Tips Bela Hamster | 5 Sebab Kenapa Hamster Suka Menggigit

Bismillah. Cikros di sini.

Hamster pertama yang dibela anak-anak aku ialah dari jenis Winter White. Nama hamster tu Tenten sempena watak Tenten dalam Dolce de Amore. Wa haha!

Actually, aku tak tahu pun jantina hamster tu jantan atau betina. Belasah je bagi nama Tenten. Hehe!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Tenten Winter White Tidur Terbongkang!

Tenten tu hamster Winter White yang diberi percuma oleh seseorang sebab dia sibuk tak sempat nak jaga. So, aku assume Tenten ni seekor hamster yang sudah jinak.

Masa first day Tenten datang ke rumah, anak-anak aku berebut nak pegang. Tak menggigit pun hamster Winter White ni masa tu.

Beberapa hari lepas tu, suami aku belikan satu ekor lagi hamster jenis Roborovski dwarf. Nama dia Serena sempena watak Serena dalam cerita Filipina Dolce de Amore tu. Wa haha!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Serena Roborovski yang comel!

Sekali lagi berebut-rebut anak aku nak pegang Serena. Serena Roborovski diletakkan dalam satu sangkar bersama Tenten Winter White. Mula-mula tu Tenten dan Serena berkenalan dengan mesra. Siap cium hidung lagi.

Tapi malam tu Tenten Winter White bergaduh dengan Serena Roborovski. Bising bunyi berdecit-decit masing-masing bercakaran. Aku rasa berebut kawasan kot.

Hamster Winter White dengan hamster Roborovski dwarf tak mau hidup sekali dalam satu sangkar. Terpaksa di pisahkan. Adudu!

Esoknya bila Irfan pegang Tenten Winter White dia mula menggigit jari Irfan. Bukan Irfan je kena gigit dengan Tenten Winter White tu. Suami aku, Izzah dan Dina pun kena gigit dengan hamster tu. Agresif sungguh si Tenten ni.

Aku je tak kena gigit. Sebab aku tak pegang pun mana-mana hamster. Omak geli. Kegelian omak menyelamatkan omak dari kena gigit dengan hamster. Wa haha!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Dina siap menangis meleleh air mata kena gigit dengan Tenten Winter White. Tak teruk pun kena gigit. Tenten gigit manja je. Tapi still sakit lah weh. Sapu Renoskin Medic Serum terus baik. Hehe!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Aku rasa Tenten Winter White tu jadi agresif sebab mungkin tangan budak-budak ni ada bau Serena Roborovski tu melekat.

So nak main dengan Tenten kena pakai sarung tangan. Tu pun masih digigitnya sarung tangan. Last-last tak ada siapa nak pegang dan main dengan Tenten Winter White tu lagi.

Kesian Tenten tak ada orang nak berkawan dan membelai dia lagi. Siapa suruh ko gigit orang?

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

5 Sebab Kenapa Hamster Suka Menggigit

Ada beberapa sebab kenapa hamster suka menggigit.

1) Tidak Suka Dipegang

Ada hamster yang masih ada sifat liar dan tak suka dipegang. Ada juga hamster yang ketakutan mungkin sebab tidak biasa dengan tuannya.

2) Trauma Dipegang / Cara Memegang Yang Salah

Ada hamster pada awalnya suka dipegang dan tidak menggigit. Tapi kadang-kadangcara memegang tu agak kasar dan tiada kasih sayang. So hamster ni jadi trauma dan suka menggigit untuk mempertahankan diri.

Budak-budak biasanya pegang hamster dengan agak kasar. Macam Dina tu main suka hati je picit hamster tu. Mau hamster tu tak bengang. Agaknya itulah yang terjadi kepada Tenten Winter White. Wa haha!

3) Bosan Dipegang

Ada juga hamster yang bosan asyik dipegang. Mereka rasa tak bebas asyik kena kepit dengan manusia. Hamster pun ada perasaan nak “me time” jugak tau. Hehe!

4) Sering Merebut Makanan Mereka

Ada tuan hamster yang suka gurau kasar main tarik makanan yang hamster tengah gigit. Hamster ingat tuannya sedang merebut makanan dia. So mestilah dia marah dan akan menggigit next time kita pegang.

5) Sedang Tumbuh Gigi

Ada juga hamster yang baru nak tumbuh gigi. So gusi rasa gatal nak menggigit sesuatu. Macam baby nak tumbuh gigi lah.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *