Penyakit Mata – Glaukoma, Katarak

Punca penyakit mata pada hamster:

  • Hamster yang sudah tua mudah dapat penyakit ,ata
  • Hamster jenis Campbell dan hamster mata merah mudah kena katarak

Gejala penyakit mata pada hamster:

  • Ada lingkaran biru pada tengah mata hamster
  • Mata sentiasa kuyu dan susah dibuka
  • Lebih selesa memejamkan mata

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Cara atasi penyakit mata pada hamster:

  • Bawa kepada Vet untuk diubati
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *