Tips Bela Hamster | Apakah Hamster & Jenis-Jenis Hamster di Malaysia

Bismillah. Cikros di sini.

Masa pergi wedding anak buah aku hari tu, anak adik aku bawak sekali Syrian Hamster dia. Seronok lah anak-anak aku main dengan hamster tu. Tak takut langsung nak pegang.

Even Dina-saur pun excited. So, babahnya janji nak belikan hamster jugak. Omak dah feeling meh. Wa haha!

Tengok-tengok betul dia bawak balik hamster!! Ada orang bagi free siap dengan sangkar sekali. Berebut anak-anak aku. Sampai merajuk bila sorang tak dapat pegang.

Esoknya suami aku bawa balik lagi seekor hamster. Kali ni dia beli kat pet shop. Anak-anak lompat bintang. Omak lompat katak. Bo hoho!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Terpaksalah omak belajar serba sedikit tentang hamster ni. So, jom tengok jenis-jenis hamster yang ada kat Malaysia dan seantero dunia.

Apakah Hamster?

Hamster ini rupa memang macam tikus. Tapi hamster bukan tikus. Cuma satu persamaan hamster dan tikus iaitu both berasal dari keluarga Rodensia atau haiwan penggerit.

Bentuk tubuh hamster kecil dan membulat terutama jika tuannya bagi makan banyak. Muncung hamster pendek dan ekor pun tak nampak sangat. So, hamster ni memang kelihatan sangat comel dan memang akan rasa jatuh hati dengan kecomelan dia.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Tak macam tikus tu bila nampak je terus rasa nak baling batu. Lebih-lebih lagi tikus mondok. Kejamnya. Wa hahaha!

Hamster atau dalam bahasa saintifiknya Mesocricetus auratus ditemui pada tahun 1930 olej I. Aharoni, Profesor bahagian zoology di Universiti Hebrew, Jurusalem.. Ianya pertama kali ditemui di dalam sebuah lubang sepanjang lapan kaki di kawasan padang pasir Aleppo, Syiria. Sebab tu hamster jenis ni dikenali hamster Syirian.

Jenis-Jenis Hamster di Malaysia

Ada 6 jenis hamster di dunia. Tapi kat Malaysia aku rasa ada 4 jenis sahaja.

1) Hamster Syrian

Hamster Syrian ni bersaiz lebih besar dari jenis hamster yang lain. Sebab tu hamster dikategorikan sebagai hamster Syrian (saiz besar) dan hamster mini @ dwarf hamster (saiz kecil).

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Juga di kenali sebagai Golden Hamster atau Teddy Bear Hamster
  • Harga hamster Syrian lebih murah berbanding hamster dwarf iaitu dalam RM8 – RM12 seekor.
  • Jenis hamster Syrian berbeza ikut bulunya iaitu Short Hair, Long Hair, Rex dan Satin
  • Panjang tubuh hamster Syrian 16-18cm
  • Kitaran hidup hamster Syrian 2-3 tahun
  • Hamster Syrian suka hidup bersendirian jadi kena bela seekor dalam satu sangkar
  • Hamster Syrian jantan dan betina akan bergaduh jika berada dalam sangkar yang sama so jangan mimpi nak kahwinkan hamster Syrian ni. Hanya pakar sahaja yang mampu membuat hamster Syrian mengawan… hehe!
  • Hamster Syrian adalah hamster yang paling mudah nak dapat di Malaysia
  • Hamster Syrian adalah hamster yang paling jinak dan jarang menggigit
  • Pergerakan hamster Syrian juga slow berbanding hamster lain
  • Saiz hamster Syrian ni besar so sangkar hamster Syrian mestilah lebih besar untuk keselesaan dia.
  • Makanan pun mesti banyak juga…hehe
  • Bedding mesti kerap ditukar seminggu sekali sebab hamster Syrian banyak kencing

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Jika pertama kali nak bela hamster, aku rasa better pilih hamster Syrian lah. Tak lah terkejut badak jari kena gigit. Wa hahah!

2) Hamster Winter White

Hamster Winter White adalah salah satu hamster dari kategori hamster mini @ dwarf hamster.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

 

  • Hamster Winter White berasal dari padang rumput luas dan bersalji di wilayah utara Kazakhtan dan Siberia.
  • Hamster Winter White adalah jenis yang paling sama dengan hamster Campbell
  • Saiz hamster Winter White lebih kecil berbanding hamster Campbell
  • Harga hamster Winter White dalam RM18 seekor
  • Panjang tubuh hamster Winter White ialah 7-9cm
  • Kitaran hidup hamster Winter White dari 2-2.5 tahun
  • Cara hidup hamster Winter White adalah secara berkumpulan so tiada masalah jika nak bela lebih dari seekor dalam satu sangkar
  • Hamster Winter White lebih mudah dijinakkan berbanding hamster Roborovski
  • Hati-hati sebab hamster Winter White akan menggigit jika masih belum biasa dengan tuannya
  • Warna bulu hamster Winter White boleh berubah mengikut suhu. Jika suhu sejuk (winter) bulunya akan bertukar menjadi putih dan jika suhu panas seperti Malaysia warna bulunya lebih kepada kelabu hitam (saphire)
  • Ada macam-macam jenis hamster Winter White yang merujuk kepada warna bulunya iaitu normal, saphire, pearl, golden, blue argente dan violet. Tapi yang biasa ditemui ialah warna normal, saphire dan pearl.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

3) Hamster Campbell

Hamster Campbell adalah salah satu hamster dari kategori hamster mini @ dwarf hamster.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Hamster Campbell juga dikenali sebagai Dwarf Campbell’s Russian Hamster
  • Hamster Campbell lebih banyak jenis dan variasi warna berbanding hamster lain
  • Hamster Campbell yang normal mempunyai warna kuning gelap kecoklatan dengan garis hitam di punggung dan mempunyai bulu yang panjang di sekitar kaki.
  • Panjang tubuh hamster Campbel 8-12cm
  • Kitaran hidup hamster Campbell sekitar 2-2.5 tahun
  • Cara hidup hamster Campbell adalah secara berkumpulan so tiada masalah jika nak bela ramai-ramai dalam satu sangkar yang besar
  • Hamster Campbell mempunyai sikap yang lebih berani dan agresif tapi jarang menggigit kecuali diancam
  • Agak sukar dijinakkan jika masih liar
  • Tidak sesuai bagi yang pertama kali nak bela hamster atau kanak-kanak jika masih liar

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

4) Hamster Roborovski

Hamster Roborovski adalah salah satu hamster dari kategori hamster mini @ dwarf hamster.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Hamster Roborovski berasal dari Mongolia Timur wilayah utara daratan China
  • Hamster Roborovski adalah hamster terkecil antara 4 jenis hamster di Malaysia
  • Hamster yang aku rasa paling comelicious … hehe
  • Panjang tubuh hamster Roborovski adalah dari  4-5.5/6cm
  • Kitaran hidup hamster Roborovski dari  2.5-4 tahun
  • Cara hidup hamster Roborovski  adalah secara berkumpulan so tiada masalah jika nak bela lebih dari seekor dalam satu sangkar
  • Hamster Roborovski mempunyai 2 jenis warna bulu iaitu bulu normal dan bulu white face
  • Hamster Roborovski normal mempunyai warna putih di atas mata dan batang hidungnya hingga ke punggungnya berwarna coklat pasir keemasan dengan perutnya yang berwarna putih.
  • Hamster Roborovski White Face mempunyai warna bulu yang putih di seluruh wajahnya.
  • Hamster Roborovski adalah sukar dijinakkan jika masih liar
  • Tapi kalau beli Hamster Roborovski dari pet shop biasanya ia sudah jinak
  • Hamster Roborovski cenderung untuk menggigit jika tidak biasa dengan tuannya
  • Sangat lincah dan pantas so jika terlepas dari kandang memang berpeluh lah nak cari dan tangkap dia… wa haha!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Jenis-Jenis hamster lain yang tiada di Malaysia ialah:

5) Hamster Cina

Hamster Cina tidak jauh beza saiz tubuh badannya dengan hamster mini dwaft yang lain namun ianya bukan termasuk dalam Hamster Mini dan Dwaft Hamster.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Hamster Cina berasal dari daratan utara China dan Mongolia.
  • Harga hamster Cina sangat mahal kerana susah dijumpai
  • Ekor hamster Cina agak panjang berbanding jenis hamster yang lain.
  • Bulu hamster Cina kurang lebat berbanding hamster yang lain
  • Hamster Cina yang normal mempunyai warna kelabu dan warna coklat gelap dan warna bulu yang putih di bahagian perutnya.
  • Panjang tubuh hamster Cina dari 10-12cm
  • Kitaran hidup hamster Cina sekitar 2-2.5 tahun
  • Hamster Cina suka hidup secara bersendirian

6) Hamster Panda

Hamster Panda memiliki corak yang begitu unik iaitu bulunya yang berwarna seperti panda.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

  • Saiz hamster Panda lebih besar berbanding hamster lain
  • Hamster Panda sangat agresif dan suka menggigit
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *