Riyaaz Event Space | Majlis Perkahwinan Dalam Taman (Garden Wedding) Nadiah & Hisbullah di Riyaaz Event Space, Pulau Meranti Puchong Kuala Lumpur

Bismillah. Cikros di sini.

Aku nak story tentang satu lokasi garden wedding yang best kat KL ni — Riyaaz Event Space. Tak pernah dengar? Meh aku cerita lebih lanjut.

16.12.2017 tahun lepas. Aku pergi kenduri kahwin sepupu aku, Hisbullah dengan wife dia yang cantik, Nadiah bertempat di Riyaaz Event Space, Pulau Meranti, Puchong. Lama betul ambik masa nak post cerita ni. Wa haha!

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Adik beradik aku ramai kat area KL ni so memang syok lah kita orang serbu kenduri kahwin sepupu aku. Mula-mula plan nak konvo tapi tak jadi. Masing-masing pergi sendiri.

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

First impression bila pertama kali jejak di Riyaaz Event Space ialah — wowwwwww! cantiknya tempat ni! Memang betul-betul konsep perkahwinan dalam taman lah. Omputih cakap garden wedding gituuuu.

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Aku yang sampai dulu terus pergi makan dengan famili aku. Dah tengahari lapar lah omak dan anak-anak. Hehe!

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Makanan sedap pulak tu. Siap bertambah lah aku makan. Bestnya ada ice-cream station kat situ. Candy & jajan station pun adoooo.

Kami dah habis makan tapi tak nampak batang hidung adik-beradik aku pun. Famili mak dan pak sedara aku pun tak kelihatan. So aku whatsapp abang sulung aku.

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Adeh. Mereka ada tengah sedap  bergosip kat dalam Villa Rania Homestay Riyaaz Event Space tu rupanya. Wahaha!

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Aku pun terus lah terjah ke Villa Rania Homestay dalam Riyaaz Event Space Puchong tu. Teruja aku nampak sebuah basikal tua. Sebijik macam basikal tua kepunyaan atuk aku. Mengimbau kenangan betul lah.

Famili mak dan pak sedara aku tu dah berkampung kat Villa Rania Homestay dalam Riyaaz Event Space tu dari sehari sebeum majlis. Homestay @ inap desa memang termasuk sekali dalam pakej Riyaaz Event Space. Memang terbaiklah.

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Sangat bagus lah tempah lokasi majlis perkahwinan kat Riyaaz Event Space ni. Terutama kalau salah satu keluarga pengantin berasal dari negeri yang jauh. Macam mak pak sedara aku tu orang Terengganu. Tak payah sewa hotel di lokasi berasingan lagi dah. Awesome!

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Selepas Zohor pengantin tiba untuk majlis bersanding di Riyaaz Event Space. Selepas tu aku pergi makan lagi sekali sebagai special guest @ family pengantin lelaki. Berapa kali makan dah tu? Wa haha!

Pakej Sewa Tempat Majlis Perkahwinan Riyaaz Event Space

Aku share sini some info tentang harga pakej sewa tempat majlis di Riyaaz Event Space. Konsep garden Riyaaz Event Space memang sangat sesuai untuk mereka yang nak buat majlis lain dari yang lain.

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

So kalau nak buat majlis kahwin, majlis bertunang, majlis aqiqah dan majlis hari jadi — memang best buat kat Riyaaz Event Space.

Riyaaz Event Space menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Venue ( RIYAAZ EVENT SPACE) 3 hari 2 malam.
  • Boleh buat pelbagai majlis seperti nikah, sanding, malam berinai, aqiqah, family gathering dan sebagainya.
  • Pakej termasuk Villa Rania Homestay, Studio Suite, Arabic Canopy & Gazebo
  • Pelamin dan dekorasi | Busana dan andaman | Catering
  • Photography | Videography | Kanopi dan kelengkapan | PA System | Henna
  • Food stall | Candy buffet | Door gift | Baby cakoi | Soft ice cream | Keselamatan

Harga pakej sewa tempat majlis Riyaaz Event Space ialah RM26,800 untuk 1000 orang. Siap ada FOC Exclusive dari Riyaaz Event Space.

Apa yang FOC tu? Aku rasa mereka bagi button badge majlis ni free. Tak tau lah ada benda lain FOC. Nak tau contact sendiri lah Riyaaz Event Space tu. Hehe!

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Riyaaz Event Space Pilihan Ramai Artis

Aku tengok ramai juga artis terkenal seperti Syukri Yahya untuk majlis aqiqah anak dia. Fattah Amin & Fazura pun pernah buat event sini.

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

PM je lah Riyaaz Event Space di Facebook www.facebook.com/riyaazeventspace atau untuk fast respond boleh juga terus whatsapp untuk keterangan lanjut www.wasap.my/60123693697

Riyaaz Event Space Pulau Meranti Puchong

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agent RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agent RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *